Isnin, Julai 13

Blues Monday #88

 

Assalamualaikum wbt..

Tinggal beberapa hari aje lagi ummat Islam berpuasa. Perginya Ramadhan, entah sempat atau tidak kita menyambutnya sekali lagi. 

Mingguni akan menjadi minggu yang paling sibuk buat kami di pejabat. Sebab apa tau.. masanilah segala permohonan akan muncul. Kononnya nak kejar sebelum cuti panjang... aternya, kamini tak cuti ke? 

Aku pula, di rumah aku sibuk juga. Aku sibuk jahit baju raya Hubby dan anak teruna aku. Huhuhu.. itulah masa awal-awal tak nak siapkan.. malas konon.. ha.. kan.... tak siap lagi... 

Patner aku kat pejabatni pula, sambung MC lagi. Tak baik lagi gamaknya kakinya tu.. hai.. kena menanggung lagi kerja dia dahla dengan elaun menanggung tak dapat, buat kerja free buta-butajer... 

Sebelum aku mengundurkan diri, takut aku tak sempat nak wishjer.. almaklumlah dah balik kampung nanti, blog aku ni kelaut... 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca dan followers.. sepuluh jari disusun memohon kemaafan buat semua, andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa hingga mengguris hati, ampun dan maaf kupinta dari semua.

MAAF ZAHIR DAN BATIN



Tiada ulasan: