Assalamualaikum wbt..
Yeah.. kita bersambung lagi dari cerita Colmar Tropicale Di SINI....di hari kedua, setelah puas berpossing, kami ke Japanese Garden pula. Agak mencabar nak naik sini, curam jalannya.. naik kering air air-cond kereta aku sebab naik bukit semata tau.. Suatu Masa Dahulu... (ceh... macam cerita pada zaman dahulu pulak muehehehe...) masa aku datang masa mula-mula baharu dibuka, kami boleh bawak kereta sampai ke atas, Tapi sekarang ni kena parking di bawah, kena naik tangga dan jalan daki bukit pula. Bagi orang tua yang tak larat panjat tu, tak digalakkan sangatlah..
Gambar paling hujung, tangga yang perlu di panjat. Tak mahu naik tangga boleh, tapi kena daki jalan yang agak curam.
Dah penat naik tangga, kami kena jalan kaki pula nak sampai ke pintu masuk. adeh penat...
Sampai juga akhirnya.. berpeluh ketiak mak...
Kami ke Japanese Garden Dulu, pose sebelum masuk
Ish..ish.. bini sapalah.. yang ayunih... (muehehehe.. perasan..)
Pergh.. selamba giler dia pose selalunya tegak jer..
Menuggu giliran nak bergambar kat titi
Rumah jepun, Bagi
sesiapa yang nak try pakai kimono dan bergambar bolehlah try. Aku tak
kuasalah.. kimono kain kapas yang murah. Ada duit lebih, simpan duit gi
jepun lagi elok.
Sungai buatan yang dulunya indah dan cantik
Dulu, Batu besar tu siap ada air mengalir dari atas batu, sekarang dah berlumut, gayung air pun dah tiada ditempatnya
Walid pandang apa Walid ooiii..
Dulu jernihje.. sekarang dah berlumut.
Peace sayang.. dengan muka bosan
Kami lalu ikut jalan belakang, malas nak patah balik. Terjumpa dengan Uncle dari Denmark tengah tangkap gambar burung. Kecilje burungnya tapi suara nyaring
Bercekak pinggang uncle tu tengok kami berhenti depan burung tu.
comel sangat
Turun tangga ke Botanical garden yang tiada apa sangat dah..dahulu tempatnya sangat cantik.. sekarang ni dah takde ape dah .. macam tak berjaga. Kalau korang nak rasa teh hijau jepun kat sinilah.. kalau tak silap akulah..
Dah puas possing, kami ke taman Arnab pula, Dahulu rusa takde tapi kali ni ada rusa. Ma dengan abah duduk kat hall sebab busuk katanya
Rusa baru lepas kena kejar, ada sekali tu, rusani kena kejar dengan budak-budak. Rusa ni punya lari, then melompat kononnya nak lompat tinggi dari anak teruna aku, sekali tak lepas. Badan rusa tu kena kepala anak teruna aku. Mujur tak luka. Tapi sakitlah juga katanya.
Arnab yang ada dan di bela dalam sangkar. Yang dilepaskan dah kenyang semuanya. Bila dah kenyang, kita hulur makan memang takkan makan punyalah..
Sampai sinijelah kisah aku di Pahang. Keesokan harinya, kami bertolak ke Kelantan pergi kenduri kawan pejabat aku...
Adios...
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan