Assalamualaikum...
Lama aku tak update blog yang sebetul-betulnya 'update'. Macam-macam yang berlaku dalam masa 2 minggu kebelakangan ni. Marah, geram, sakit hati, benci, kecewa, putus asa, sedih, takut, cemas, semuanya bercampur-gaul sama rata di uli dengan elok dalam hati aku. Semua perasaanni benar-benar membuatkan badan aku menjadi letih, sakit dan tak bermaya. Banyak jugalah entry tertunggak menanti untuk dikeluarkan.
Tika itu, Dugaan datang bertimpa-timpa. selepas satu-satu yang datang. Aku benar-benar diuji. Lemah rasanya bahu aku nak memikul segala beban yang datang. Ya Allah, aku ingin mengadu padamu dan bersujud pada mu serta mengalunkan ayat sucimu agar dapat aku bersihkan hatiku dari semua perasaan yang hadir, akan tetapi malangnya minggu-minggu tersebut, aku hanya dapat mengadu di dalam hati dan mengalunkan kalimahmu di dalam hati ku. Hanya dengan membasahkan bibirku dengan zikir-zikirmu sahaja dapat aku lakukan.
Sungguh aku rasakan. Sedihnya hati ini... Mengapa?, kenapa?, apa salah aku?. Sehabis baik aku dah buat yang terbaik, masih tak mencukupikah di mata mereka? Sedaya upaya aku berusaha namun masih belum memenuhi kehendak mereka. Hanya dengan sedikit kesilapan, aku dipandang rendah-serendahnya. Aku jadi kecewa dan putus asa. Sehingga aku jadi nekad, apa guna aku berusaha lebih tapi tak dihargai, apa guna aku membantu tapi tak dipandang, apa guna aku menghormati tapi tak dihormati malah disuruh lagi lebih membantu dan menghormati.
Berhari-hari aku merenung nasib diri, malah sistem tubuhku turut merasainya hinggakan apa jua makanan tak diterima malah dikeluarkan semula. Akhirnya kini aku redha. Aku terima segala suratan takdir yang ditentukan, mungkin ada yang tersirat di sebalik yang tersurat ini. Aku juga sedar bahawa aku harus menganjakkan diri aku ke arah yang lebih maju. Mungkin inilah petunjuk sebenar yang dikurniakan oleh-NYA.
Takut dan cemas datang dalam keadaan aku sedang kecewa. Cemas bila terjadinya insiden yang tak diingini, takut andai aku kehilangan orang yang aku sayangi. Risau bila aku tak dapat nak buat panggilan kepada sesiapa disebabkan tiada kredit terutama kepada suami untuk memaklumkan kes kecemasan yang aku alami.
Menggeletar lutut aku bila ianya terjadi. Atas sebab kecuaian aku yang sedikit dan atas sebab kedegelilan si kecil berlakunya insiden tersebut. Tak mampu rasanya badan ini nak menampung beban rasa ini. Terasa kerdil sangat diri aku ni disisi-NYA. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Alhamdulillah.. Syukur ku sujud pada-Mu. Mujurlah sedikit sahaja lukanya tiada yang besar. Namun cukup membuatkan aku tersedar dan ini mengingatkan aku agar lebih berhati-hati dan berjaga-jaga. Tak sampai hati ini melihat kesengsaraan dan kesakitan sikecil. ingin rasanya ummi yang menggantimu sayang.
Aku redha atas segala ketentuan-Mu, aku terima amanah-Mu dengan hati yang terbuka. Akan ku galas amanah ini dengan sebaik-baiknya. Takkan sesekali ku abaikan amanah ini. Amanah-Mu, rezeki oleh -Mu, keberkatan-Mu dan dengan keizinan-Mu aku dapat hidup, dapat berkeluarga dan dapat bekerja serta menunaikan fardu kifayah Mu.
Kini aku sedang memotivasikan diri sendiri di mana tiada dendam di hati, tiada lagi kekesalan di jiwa terima dengan penuh keredhaan, dan bekerja dengan penuh keikhlasan hanya niat kerana Allah dan mencari rezeki yang halal kerana-Nya.
#sekarang ni, aku tengah merindui si cilik yang aku tinggalkan di rumah mak sempena cuti sekolah, tak mau telefon selalu nanti dia nangis akupun nangis rindu kat dia huhuhu...
2 ulasan:
pengajaran diri kan...ade hikmah yg tersembunyi, insya Allah..
Itulah fitrah manusia...
kadang-kadang kita gembira..
kadang-kadang kita sedih..
kadang-kadang kita marah...
Catat Ulasan