Assalamualaikum wbt..
Isnin, seperti biasa.. hari yang sangat Blues.. 2 hari bercuti, Memang dipergunakan dengan secukupnya. Musim cuti sekolah, kome semua berjalan ke mana? Minggu lepas, aku balik ke kampung jer..
Elok tengah sedap-sedap duduk kampung, aku dapat berita rakan sepejabat aku kemalangan dengan kereta. Budak tu naik motorsikal. Patah tulang pehanya. Hari Rabu lepas baru di bedah dan masuk besi. Bos aku cakap kat aku, Tahun ni aku tak dapat cuti raya.. alahai bos.. janganlah bos... jangan... huhuhu.... alahai.. letihnya aku.. buat kerja n nak attend public lagi, seorang diri huhuhuhu..
Moga dia cepatlah sembuh dan boleh mula bekerja semula.. mingguni sepatutnya dia ada exam kat UTM Jalan Semarak. Macamana agaknya tu... Semoga berjaya menghadapi peperiksaan.
Hujung minggu ni, kita dikejutkan pula dengan kejadian gempa bumi di Sabah. Innalillahiwainnalillahirojiun... Bencana alam yang menimpa negara kita, akibat dari titik-titik gempa yang kian menghampiri Malaysia.. Allahuakbar... moga Allah lindungi negara kita ni dari bencana yang lebih buruk lagi. Amin...
Teruk juga keadaan bangunan-banguna sekitar Ranau yer.. 6.0 Skala Ricther memang kuat jugak lahkan... Takziah buat mereka semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan