Selasa, Disember 2

Long Award Dinner CCM 2014


Assalamulaikum....

14hb November yang lalu, Aku dapat jemputan ke Long Award Dinner CCM di Cyberview Resort, Cyberjaya. Buat pertama kalinya aku ikut Hubby aku ke dinner tau.. excited sangat. Rasa macam jakun pun ada gak. Muehehehe... Tema Dazzling Red lagi. Merah maklong malamtu. Kasut aku beli baru, baju juga aku tempah baru dan pasang sequin lagi, tudung aje yang lama. Yang lain semua baru termasuk keronsang dan pin. Adik-adik tak dikira haa... kalau di kira, rabak djugaklah poket aku.. yoyo oo ajekan akunih, bukan aku yang kena naik pentas nantipun tapi aku yang berlebih-lebih beli semua benda baru bagai hahaha.. lalalala...muehehehe...

Hari tu aku sengaja ambil cuti sebab kena hantar anak teruna ke rumah Ma di PJ dan bergegas pula ke Cyberjaya lepas tu. Aku bertolak lambat lepas solat Asar baru bertolak, bergegas pula ke PJ. Dengan jalan Jammed, aku sampai lambat. Sampai sahaja di resort tu, aku terus solat dan bermake-up balik. Yang seronoknya malamtu, aku dapat jumpa artis dan bersalam dengan Artis.. woohoo... naik pentas jugaklah walaupun pentas kecik hehehehe....

Jom lah kita layan gambar yang dah lama bersawang dalam simpanan komputer aku, dah editpun cuma aku tak post ke Blog lagi.
Nombor meja kami dan aku duduk mengadap spotlight
Dekat dengan pentaslah juga

Makanan tidak di serve, sebaliknya buffet disediakan di luar. Tak lama selepas makan, tiba masa untuk anugerah mengikut tahun berkhidmat.
Kawan Baik Hubby juga turut mendapat award
Yang menggelikan hati aku, poyo sungguh cara berpakaian. Ini acara formal ke kasual? hailah...
 Tiba masa Hubby ambil award beserta baucer BSN
 Bergambar seketika, semakje yang perempuan tu.. hehehehe...
Bergambar beramai-ramai (hujungnya hubby aku berdiri, masuk kamera ke tak ke tu?)
 Senyumlah Hubbyku ooii..
 Aku berselfie sendiri sambil wajah aku dilimpahi dengan lampu spotlight terang benderang tak hengat...

Tibalah acara yang ditunggu-tunggu. Ella ratu rock kita dijemput membuat persembahan. Habis membuat persembahan, Kami diberi kesempatan untuk bergambar dengan Ella
 Ramai sungguh yang nak bergambar. aku siap beratur pada mulanya, tapi bila ramai yang dah start memotong, akupun apa lagi naik terus atas pentas tu. Udahla pentasnya kecik, takut ghoboh jer..huhuhu.. yang ambil gambar berulang kalipun ada tau..
 Akhirnya, dapat juga aku bergambar dengan Ella dan bersalam dengan dia. Dia siap puji aku lagi "Awak cantik" katanya dengan penuh gemalai. sambil pandang muka aku. Muehehehe.. kembang hidung sekejap... korang ader? aku ader.. ish.. buruk no perangai teman... kembang kempis hidung aku la ni..
 Sebelum balik, sempat aku bergambar kejap
Kengkonon nak bergambar ala gaya manja gitu tapi tak jadi.. macam orang patah tengkuk lagi adalah muehehehehe...

Dah selesai semuanya, awal kami balik (mana tidaknya, start bukan main awal lagi, pukul 7 dah start, tak solat ke dema ni?) dalam 10:30 malam gitu, bergerak balik dah masing-masing. Aku juga balik dalam keadaan perut yang kekenyangan dan mata yang mengantuk..

Isnin, Disember 1

Encorp Strand Mall, Kota Damansara


Assalamualaikum....

Semalam, aku ikut Ma ke Balai polis di Paya Jaras, Sungai Buloh atas jemputan kenduri kawan Ma. Excited sangat Ma nak jumpa kawan-kawan lama dia yang pernah bekerja di IPPD PJ. Anak teruna aku pulak makan bertambah lagi. Selera sungguh dia makan nasi dengan kuah daging kenduri semalam.Kebetulan adik aku yang kedua ikut sekali, makin meriah anak teruna aku bermain dalam kereta semalam.

Lepas ke Paya Jaras, anak teruna sibuk nak tengok Big Hero 6. Jalan punya jalan, sekali terjumpa The Strand Mall, Kota Damansara. Huhuhu.. bukan senang aku nak ke sini, alang-alang dah sampai akupun ajak pergi tengok wayanglah...


Sempat aku snap gambar

 Yang ini aku tanya kat pakcik Google
Yang inipun aku download dari pakcik Google
 Selfie sendiriler... bukti aku di Encorp Strand Mall
Anak teruna nak selfie gak...
 Aktiviti seni di sini. pakai cat yang disembur tu je.
 Aktiviti di hujung minggu di kiri dan kanan pintu masuk
Jualan design fesyen oleh anak - anak tempatan
 Anak teruna aku takut-takut nak bergambar dengan patung dinasour

Dah puas bergambar, kamipun pergi ke TGV membeli tiket wayang, niat nak ambil yang paling awal tapi penuh pula. terpaksalah kami menunggu dalam sejam. Sempatlah kami bersolat dan sempat lagi aku tengok dan bermain dengan Filem 6D.. muehehehe.. last aku tengok filem 6D nih di Mahkota parade (kat Melaka Kalau tak silap akulah, kalu salah nama jangan gelak tapi senyum ajer tau... muehehehe...). Memang best.
Inilah pintu masuk ke Dunia 6D. Dengan bayaran RM 20 (agak mahal dari di yang di Melaka) untuk tontonan 10 minit. Ada cerita seram dan ada yang biasa-biasa sahaja, tapi seronok dan menarik.Anak teruna aku cakap menyeramkan, siap tutup mata tak rapat lagi muehehehe.. sakit perut aku dibuatnya.

Bukan selalu aku dapat berjalan-jalan sampai ke sini, susah tau kalu bab berjalan dengan Hubbyni, jauhlah apelah.. nak yang dekat-dekat dan membosankan jugak. Aku dapat datangpun sebab memang rezeki aku ke sini kot. Main redah aje tanpa kira nak kemana sekalipun. Niat nak balik rumah, jadi jalan-jalan cari panggung wayang.. Muehehe... Sesat yang menguntungkan kikikikiki.....By the way, Big Hero 6 memang best dan kelakar. The best part is, anak teruna aku benar-benar menghayati cerita ni dan boleh nangis lagi (part yang ni aku gelakkan dia, muehehehe..) bila Hiro nak kena berpisah dengan Baymax si penjaga kesihatannya itu.

Adios....

Blues Monday #67

Assalamualaikum..

Hari baharu, minggu baharu, bulan juga baharu, Pengarah baharu juga... hmm... hari yang agak seronok hari ini. No Blues Monday tapi saja nak letak dalam topik ni. Hehehe... walaupun pada mulanya aku agak berat untuk bangun pagi sebab keletihan berjalan semalaman ditambah keletihan sabtu malam aku bermain badminton. Kepala aku yang kepeningan berpusing-pusing macam gasing sampai hari ini.

Hmm.. aku nak bercerita mengenai kesah hari sabtulah...

Tgh hari sabtu yang lepas, aku pergi kenduri kawan aku yang bekerja dipejabat cawangan Tengku Kelana. Majlisnya sekali dengan Adik ke abang dia pun aku tak pasti lah pulak. Cantik serba merah mandarin dan silver. Lagi nampak kelas kalau dengan warna hitam. Muehehehe... suka hati aku aje nak komen warna baju penganti orang kan...Muehehehe...
 Tahniah buat Baity dan Suami, semoga kekal abadi sehingga ke anak cucu.
Adios..