Selasa, Mei 19

Aroma Ikan Bakar, Jeram Kuala Selangor


Assalamualaikum wbt...

Last week kami berjalan-jalan ke Kuala Selangor. Alang-alang dah petang, dengan perut yang berkeroncong.. kami singgah ke Aroma Ikan Bakar. Orang cakap kat Jeram ni popular dengan restoranni, dengarnya lagilah makanan kat sini sedap dan orang selalu ramai kena booking setiap kali hujung minggu. Jom Kita tengok apa yang menarik dan sedap sangat, aku sendiripun tak pernah cuba...
Papan Tanda yang agak tersorok, hampir-hampir aku terlepas
Papan tanda diluar restoran, masanipun orang dah agak ramai.
 
 rupa dari luar restoran ikan bakar
 
 Kena pilih meja dahulu sebelum pilih lauk dan order. Kalau tak anda tidak akan dilayan langsung. So, konsep takde meja tak boleh makan. Baliklah apa lagi. Hehehe..
Kami ambil sotong, udang, ikan siakap dan kerang. Aku nak ambil ketam tapi tak kesampaian sebab Hubby membazir itu amalan syaitan...
 wifie dulu sebelum makanan sampai
Muka kelaparan
 Air sampai dahulu
Kerang Bakar sampai 5 minit lepas tu
Sotong goreng tepung yang sedap tapi pencicah kureng
Tinggal ikan jer tak siap lagi.. makan kerang bakar dulu.. sosnye pedas dan sedap sangat(yang ni aku puji sangat)
Ikan siakap masak stim yang bolehlah... takdelah power sangat.. pada aku sikin sedap lagilah..

Alhamdulillah.. kenyang.
Selesai makan, kami ke pantai sekejap. Pemandangan tepi pantai.. kat sini aku pujilah.. cantik..
Anak teruna bergambar tepi pantai..
Harga makanan untuk 3 orang

Oklah.. not bad.. orang cakap ketam bercilinya sedap. Tapi aku dilarang dek Hubby sebab dia cakap siapa yang nak habiskan nanti.. dia jugak.. muehehehe.. sebab bila aku dan anak kekenyangan, kami akan terus berhenti tanpa boleh masuk lagi. sudahnya Hubby aku jugak jadi tukang pengabis, macam biasa.. hahahaha.... suke aku..

2 ulasan:

tiga lalat berkata...

salam. hee sedapnye seafood ;p

Syaz Blackrose berkata...

salam.. ada ongkosnya semuanya sedap...