Ahad, Julai 1

Pesta Buku Selangor 2012 at SACC, Shah Alam

Niat di hati mulanya aku nak keluar ambil barangje di seksyen 23, Shah Alam. Sekali ternampak banting pasal pesta buku. Lansung akupun memusingkan stering keta dan memandu keretaku ke parking lot kompleks PKNS.
Ceh niat di hati nak beli buku anak teruna untuk pembelajarannya, sudahnya buku novel gak yang akuborong. Ahaks.. kalu dah kaki noveltu, memang tak boleh sekalipun aku kalihkan pandangan mataku dari novel-novel yang ada. Anak teruna dah aku umpankan dengan colouring books ben10nya. So bolehlah aku bawa dia merayau mencari novel yang aku nak sangat tu. Dapat jugak aku berjumpa dengan Siti Rosmizah dan dia jugak menandatangani buku terbarunya Takdir Itu Milik Aku. 
Comel orangnya. 
Penulis Novel Baru (sambil diperhatikan oleh anak terunaku)
Mewarna depan pintu keluar

Sempat lagi aku masuk cabutan bertuah sambil ditunggu oleh anak terunaku. (sebenarnya tak sabar nak mewarna buku baru) sudahnya dia duduk atas lantai dan mula mewarna.


*tunggu call untuk cabutan bertuah sehingga jam 7, namun masih tiada panggilan. Maknanya tiada rezeki IPad 2 untuk aku hukhukhuk

Tiada ulasan: