Isnin, April 13

Blues Monday #81


Assalamualaikum wbt...

Isnin sekali lagi. Minggu lepas kami di pejabat diduga. Pegawai A di pejabat aku kedua-duanya tiada. Big Boss aku kena Mild Stroke dan bercuti selama hampir 2 minggu, seelok sahaja 2nd Boss aku bercuti tanpa gaji selama 6 bulan atas alasan menjaga anak. Semua tugas bos-bos ikutkan terhenyak atas bahu jemala patik, tapi kami agak bernasib baik juga lah bila YDP kami meminta salah seorang Pegawai kanan yang ada memangku tugas-tugas Big Boss. Kami dapat mak tiri, muehehehe... Alhamdulillah aku dipermudahkan. Tapi...., still kerja-kerja tak boleh berhenti bila Big Boss tiada dan aku sedar aku juga bukanlah boss dalam pejabat aku bila Big Boss tiada, aku hanya seorang kuli yang tak layak dihormatipun, siapalah akuni.. hanya seorang Hamba Allah yang amat-amat kerdil disisi Nya.

KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif), Tahun ni Jabatan aku kena masuk dan aku di arahkan untuk jadi ketua kumpulan. Apalah nasib.... KIK kena kejar, Model Baru 3.0 kena buat, public lagi nak attend, kerja-kerja portal dan sistem nak update, meeting-meeting nak kena attend, nak kena handle lagi, aku takut aku tak mampu. Aku takut badan aku jadi tak larat nak tampung semuanih... Allah kau permudahkanlah kerja-kerja yang membebankan aku ni.

Aku perlukan kekuatan, aku perlukan pertolongan. Aku tak mampu melakukan semua ini seorang. Harapnya, rakan-rakan yang lain sudilah kiranya membantu aku menyiapkan tugasan tambahan ni. 

Jabatan kamini kecil sahaja, kerja yang hakikipun tak terbuat ini nak buat lagi kerja tambahan. Orang diluar yang tak faham akan kata kami hanya bergoyang kaki di pajabat tapi, orang tak tahu dengan tugas harian kami yang tak pernah berhenti. Di kaunter kena selesai, tugas dalampun kena selesai, mesyuarat 4 kali sebulan kena jalankan tapi masih, kena buat juga kerja tambahan. Hmmm... nak buat macammanakan.. SYMP... Rasa tak sanggup aku berhenti sahaja..... boleh ke takpe?

 Bahu jatuh, perut geleber, kepala tunduk.......... aku sangat lesu

Tiada ulasan: