Rabu, Oktober 31

Aku Di jangkiti Virus Selsema

Assalamualaikum..


Harini aku tak berapa sihat, aku dijangkiti virus selsema. Sebenarnya semalam lagi aku dah kena, akuni kalau kena selsema sememangnya akan kena dengan agak teruk, habis hidung aku sentiasa berairjer.. tisu pun sentiasa berada dekat dengan badan aku. Boleh dikatakan tisu dan aku sungguh sinonimlah. Dimana ada aku disitulah tisu akan menemani diriku ketika diperlukan. Boleh dikatakan sahabat sejatilah kiranya. Aku dan tisu takkan boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu. ahaks.. ahaks..
He..he..he.. mulalah aku mengaruts nih. Hmm ikutkan hati,aku nak post pasal wish untuk aidiladha namun malangnya, post tu terpaksa aku tangguhkan atas sebab kesihatan dan juga atas sebab kemasukan entiti ke dalam rumah aku. aku juga tak larat nak berkarya dan tak larat nak mengedit gambar untuk tatapan semua, tambahan lagi malamni hingga hujung mingguni, hubbyku shift malam, ini boleh membuat aku rasa seram untuk duduk rumah dengan anak teruna aku. Dahlah anak teruna tu jenis penakut, aku yang sedia takutni lagi lah takut jadinya.
Takpe korang jangan takut.. dan jangan pulak korang takutkan aku ek, aku janji akan aku sambung berkarya setelah kesihatan aku pulih kembali dan entiti telah aku nyahkan dari rumah aku tu.. maaf seandainya aku terpaksa meninggalkan dunia belognih buat sementara waktu. Untuk sementara waktujer tak lamapun kot.. ish tangkap sedihlah pulok..
Ahaks.. ahaks.. ahaks.. kita berjumpa lagi nanti.. Aaaaaaa.. chumm... sort.. oh tisu yang ku sayang, sentaiasa disisi.. heheheh.. chow..

Isnin, Oktober 29

Blues Monday #7

Bila hati ku bersemangat meng'update' blog,

Pembacaan buku novel aku terbengkalai. Dekat sebulah dah kot aku baca buku ni tak habis-habis gak

Jumaat, Oktober 26

Makan Best #9 : Birthday Celebration @ Red Wok & Home

Tanggal 13 dan 20 Oktober telah berlalu dan genaplah umurnya buat abahku dan anak terunaku yang mana masing-masing menyambut angka 5, 55 buat abah manakala 5 buat anak terunaku.
Mulanya cadangku nak bawa family ke island bbq & steamboat di Sungai Buloh, namun bila kami call tanya rupanya perlu buat tempahan dulu. Mungkin disebabkan hari ahad agaknya, kenapalah dalam blog dia tak mention kan senang nak rancang awal-awal. Then abah rancang ke Red Wok, katanya kat situpun ada steamboat n bbq di bangi. akupun setuju tanpa melihat-lihat blognya dengan lebih teliti. Korang boleh tengok kat SINI
Bahagian hadapan Red Wok
 Sampai di Red wok, kami diberi pilihan untuk memilih samada ala carte ataupun steamboat. Kami memilih steamboat iaitu korean steamboat namanya.
Keadaan dalaman Red Wok - Bahagian untuk steamboat sahaja


Sambil menunggu meja di set


Dapur Steamboat telah di siapkan
 Sebelum Kek dibuka, ambil bahan mentah dahulu, banyak pilihan jugalah cuma daging tak dihidangkan.
Ma sedang memilih makanan mentah
 Niat mulanya, kami nak makan kek dahulu yelah sambut birthdaykan.. Kek telah ku beli awal-awal di kedai kek fruity sebelum ke petaling jaya. Namun apakan daya, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Setelah kami mengambil segala makan steamboat, sebaik sahaja aku sampai di meja kami, aku tengok abah dah makan dahulu sebelum semua orang sampai dimeja. Kecewanya hati aku Allah sahaja yang tahu. Namun, itulah abahku. dia akan makan tanpa mengira sesiapa or menunggu sesiapa. Dia lapar dia makanjer. Bila kenyang, dia akan bersandar dan beredar buat 'fogging' kat mana-mana. Yelah kami anak beranak cukup tak suka bau 'fogging' tu. Jadinya, Kek tu kami ketepikan tanpa membukanya.
Makan time

Jangan termenung ma makanjer.. makcu dah standby tu



Antara aksi sewaktu makan
Halamak baru aku prasanlah... gambar atas n bawahni adalah possing sebelum makan
Pose jangan tak pose

Anak sapalah ni buruknya

Licin sudah semuanya


  Bayar time, kat bawahni saja aku tangkap ada kat dinding belakang kaunter




Surau turut disediakan, siap model lagi.. ahaks
Dah kenyang perut, kamipun bertolak balik kerumah, Dirumah kami teruskan raikan birthday boy n granpa
Taksabar dah nak tiup lilin dan nak dapat hadiah
aksi suap menyuap, anak teruna malu-malu nak kena suap

Wah senyum sampai ketelinga dapat hadiah
 Selesai sudah birthday celebration kami, semoga anak terunaku dan abah dikurniakan kesihatan yang baik, keimanan yang teguh, kecerdikan yang tinggi dan juga semoga dilimpahi dengan keberkatan yang melimpah ruahnya dengan sebaik-baik keberkatan oleh Allah s.w.t- Amin Yarabbal al amin. I love u 2 with all my heart.



Update terkini:- Hadiah yang dapat ntah ke mana ntah sebab dapat menda baru boboi boy angin.. 

nota:- Sorrylah ayat aku tunggang langgang, sebab hubby dah warning 'x nak balik kampungke?'





Khamis, Oktober 25

Laksam

Yang ni post yang tertunggak. Lama dah aku teringin nak buat laksam. Pada mulanya aku nak pinjam periuk kukus ma, tapi asyik terlupa sesaja nak ambil. Aku ada jumpa periuk kukus elektrik di Jusco, bila aku nyatakan pada en. hubby, dia boleh buat tak retijer.. cukup bulan hari tu, aku nekad beli periuk kukus tu juga. Survey punya survey, sudahnya aku beli periuk kukus yang manualjer, lebih murah dan lebih facilitate.

Maka, bermulalah projek membuat laksam aku. Dengan semangatnya aku merebus ikan dan menggaul tepung untuk dibuat laksam.


Menjadi yang tak berapa nak menjadi sudah laksam hasil dari air tanganku
Resepinya Laksam @ Laksang

Untuk laksam:-
  • 3 cawan teoung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan tepung
Cara-cara membuat laksam:-
  1. Gaulkan semua bahan-bahan
  2. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak- untuk megelakkan dari melekat 
  3. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. - sekejap je masak, dalam 1-2 minit.
  4. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung - supaya laksam kelihatan cantik dan licin.
  5. Sementara tu letakkan sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai tepung habis.
Untuk kuah:-
  • Ikan - direbus dengan asam keping dan dibuang tulang
  • Sedikit halia
  •  Sedikit bawang putih
  • Sedikit bawang merah
  • Sedikit lada hitam/serbuk lada hitam
  • Santan - saya guna 3/4 biji kelapa
  • Asam Keping
  • Sedikit garam
Cara-cara membuat Kuah:-
  1. Kisar bahan tumisan: halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam - asingkan
  2. Kisar isi ikan
  3. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar, masukkan isi ikan dan santan. Kacau selalu sehingga kuah menjadi pekat.
Ulam:-
  • Timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum dan kobis - di mayang halus
Untuk sambal:-
  • Cili merah
  • Belacan
  • Garam
  • Limau
Cara-cara membuat sambal/cili:-
  1. Cili merah dan belacan di goreng kemudian ditumbuk- kalau tak goreng pun boleh
  2. Tambah sedikit garam. Jkia suka, boleh perah air limau.


*resepini aku dapat dari My Resepi.com ~ Yani

The New Building of GM Klang

Teringin rasa di hati nak ke bangunan GM Klang yang baru. GM Klangni secara rasmimya dibuka bermula pada bulan September yang lepas. Dah nak hujung bulan 10 baru hati aku tergerak nak ke sana. Tujuan utama aku kesini nak mencari kasut/sandal refleksologi. sebab tumit aku nih sengal giler tambah lagi kalau lama duduk. memang sakit giler kalau pijak lantai. Ok berbalik pada citer GM Klangni. Bangunan baru nya betul-betul sebelah bangunan sementara GM Klang yang lama. pada sesiapa yang pernah kesana tahulah kat manakan. 
http://www.gmklang.com/assets/www/images/1.jpg
Wajah baru GM Klang

Mengikut perancangan pihak GM Klangni ada 4 blok yang akan mereka bina. tapi buat masa ni, mereka baru Submit pelan untuk blok A so yang buka sekarangni adalah blok A. Blok yang lain, kemungkinan akan dibina selepas bangunan lama dirobohkan. Kat bawahni gambar perancangan akan datang
cadangan GM Klang akan datang

 Macam mana nak kesini, ni aku ambil dari website GM Klang. Senang sangat kalau dari Kesas.
Oklah berbalik ke penjelajahan aku ke GM Klang nih. Aku masuk dari pintu tepi, tak banyak kedai yang di buka lagi. Bangunan barukan, banyak lagi ruang kedai yang kosong. Tapi serasa akulah, masa GM Klangni submit Borang F dulu, semua kedai dah penuh dengan nama penyewanya. Mungkin sebab baru sebulan dibuka, jadi kedai-kedai yang adapun kebanyakannya kedai sediada di bangunan lama. Bangunan kalini lebih besar dan ada tambahan kedai baru yang dibuka berbanding bangunan sementara dahulu.
Pandangan dari sisi
 untuk pertama kali ke sini, aku naik motor dulu, nak rikie tempatlah katakan, lagipun dekatje, bukan jauhpun. Bangunannya betul-betul sebelah bangunan sementara GM Klang yang lama.
Dari satu tingkat ke satu tingkat kami menjelajah. Kasut tak jumpa, menda lain yang jumpa hehehe..
Bermula dari tingkat bawah di khaskan untuk kedai makan sahaja. Itupun x banyak kedai makan lagi. 
Naik ke tingkat 1, dah penuh dengan kedai-kedai. Di tingkat nipun, baru aku nampak orang cukup ramai memenuhi setiap kedai. Memang besar. Andai berkenan, kena ingat no. kedai mengikut tingkat. 
Kedai Jam di tingkat 1
 Di bangunan baru GM Klang kali ni dapat menarik minat hubby sebab kalini lebih banyak pakaian untuk lelaki dan sebagainya khas untuk lelaki.

Tengok tu, dah usha-usha dah tu... tunggulah dapat gaji nanti confirm dia ajak aku datang sini.
Garment lelaki kebanyakannya di area 1F12 hingga ke 1F40
Gaya K-Pop
Batu kristal, jed dan batu cincin
Kalau nak beli cermin mata murah, ada di area kedai 1F32
Keronsang pula di area 1F103 ke 1F111Kami naik ke tingkat 2, kat sini aku beli refleksologi path untuk kaki. Hubby pulak beli baju hujan

Kedaini menjual Segala jenis helmet. Hubby singgah sini beli baju hujan murah jugaklah
Kemudian kami ke tingkat 3 dimana penuh dengan mainan dan barangan untuk kanak-kanak ternasuk baju, gaun, beg sekolah, beg pakaian dari kartun disney dan bermacam lagilah. Ditingkat ini juga kalau tak silap ingat lupa ingat  aku, ada dijual juga tudung2 dan selendang. Tapi kalau aku tersilap janganlah marah ek. Time tu aku tak dapat nak snap gambar sebab handphone aku di konker oleh anak teruna aku untuk bermain game. Singgah kedai yang menjual mainan, anak teruna mula rambang mata. nampak patung dragon ball mintak sampai 3-4 peket, nampak naruto nak naruto pulak. So aku decide nak belikan tapi secara senyap-senyap untuk hadiah hari jadinya nanti. Sempat lagi aku sambar model kapal terbang Air Asia X dan MAS MH brape ntah.
Barang-barang yang sempat aku borong termasuk hadiah birthday untuk anak teruna
Naik ke tingkat 4, masih dalam pembaikan dan tingkat seterusnya adalah parking. Mujurlah masa aku pergini masih belum gaji, kalau dah gaji, silap-silap habis duit gaji aku kat sini sahaja. Tambah lagi, aku macam dah seronok mengumpul model kapal  terbang dan membuat aku lebih berazam mengumpulnya lagi. Huhuhu... bisinglah hubby ku nanti. Oklah sampai di sini sahaja cerita aku pasal GM Klang, nanti kalau aku ke sini lagi, aku update lagi ek.

Rabu, Oktober 24

Makan Best #8 : Lunch #2 @ Fruity Cake & Bakery

Lunch @ makan tengah hari adalah suatu perkara yang jarang aku amalkan setiap kali waktu rehat jam 1-2pm. Biasanya aktiviti waktu tengah hari aku adalah dengan tido ataupun apa sahaja urusan yang memerlukan perhatian aku. Namun tengah harini aku dengan relanya menambahkan lemak di badan atau atas nama lain memecahkan diet tengah hari aku dengan meneman pn. Ana dan anak terunaku makan.
Lunch hari ni dipilih oleh pn. Ana untuk makan di Fruity. Pada mulanya kami ingin memilih slice kek sahaja. Namun, disebabkan anak teruna nak makan spagetti, maka kami menambahkan menu kami memilih set C-wednesday iaitu spagetti Napolitana (spagetti vegetarian). Manakala aku pula hanya memilih sardine puff dan curry danish untuk makan tengah hari aku. Diet punya pasal hehehe...
Sebelum tu aku nak cerita sikit akan keistimewaannya kedaini. Ianya lebih berkonsepkan cafe and cake. Ala-ala Secret resepi gitu. Yang aku suka kat sini adalah keknya dimana lebih sedap dan memenuhi citarasa aku. Nak beli secara slice berbaloi, nak beli kek untuk hari jadipun cukup berbaloi. Sebab keknya lebih murah dan lebih tebal. Setiap kali aku kesini, baru 3 kali hehehe.. kedaitu sentiasa penuh dengan pelanggan untuk makan tengah hari. Okla jom kita layan gambar yang sempat aku snap. 
Desert untuk Lunch kami. No. 16 untuk no kami dan sardine puff untuk aku
Untuk desert ni, kami terkejut gaklah sebab tak sangka, sebelumni kami pernah makan tengah hari kat sini dan takde pulak dalam set tu ada disertakan desert. Walaupun hanya setengah portion, tapi memang memuaskan hati kami.

Chicken Curry Danish untuk aku
Ice Lemon Tea memang dan tak masam sangat

Spagetti Napolitana sudah sampai
Tanpa bertangguh, dengan bacaan doa dan disertakan dengan Bismillah kamipun mula menjamu selera. Anak teruna memang cukup gemar dengan spagetti, makan dengan penuh berselera. Dan aku pula kekenyangan makan puff. Penuh perut aku tau. Jom tengok pula resit bayaran.
Cukup berbaloi, aku dengan pn. Ana cadang akan datang lagi untuk makan lunch kat sini, Kek pun kami akan beli sahaja disini. Terutama sekali aku nak beli coklat temptation-full dengan coklat. Gambar kek nanti aku snap lain ek.
Lokasi Kedai ni Korang boleh tengok kat peta ni. 
Parking agak penuh disini, so kena pandai-pandai pusing cari parking
Manakala cawangannya ada di maju Junction KL kalau tak silap aku.

Selasa, Oktober 23

Nasi Kerabu

Assalamualaikum....

Jumaat yang lepas, tergerak hati aku nak try masak nasi kerabu. Walaupun aku bukan anak Kelantan or ada kaitan dengan kelantan, tapi aku nak cuba jugak masak. Tambahan lagi bila pokok Telang hubby banyak berbunga hari tu, so semangat nak membuat nasi kerabupun mulalah berkobar-kobar nak membuat nasi kerabu, nasiblah ko pokok telang, sape suruh ko berbunga banyak-banyak kan dah togel pokok tu aku kerjakan. Lalu dengan semangat yang berkobar-kobar dan membara macam nak masuk sukan olimpik poyojer.. ahaks akupun pesan dengan hubby agar membeli barang-barang eh silap bahan-bahan, untuk membuat nasi kerabu. Resepinya pula aku ikut dalam koleksi resepi yang aku kumpul masa aku menganggur dulu.
Nilah ghupa pokok dan bunga telang yang akan membuat nasi berwarna biru
warnanya telah aku buat sehari sebelum lagi.


sayur dan ulaman yang siap di ricik
Jom Kita tengok resepinya:-

Bahan-bahan Kerisik/sambal:

  • 3 ekor ikan kembung (dibakar dan ambil isinya)
  • 1/2 cawan Kerisik (aku pakai kelapa parut, then aku goreng hingga coklat)
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Garam dan gula secukupnya.
Cara membuatnya:
  1. Gaulkan isi ikan bersama kerisik, bawang merah dan putih serta halia
  2. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kemudian kisar bahan tersebut hingga lumat
Bahan kuah:
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 10 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 inci belacan (yang ni aku tak pakai, pantang)
  • 1 bantang serai (dititik)
  • 2 cawan santan pekat
  • garam dan gula secukupnya
cara membuatnya:
  1. Masakkan santan sehingga mendidih, masukkan bahan kisar, serai, garam dan gula secukupnya.
  2. Bila kuah pekat, perlahankan api dan sentiasa mengacaunya
  3. Setelah cukup pekat dan rasa, angkat untuk dihidangkan bersama nasi kerabu.
Bahan Untuk Ulam (dimayang kesemuanya)- aku guna segala jenis ulam untuk tambahan
  • 1/2 biji timun
  • 1 kelopak kubis
  • 5 tangkai daun kesum
  • 2 batang serai
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 5 batang kacang panjang
  • 5 tangkai cili padi
*Setelah semua bahan siap, hidangkan nasi bersama kuah, ulam dan sambal.


Nasi Kerabu yang tak berapa biru dah menjadi, gambar sebelah pula kerisik yang telah siap di goreng


Yang ini pula yang sempat aku masak pagi ahad lepas sambil dibantu oleh en. hubby

Isnin, Oktober 22

Blues Monday #6

Bila dah jumpa mainan Ben10...


Beginilah jadinya.. walaupun ditangan dah ada mainan lain.

Jumaat, Oktober 19

Freaky Friday #2


Apalah teruk punya pekerja buruh, sangkut penyapu kat pokok

Pensijilan Semula Amalan 5S

Post yang dah lama aku nak keluarkan, tapi baru kali ini aku berkesempatan mengedit gambar dan mengepos ke entry.

Tahunni genap tiga tahun amalan 5S di Majlis tempat kerjaku dilaksanakan. Dan genap 3 tahun juga aku menjadi auditor dalaman untuk 5S ni. Tapi tahunni agak berbeza sedikit sebab ada bff aku yang turut menjadi auditor bersama.

Tahunni aku di arahkan untuk mengaudit Jabatan Lesen dan Kesihatan. Dua jabatan yang agak besarkot. Tak ada apa sangatlah nak di tengok dan ditegurpun. Dah tahun ketigakan.. kekal kemas sahajalah. Berhabuk tu biasalah. Bermula dengan rehearsal, En. Lidzuan sebagai pegawai pemantau dari NPC sendiri.
 Kemudian, Auditor-auditor diarahkan untuk menjalankan tugas masing-masing. Jadi kami ke Jabatan perlesenan dahulu. Antara contoh yang boleh kita ambil adalah:-
Semangat 5S yang ditunjukkan oleh jabatan ini sendiri, 
sanggup keluar duit jabatan untuk buat banting sendiri
Labeling untuk laci dan almari

Sudut 5S dan Inventori di Bilik fail
ok jom kita ke bangunan sebelah pula

Kaunter yang ceria
Sudut 5S untuk bilik fail serta Parking untuk fail dalam proses (atas platform)
Dah selesai mengaudit Jabatan Perlesenan kami ke Jabatan Kesihatan pula.
Sudut 5S untuk setiap zon dan board aktiviti kakitangan 
(guna budget jabatan)

Bilik Mesyuarat dan pintu masuk ke tandas.
 Namun, dalam pada cantik dihias, ada juga yang x cantik. sila jangan contohinya seperti gambar di bawah.

Sampah bertaburan, peralatan pembersihan perlu letak di tempat yang sesuai