Teringin rasa di hati nak ke bangunan GM Klang yang baru. GM Klangni secara rasmimya dibuka bermula pada bulan September yang lepas. Dah nak hujung bulan 10 baru hati aku tergerak nak ke sana. Tujuan utama aku kesini nak mencari kasut/sandal refleksologi. sebab tumit aku
nih sengal giler tambah lagi kalau lama duduk. memang sakit giler kalau
pijak lantai. Ok berbalik pada citer GM Klangni. Bangunan baru nya betul-betul sebelah bangunan sementara GM Klang yang lama. pada sesiapa yang pernah kesana tahulah kat manakan.
Wajah baru GM Klang |
Mengikut perancangan pihak GM Klangni ada 4 blok yang akan mereka bina. tapi buat masa ni, mereka baru Submit pelan untuk blok A so yang buka sekarangni adalah blok A. Blok yang lain, kemungkinan akan dibina selepas bangunan lama dirobohkan. Kat bawahni gambar perancangan akan datang
cadangan GM Klang akan datang |
Macam mana nak kesini, ni aku ambil dari website GM Klang. Senang sangat kalau dari Kesas.
Oklah berbalik ke penjelajahan aku ke GM Klang nih. Aku masuk dari pintu tepi, tak banyak kedai yang di buka lagi. Bangunan barukan, banyak lagi ruang kedai yang kosong. Tapi serasa akulah, masa GM Klangni submit Borang F dulu, semua kedai dah penuh dengan nama penyewanya. Mungkin sebab baru sebulan dibuka, jadi kedai-kedai yang adapun kebanyakannya kedai sediada di bangunan lama. Bangunan kalini lebih besar dan ada tambahan kedai baru yang dibuka berbanding bangunan sementara dahulu.
Pandangan dari sisi |
untuk pertama kali ke sini, aku naik motor dulu, nak rikie tempatlah katakan, lagipun dekatje, bukan jauhpun. Bangunannya betul-betul sebelah bangunan sementara GM Klang yang lama.
Dari satu tingkat ke satu tingkat kami menjelajah. Kasut tak jumpa, menda lain yang jumpa hehehe..
Bermula dari tingkat bawah di khaskan untuk kedai makan sahaja. Itupun x banyak kedai makan lagi.
Naik ke tingkat 1, dah penuh dengan kedai-kedai. Di tingkat nipun, baru aku nampak orang cukup ramai memenuhi setiap kedai. Memang besar. Andai berkenan, kena ingat no. kedai mengikut tingkat.
Kedai Jam di tingkat 1 |
Di bangunan baru GM Klang kali ni dapat menarik minat hubby sebab kalini lebih banyak pakaian untuk lelaki dan sebagainya khas untuk lelaki.
Tengok tu, dah usha-usha dah tu... tunggulah dapat gaji nanti confirm dia ajak aku datang sini. |
Gaya K-Pop |
Batu kristal, jed dan batu cincin |
Keronsang pula di area 1F103 ke 1F111Kami naik ke tingkat 2, kat sini aku beli refleksologi path untuk kaki. Hubby pulak beli baju hujan
Kedaini menjual Segala jenis helmet. Hubby singgah sini beli baju hujan murah jugaklah |
Barang-barang yang sempat aku borong termasuk hadiah birthday untuk anak teruna |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan