Jumaat, Februari 10

Freaky Friday #68

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
RASULULLAH YANG PEMAAF

Berpunca tidak ikut serta di dalam peperangan Tabuk, salah seorang sahabat Rasulullah SAW, bernama Ka'ab bin Malik telah dipulaukan oleh baginda dan para sahabat yang lain. Akibat pemulauan itu Ka'ab berasa runsing dan susah hati kerana kehilangan sahabat-sahabatnya. Untuk menghilangkan kerunsingan dan kekecewaan hatinya, Ka'ab berjalan-jalan di pasar Madinah. Kebetulan pula pada masa itu seorang peniaga yang menegtahui Ka'ab telah dipulaukan bertanyakan mengenai Ka'ab. Orang yang mengenali Ka'ab segera memberitahu Ka'ab.

"Wahai Ka'ab, ada seseorang mencari kamu?" Beritahu seseorang yang mengenalinya di pasar Madinah.

"Siapa?"

"Kamu pergi kepada peniaga di sebelah sana itu, dialah yang mencarimu," ujar orang itu sambil menunding ke arah seorang peniaga yang sedang sibuk berjualan. Setelah orang itu beredar, Ka'ab segera mendapatkan peniaga berkenaan. 

"Ya tuan, saya Ka'ab bin Malik, saya dapat tahu, tuan mencari saya, apakah benar? Ka'ab memberanikan diri bertanya kepada peniaga dari Syam itu.

"Ya memang benar. Ini ada sepucuk surat untuk kamu," peniaga itu menghulur sepucuk surat kepada Ka'ab yang berdiri tercegat di hadapannya.

Sebaik sahaja menerima surat itu, Ka'ab yang terdiri tercegat di hadapannya. 

"Sesungguhnya kami telah mendapat tahu kamu telah dipulaukan oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya, oleh yang demikian berhubungkah dengan kami agar kami dapat melindungi kamu. Kami tahu, Tuhan tidak akan membiarkan kamu berasa terhina dan menjadi orang yang dipencilkan," begitulah isi surat yang ditulis oleh Raja Ghassan berhampiran negeri Syam.

"Ini satu tawaran yang baik, lebih baik kamu menerimanya," berutahu peniaga yang memberikan surat itu sambil memandang wajah Ka'ab yang masih bersedih.

"Tidak. Apakah yang boleh dibuat oleh seorang raja? Aku tetap beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Dipulaukan oelh Rasulullah dan sahabatnya bukanlah masalah besar bagiku. Ia hanya satu ujian Allah kepadaku sahaja. Cuma aku tidak dapat menahan sedih, itu sahaja," beritahu Ka'ab sambil mengenangkan Raja Ghassan yang kafir dan menentang ajaran Islam.

Walaupun Ka'ab mendapat tawaran perlindungan daripada seorang raja tetapi hatinya tidak terbuka untuk menerima tawaran itu. Dia lebih percaya kepada Allah dan yakin satu ketika nanti Rasulullah SAW dan para sahabat akan memaafkannya.

Akhirnya benar juga dugaan Ka'ab, Rasulullah SAW san ALLAH akhirnya memaafkan Ka'ab dan dia kembali semula kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya.

Di dalam satu kisah lain, seorang sahabat bernama Abu Mihjan yang gemar meminum arak telah turut serta bersama tentera Islam di dalam satu peperangan menentang musuh yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqqas RA. Satu tabiat Abu Muhjan, ketika tentera Islam berhenti rehat, Abu Mihjan mengambil kesempatan meminum arak. Perbuatannya itu telah dilihat oleh beberapa orang tentera Islam, kemudiannya dia ditangkap dan dihadapkan kepada Sa'ad bin Abi Waqqas

Dalam keadaan mabuk dan tidak sedar, Abu Mihjan tidak tahu dirinya telah ditangkap. Mengikut hukum hudud, Abu Mihjan boleh di sebat sehingga dia sedar daripada mabuknya.

Bagaimanapun Abu Mijhan telah dikurung sementara menanti hukuman. Manakala tentera Islam lain meneruskan perjuangan memerangi tentera parsi. Di dalam peperangan itu tentera Islam telah dikepung oleh tentera Parsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, dia menyedari tentera islam telah terkepung. Dia meminta jasa baik isteri Saad yang menjaganya meminta dilepaskan supaya dapat membantu tentera Islam.

Pada mulanya, isteri Saad enggan melepaskan tetapi apabila Saad berjanji akan kembali setelah melawan musuh, akhirnya Abu Mihjan dilepaskan lalu dia segera mara melawan musuh.

Di dalam suasana kucar-kacir itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda dengan menutup muka telah merempuh kepungan tentera parsi. Akibat rempuhan itu, ramai tentera Parsi yang terbunuh dan bertempiaran. Selesai pertempuran itu dan memperolehi kemenangan, kembalilah tentera Islam ke rumah masing-masing membawa cerita mengenai kehebatan seorang tentera berkuda yang menutup muka itu.

Ramai yang beranggapan tentera berkuda yang menutup muka itu adalah tentera malaikat yang diturunkan oleh Allah untuk membantu tetapi Saad menafikannya.

"Dia bukanlah tentera malaikat kerana kuda yang ditunggangi itu adalah kudaku," beritahu Saad kepada tentera Islam.

Akhirnya terbongkarlah rahsia bahawa tentera berkuda yang memakai topeng itu adalah Abu Mihjan. Oleh kerana keberanian Abu Mihjan merempuh kepungan tentera Parsi, Abu Mihjan dilepaskan daripada hukuman setelah berjanji tidak akan minum arak lagi sehingga menajadi Muslim yang baik dan tidak akan menjamah arak sehinggalah dia meninggal dunia. 

Ruang kemaafan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya memberi ruang untuk menegakkan keadilan yang seluasnya dalam syariat Islam.

Sekian.

Hasil nukilan Muhd Nasaruddin Dasuki

Isnin, Februari 6

Blues Monday #115

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepala pusing, badan lemah-lemah urat sendi, hidung berair dan tekak rasa perit. Apa tandanya? Aku dah kena demam selsema namanya. Sungguh aku tak larat. Tapi sebab arahan bos aku kata 2 hari sebelum mesyuarat tak boleh cuti EL mahupun MC, nak taknak aku gagahkan diri untuk datang pejabat juga. Tambah lagi, dah ada sorang apply MC dari klinik Majlis, nak tak nak kenalah aku bertahan juga.

Ubat selsema aku dah makan. Tunggu untuk letak kepala dan lelap. Tapi kerja menanti jadi aku kenalah gagahkan diri aku sampai aku tak boleh nak bertahan dah.

Adios....

Isnin, Januari 30

Blues Monday #114


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina buat rakan-rakan yang berbangsa cina. Rasa tak terlambat kot aku mengucapkannya. 
Pagi tadi, aku dengan Hubby terlebih rajin nak ke Jeram, Kuala Selangor mencari mentarang. Pagi-pagi lagi dah aku paksa anak teruna aku bangun. Membebel mulutnya tidak mahu ikut sebab baginya tidur lagi seronok dari bangun pagi.Hai..lah anak...

Tak sampai sejam perjalanan kami, sebab jalan sesak. Sampai di Jeram, tak banyak yang berniaga. Hanya ada 1 - 2 gerai sahaja yang buka. Alhamdulillah ada juga mentarang cuma mahal sikitlah. Kami beli kerang dan pepahat juga. Niatnya,  kami nak ber 'shell out' lagi sekali malam ni.

 Shell Out kami buat kali pertama, masa ni makan bersama anak buah Hubby. Tapi tak fefeeling 'shell out' sangatlah.. sebab tak makan atas lapik plastik

Tengah hari pula, kami ke pasaraya cari ketam, udang dan sotong. 

Petangnya, Hubby aku mula merebus segala seafood yang ada. Manakala aku, menyediakan bahan-bahan untuk rempahnya. Meleleh air mata aku sebab kupas bawang keh...keh..keh...

Di mana ada ummi, di situ jugalah minah Melur ni nak landing... kalau terpijaklah... riuh satu rumah

Siap.... Masa untuk makan... Kali ni ringkas je. Tapi ada tambahan jenis 'shell' nya
Shell Out kali kedua

Hmm.. lazat... tapi inipun tak habis. Jenuh juga kami nak habiskan. Almaklumlah.. berdua je. Anak teruna macam biasa makan sikit je.

Jumaat, Januari 27

Freaky Friday #67

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KASIHNYA IBU SUSUAN

Seperti Kebiasaannya, Rasulullah SAW akan beribadah di dalam biliknya. Selain beribadah kadang-kadang hatinya berasa bimbang mengenangkan kaumnya yang masih sukar hendak menerima ajaran baru yang dibawanya. Kadang-kadang tertanya-tanya juga di dalam hatinya apakah dia mampu menghadapi keadaan yang penuh dengan cabaran dan rintangan ini berseorangan.

Pada suatu pagi setelah Rasulullah SAW selesai beribadah di dalam biliknya, dia keluar dan duduk di ruang tamu. Baginda membuka baju labuhnya dan beralaskan pakaian itu dia duduk bersila.

Melihatkan Rasulullah SAW duduk di ruang tamu, isterinya tercinta Khadijah RA mendapatkannya. Dia melihat wajah Rasulullah SAW amat berseri-seri walaupun dia tahu suaminya banyak menerima tekanan daripada kaumnya sendiri dalam menyebarkan agama ALLAH.

"Suamiku, percayalah Allah sentiasa bersama-samamu pada ketika kamu susah dan senang. Janganlah selalu berduka hati. ALLAH tidak akan membiarkan kamu berseorangan berhadapan kaummu yang menolak ajaran yang kamu bawa," Ujar Khadijah dengan lemah lembut sekali gus membuatkan hati Rasulullah SAW yang kebimbangan menjadi tenang.

"Aku bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan ku seorang isteri yang menjadi tulang belakanku. Tanpamu, aku tidak sekuat dan setabah ini menghadapi bermacam-macam dugaan," balas Rasulllah SAW dengan senyuman yang membuatkan hatinya terlalu dekat dengan isterinya.

Ketika Rasulullah SAW sedang berbual-bual dengan isterinya, tiba-tiba terdengar suara seorang perempuan memberi salam. Rasulullah SAW dan Khadijah segera menjawab salam sambil Khadijah melihat siapakah yang bertandang ke rumahnya.

"Ya Khadijah, Halimah Saadiah mahu berjumpa dengan puan," beritahu perempuan yang diutuskan untuk memberitahu Khadijah RA.

Sebaik sahaja Rasulullah SAW mendengar nama itu, tiba-tiba hatinya berbunga riang. Saat itu dia terkenang pada zaman kanak-kanak bermain di padang pasir di antara Kaabah dan Yathrib. Segala-galanya bermain dengan pantas sehinggalah dia terkenangkan pemergian datuknya yang dikasihi.

Belumpun perempuan yang menyampai khabar itu beredar, terdengar suara Rasulullah SAW memanggil-manggil nama seseorang.

"Ibu! Ibu!" Sayu suara itu sehingga menggetarkan kalbu Khadijah. Dia melihat baginda menyebut-nyebut perkataan yang menjadi kemuliaan hatinya. Khadijah kemudian menjemput nama seseorang.

Sebaik sahaja melihat ibu susuannya itu masuk ke dalam rumah, Rasulullah SAW segera mendakap erat Halimah Saadiah dengan penuh perasaan kasih sayang. Kelembutan dan kasih sayang terhadap ibu susuannya membuatkan hati Khadijah tersentuh, begitu sayangnya Rasulullah SAW terhadap perempuan yang pernah mengasuhnya ketika zaman kanak-kanak.

Pada saat itu juga Rasulullah SAw teringatkan Aminah binti Wahab, ibu kandungnya yang telah pergi menghadap Allah. Terasa benar perempuan yang di dakap erat itu ibu kandungnya.

Rasulullah SAW melepaskan dakapannya, kemudian baginda menghamparkan kain selempang yang menjadi alas duduknya tadi untuk mempersilakan ibu susuannya itu duduk. Sambutan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap ibu susuannya yang banyak berjasa membuatkan Khadijah terharu, begitu  kasihnya suami terhadap ibu susuan sehingga dia menitiskan air mata. Sebentar kemudian Khadijah masuk ke dalam bilik untuk mengesat air mata. Kemudian dia keluar semula mendapatkan Halimah Saadiah. Bagi Halimah Saadiah pula, sambutan yang diterima daripada Rasulullah SAW sangat mengharukan setelah lama tidak berjumpa sehinggakan dia lupa masalah yang sedang dihadapi.

Setelah berbual-bual beberapa ketika, Rasulullah SAW bertanya, "Bagaimanakah keadaan suami dan anak-anak ibu?"

"Mereka sihat-sihat sahaja dan mereka berkirim salam kepadamu, Muhammad. Kami sebenarnya sedang menghadapi musim kemarau di Hawazin dan kami ke sini berharap mendapat sedikit bantuanmu, Muhammad," beritahu Halimah Saadiah dengan wajah yang sedikit muram.

Setelah Halimah Saadiah menceritakan masalahnya, Rasulullah SAW memberitahu kepada Khadijah dengan hati yang sayu. Sebaik sahaja mendengar kesusahan itu. Khadijah telah bermurah hati menghadiahkan 40 ekor unta dan kambing kepada Halimah Saadiah untuk dibawa pulang. Bagi Khadijah keredaan suaminya sangat diharapkan kerana dengan itu, setiap rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan.

nukilan Muhd Nasaruddin Dasuki
terbitan karya bestari