Khamis, Jun 11

Colmar Tropicale @ Bukit Tinggi, Pahang


Assalamulaikum wbt...

Entry Tertunggak... Entah bilalah agaknya nak update betul entry aku nikan... Hmm.. kome baca ajelah yer...

Semua orang mesti dah pergi ke Colmar Tropicalekan.. Aku sendiripun dah 2 kali naik kesini, tapi tak bermalamlah.. datang jalan-jalan cuci matajer.... Aku kesini lagi disebabkan Tok Din minta nak ke Bukit Tinggi, Pahang. Untuk memenuhi hajatnya, akupun booking 2 bilik melalui Booking.com untuk 2 malam. Teruja juga, sebab kalini aku ke sini dengan Anak teruna dan Ma & Abah aku.. cuma takde Nisa jer.. sayang.. (jangan jeles haaa adikku..)

 Tanda Arah 
 Kami dah sampai... tapi masih tak boleh check in
Ambil gambar sekitar dulu
 Jam yang menunjukkan aku menanti dari jam 1 untuk check in. Dijanjikan untuk call semula bila bilik dah siap, tapi sampai jam 3 pun tak call. Sudahnya, aku pergi ke kaunter bertanyakan mengenai bilik, aku dapat bilik yang lain-lain tingkat. Sedangkan masa jam 1 aku dijanjikan bilik yang berdekatan.. apalagi, mengamuklah aku dekat kaunter. Akhirnya dapat jugak bilik tapi diupgrade ke apartment 2 bilik. lantaklah.. aku taknak tambah duit sebab aku dah booking awal.
 Jom berpossing
  Jangan tak lompat sayang
  Sepasang itik swan

 Ada Black Swan juga (macam tek pernah tengok itik yek..)
Peace..
 Anak teruna aku dah takde mood nak bergambar
 Me and My Ma
 Peta attraction di Berjaya Hills
 Bilik kami, bilik aku di loteng..
 Possing Ma
 Ice cream sesaja..mahal ooo ice cream kat sini...
 Petang tu, kami main bowling, kosongjer..
 pergh.. ada gaya...
 Ma yang sememangnya champion bowling
 Malam pula, kami cari kedai makan yang menyajikan makanan yang murah, boleh di makan untuk 5 orang dan mengenyangkan..
 antara menu yang sempat aku snap, tapi aku makan kedai lain. makan pizza jer.. yang tu yang paling murah untuk 5 orang makan...(nak turun ke bentong malas.. jauh nak turun dan naik balik, turun lapar, balikpun lapar serupa tak payah.. Nak lagi jimat, bawaklah apa2 makanan kering yang boleh di rendam or makan)

  Bergambar di waktu malam
 Anak teruna aku dah kebosanan dan mengantuk
 Dah kenyang, kami jalan-jalan

 Anak teruna aku.. biasalah malam jer mengantuk
 Keesokan paginya, aktiviti biasa, sarapan pagi dan mandi-manda
 Anak truna dah tak sabar nak masuk kolam
 Seronok anak teruna aku mandi kolam
 Bila dah masuk air tak nak keluar pula...
 Ok naik menara tangkap gambar
 Pemandangan dari roof top
 
Anak dan Bapak
 Dah macam tergantungkan...
 Ma berposing sebelah tiang bus stop
Selesai naik menara, kami ke Botanical garden kat jepun muehehehe.. yang tu gambar di SINIlah pulak.. nanti berat entry ni nak upload gambar
 Malam kedua, kami makan di restoran yang sama, cuma malam ni, kami sempatlah menjamu mata melihat aksi akrobat.



Tiada ulasan: