Khamis, Jun 4

Petrosains, KLCC


Assalamualaikum wbt...

Sorrylah, lama tak update blog. Sibuk sikit dan aku balik kampung. Tengah cuti sekolahkan.. Jadi bila cuti, cheq malas sikit nak update blog cheq.

Korang nak tahu tak? selama bertahun-tahun petrosains kat KLCC tu di buka, aku tak pernah nak tergerak hati untuk menjejakkan kaki aku ke situ. Walaupun aku dah berkali-kali pergi ke KLCC tu untuk jalan-jalan or membeli belah. Sungguh... aku tak tipu...(dengan mata yang membulat.. muehehehe)

Kalini, anak aku dah besar, dah tahu erti sains, aku pun cubalah ajak Hubby aku untuk pergi ke KLCC dan Petrosains.

Seingat aku jugalah.. akupun dah lama tak ke KLCC.. last datang dahulupun naik motor jer. Malas nak naik kereta pasal bayar parking mahal.

Enough pasal KLCC, kita cerita lebih pasal Petrosains ek..
Beratur panjang nak naik ape nama ntah cheq lupalah..
Penat dukung kamu sayang, duduklah pula
Ok nak dekat, tunggu giliran sikit lagi
Dah masuk, mainan pertama anak teruna aku sentuh
Bermain dengan angin ribut
Siap bercekak pinggang tengok apa ntah, sebelah kanan bermain dengan cermin
Anak teruna aku takut kat sini

Zaman Pra-Sejarah
Bermain dengan jengkaut pulak..
Tengah sedap-sedap main warna, aku terjumpa dengan rakan serumah dan satu universiti
10 tahun jugaklah tak berjumpa, masing-masing dah jadi ibu
Nak main dalam plane tu kena beli tiket dan kena tunggu masa yang ditetapkan juga. Oklah 3D
Keretani, anak teruna nak main tapi kaki tak sampai ahaks..
Masa untuk balik, banyak permainan dan pameran yang kami tak dapat masuk sebab dah lebih masa jam 5 sebab ada permainan tu, jam 5 ke jam 6 ke last untuk bermain. So, banyak yang anak teruna tak sempat nak teroka. Nanti ada masa lagi kita datang lagi lah.. Adios..


Tiada ulasan: