Isnin, Mac 31

Blues Monday #47

Assalamualaikum...

Lemau pulak pagi-pagini.. hehehe.. baru naik dari bercuti lama. Letih balik dari Kelantanpun tak hilang lagi. Yang lagi best, pagi-pagi dah dapat surat memo dari Jabatan lain nak buat bacaan Yassin. Tapi ada minit BOS cakap jabatan dia tak bagi sokongan buat YDP sebab tak ramai yang hadir untuk bacaan Yassin. Tapi yang aku pelik, bila ada majlis Usrah or Ceramah Ugama, kami tak di beri keizinan oleh BOS untuk pergi ke majlis ilmu sebab tidak ada kena mengena dengan tugas hakiki kami.. 

HELLO.... membaca Yassin pun tak termasuk dalam tugas hakiki kami juga.... Nak menambah ilmu akhirat tak dibagi, tapi bagi pula untuk bacaan Yassin, memanglah elok sebab ianya boleh menambah pahala kita tambah lagi itu juga majlis ilmu, tapi kalau pergi ke sana lepas tu membuat dan menambah Dosa dengan mengumpat DUA manusia yang berskandalpun buat apa.... habis hilang pahala aku. Pada aku, baik tak payah pergi kalau setakat pergi sebab takut dengan orang yang bagi arahan dan bukan takut kepada yang ESA. (Inipun dah kira DOSA sebab mengumpat BOS) muehehehe...

Pagi-pagi, BOS tengok senarai orang bercuti. Kebetulan pula, Puan Ain bercuti 3 hari, boleh pulak BOS aku tanya pada partner Puan Ain kenapa Puan Ain bercuti selama tiga hari? Ish..Ish..Ish.. BOS..BOS..BOS..




Menghimpun dosa sesaja aku pagi nih... [tension setiap kali datang kerja, rasa nak berhenti pun adanih.. dah tidak ada rasa keseronokan bekerja, Bila agaknya dapat aku tukar Jabatannih..]


Tiada ulasan: