Rabu, Oktober 24

Makan Best #8 : Lunch #2 @ Fruity Cake & Bakery

Lunch @ makan tengah hari adalah suatu perkara yang jarang aku amalkan setiap kali waktu rehat jam 1-2pm. Biasanya aktiviti waktu tengah hari aku adalah dengan tido ataupun apa sahaja urusan yang memerlukan perhatian aku. Namun tengah harini aku dengan relanya menambahkan lemak di badan atau atas nama lain memecahkan diet tengah hari aku dengan meneman pn. Ana dan anak terunaku makan.
Lunch hari ni dipilih oleh pn. Ana untuk makan di Fruity. Pada mulanya kami ingin memilih slice kek sahaja. Namun, disebabkan anak teruna nak makan spagetti, maka kami menambahkan menu kami memilih set C-wednesday iaitu spagetti Napolitana (spagetti vegetarian). Manakala aku pula hanya memilih sardine puff dan curry danish untuk makan tengah hari aku. Diet punya pasal hehehe...
Sebelum tu aku nak cerita sikit akan keistimewaannya kedaini. Ianya lebih berkonsepkan cafe and cake. Ala-ala Secret resepi gitu. Yang aku suka kat sini adalah keknya dimana lebih sedap dan memenuhi citarasa aku. Nak beli secara slice berbaloi, nak beli kek untuk hari jadipun cukup berbaloi. Sebab keknya lebih murah dan lebih tebal. Setiap kali aku kesini, baru 3 kali hehehe.. kedaitu sentiasa penuh dengan pelanggan untuk makan tengah hari. Okla jom kita layan gambar yang sempat aku snap. 
Desert untuk Lunch kami. No. 16 untuk no kami dan sardine puff untuk aku
Untuk desert ni, kami terkejut gaklah sebab tak sangka, sebelumni kami pernah makan tengah hari kat sini dan takde pulak dalam set tu ada disertakan desert. Walaupun hanya setengah portion, tapi memang memuaskan hati kami.

Chicken Curry Danish untuk aku
Ice Lemon Tea memang dan tak masam sangat

Spagetti Napolitana sudah sampai
Tanpa bertangguh, dengan bacaan doa dan disertakan dengan Bismillah kamipun mula menjamu selera. Anak teruna memang cukup gemar dengan spagetti, makan dengan penuh berselera. Dan aku pula kekenyangan makan puff. Penuh perut aku tau. Jom tengok pula resit bayaran.
Cukup berbaloi, aku dengan pn. Ana cadang akan datang lagi untuk makan lunch kat sini, Kek pun kami akan beli sahaja disini. Terutama sekali aku nak beli coklat temptation-full dengan coklat. Gambar kek nanti aku snap lain ek.
Lokasi Kedai ni Korang boleh tengok kat peta ni. 
Parking agak penuh disini, so kena pandai-pandai pusing cari parking
Manakala cawangannya ada di maju Junction KL kalau tak silap aku.

Tiada ulasan: