Isnin, Mei 26

Blues Monday #51

Assalamualaikum...

Monday Blues datang lagi.. Biasalah hari Isninkan... Bagi yang bekerjani akan jadi hari yang malas sekali. Kesian... Isnin gak yang di salahkan. Muehehehe.. Kata Isnin, "apa salah aku?"

Last 2 weeks aku ada bagitahu aku akan ambil ujian B2 kan? Sebenarnya, nak dijadikan cerita, pusat memandu aku call pada 17hb yang lepas, aku tak jadi buat ujian sebab dah Full. Peliklak, macammana boleh Full, bukan dah bookingke? so aku decide aku ambil ujian JPJ tu 6hb 6 je. Ades...Nak buat camno.. 30hb pulak, aku kena balik kampung pasal anak saudar hubby kahwin. 

Semalam, aku buat latihan driving, untuk Bahagian 2, titi aku lepas, dan aku dah try naik 2-3 jenis motorpun ok jer.. rasa konfident untuk lepas titti tu ada. Insyallah aku dah mencuba sehabis baik selebihnya aku Tawakalkan kepada Allah bagi menentukan rezeki aku bagaimana.

 

Peserta wanita tidak ketinggalan mengambil lesen memandu B2. 

Pada yang dah lepas ujian tu, tahniah dan bersyukur anda telah lulus. Tapi... buat aku yang belum lepasni, debarannya amat kuat. Huhuhu... doakan aku ye...


*huhuhu.. aku tak boleh tido semalam sebab asyik termimpi-mimpi aku dah stand by atas moto nak naik titi. Tapi asyik ulang tayang ituje, naik titi nya ntahlah... berdebor-debor...

2 ulasan:

Nurzaliza Mohd Ali berkata...

Hihihi... Sampai mimpi laa...

Syaz Blackrose berkata...

Huhuhu... Itu pasal.. Padahal bukannya nak ujian lg. Tp mlm ujian, tak pulak sampe termimpi2