Khamis, Oktober 11

Pelupusan Al-Quran mengikut syariat Islam

Assalamualaikum,

Seminggu yang lepas, kebetulan kebetulan? aku tengok berita TV3, iyelah selamani bukan mudah aku dapat tengok berita sebab kuasa veto aku tak berkuasa bila anak terunaku dah mula memasang CD. Ada tajuk berita yang menarik perhatianku, pasal perlupusan Al-Quran mengikut syariat Islam.

http://www.utusan.com.my/pix/2012/1005/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_14.1.jpg
Datuk Abdul Rahman Othman (kiri) menunjukkan cara pelupusan abu al-Quran di tengah laut pada Program Pelupusan Abu Al-Quran Peringkat Negeri Pahang di Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang

So, harini aku pun tanya kat cik google pasal pelupusan al-quran tu. Keluarlah berita tu kat utusan dengan sinar harian.Nak tau lebih lanjut bolehlah korang tengok kat Sini 

Korang tengok gambar kat atas, Datuk Abdul Rahman Othman menunjukkan cara pelupusan abu al-Quran dan Seberat tiga tan abu al-Quran bersama-sama bahan bercetak berunsur keagamaan yang lama serta yang mempunyai kesalahan telah dikumpulkan dari seluruh negara dan dibakar oleh syarikat percetakan saufi dilupuskan di tengah laut, tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Turut dimaklumkan, Program ini merupakan yang pertama diadakan di Pahang dan proses pelupusan ini diketuai oleh Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan disertai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Mohamad Safri Ab. Aziz dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Program ini dilakukan adalah untuk
menjaga dan melindungi kesucian serta memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan pelupusan al-Quran mengikut kaedah ditetapkan oleh Islam. 

Datuk Abdul Rahman berkata, adalah penting bagi umat Islam menggunakan perkhidmatan pusat pelupusan al-Quran yang diiktiraf bagi melupuskan kitab suci itu demi memastikan proses pelupusan dilaksana mengikut syariat Islam.

Selain dilupuskan melalui pembakaran sebelum abunya dibuang ke laut, kaedah lain seperti membakar dan menanamnya juga dianjurkan Islam kerana pada zaman Saidina Uthman Affan, cara inilah yang diamalkan.

Mengikut fatwa negeri Terengganu yang di buat pada 8 OKT tahun 2000, mengenai Pengurusan al-Quran, kita-kitab tafsir dan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang tidak boleh digunakan. Keputusannya:- 


Mesyuarat bersetuju pada dasarnya menerima draf 'Panduan pengurusan al-Quran, Kitab-kitab tafsir dan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang tidak digunakan' yang disediakan oleh Timbalan Mufti (Ustaz Zainal Abidin bin Ahmad) tanpa sebarang pindaan. 
Draf panduan berkenaan ialah: 
1. Sebarang mashaf, kitab tafsir dan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang sudah lusuh atau yang terdapat di rumah-rumah orang Islam hendaklah dibawa ke masjid yang berdekatan dan menyerahkan kepada mana-mana pegawai masjid berkenaan untuk dikumpulkan. 
2. Setiap daerah memilih kawasan masjid yang sesuai sebagai tempat pelupusan. 
3. Pegawai Agama Daerah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelupusan itu dengan melantik pegawai tertentu untuk menyelia kerja-kerja pelupusan tersebut. 
4. Masa dan tarikh pelupusan terserah kepada budi bicara Pegawai Agama setiap daerah. 
5. Cara pelupusan ialah dengan menggali sebuah lubang yang sesuai perlu dipastikan lubang tersebut tidak dilangkah atau dipijak-pijak dimasukkan bahan-bahan yang kan dilupuskan kemudian dimasukkan bahan kimia tertentu, atau dibakar, stelah dipastikan bahan-bahan tersebut sudah selesai dilupuskan lubang tersebut ditimbus. 6. Atau menyediakan tong yang sesuai, dimasukkan bahan-bahan yang akan dilupuskan kemudian  dibakar, debunya ditimbus atau dibawa ketempat-tempat yang sewajarnya.

Sumber oleh e-fatwa

Kaedah-kaedah yang betul mengenai pelupusan al-Quran juga boleh di baca di SINI 







Tiada ulasan: