Jumaat, April 5

Freaky Friday #17

Assalamualaikum..

Entry kali ni memang betul-betul Freaky Friday aku. Nak tahu kenapa? sebab setiap kali jumaat aku akan jadi fobia nak bawak kereta. Tambah lagi bila aku nak hantar anak teruna ke tadikanya. Dah 4 kali jumaat berlalu, aku masih fobia.Tambah lagi bila nak melalui roundabout Bulatan Simpang Lima.

Hari jumaat jugalah aku dilanda dugaan sehingga ketar lututku. Tragedi kecil yang berlaku di bulatan simpang lima yang menyebabkan aku fobia nak melaluinya lagi setiap kali datangnya hari jumaat. Anak teruna aku mendapat kecederaan di dalam kereta di sebabkan aku brek mengejut secara tiba-tiba kerana sebuah kereta yang masuk tiba-tiba di hadapan kereta. Ianya juga mungkin sebab kalalaian aku dan mungkin sebab kedegilan anak teruna untuk duduk diam-diam di dalam kereta. Sehingga kini, aku tak benarkan anak terunaku berbaring ataupun duduk seorang diri di tempat duduk belakang. Takut perkara sama berulang lagi.

Pada mulanya aku mendengar anak teruna meraung menangis kesakitan. Lalu aku tanyakan di mana sakitnya, anak teruna pun tunjukkan sakit di kepala. Pada mulanya aku sangkakan hanya bengkak di kepala, lalu aku usapkan kepalanya agar hilang sakit. Tapi, aku pelik, kenapa tangan aku rasa lain macamjer nih? bila aku perati tangan, rupa-rupanya darah dah memenuhi seluruh tangan aku dan kepala anak teruna aku. Aku cepat fikirkan klinik yang yang terdekat yang dibuka 24 jam. Hendak menelefon rakan sekerja untuk memberitahu hal yang terjadi sambil bertanyakan klinik yang berdekatan, kredit aku pulak dah kehabisan tempoh. Sudah! mana aku nak pergi ni. Jenuh aku pusing, akhirnya aku teringat ada satu klinik yang terdekat di jalan Dato' Hamzah yang memang di buka 24 jam. Lalu aku ke sana segera. Sampai sahaja, aku diberitahu dek orang kaunter, "klinik tutup, jam 10 nanti baru ada doktor" aku membalas, "apa guna tulisan 24jam tu?", "memanglah, sekarang tengah buat cleaning" jawabnya. "boleh tak mintak bandage ke kapas ke apa-apalah untuk tahan darah kat kepala ni?" kataku lagi, "ini dekat rambutlah, kalau letak juga akan tercabut punya baik you pergi hospital terusje." aku ulang sekali lagi mintak kapas ke apa ke aku cakap aku bayar. Namun orang kaunter tu tetap dengan jawapan begitu. Dalam hati cukup aku menyumpah seranah klinik tu. Itulah first and last aku ke klinik tu.

Tanpa berlengah aku terus ke Hospital Ampuan Rahimah untuk rawatan. Mujurlah anak teruna tak pengsan atau muntah tak pun pening kepala. Sepanjang perjalanan aku cuba bercakap dengannya. Takut andai anak teruna ku pengsan. Sampai di wad kecemasan, setelah melalui beberapa prosedur dan berjumpa beberapa doktor dan nurse sehingga letih mulut aku nak menjawab dan menerangkan hal yang berlaku, akhirnya kepala anak teruna di jahit dengan satu jahitan.

Hampir seminggu lamanya jugaklah, anak teruna aku tu tido meniarap. Takut kepala dia berdarah balik. Puas aku yakinkan yang kepalanya dah baik. Dan hampir dua minggu jugaklah, kepala anak aku tu tak bershampoo.
Kesian, esoknya dia mula demam. Aku terpaksa bawa juga untuk perjumpaan guru dan  ibu-ibu
Sempat lagi buat demo sambil menjual 
Penerangan oleh tece Ummi
Sehingga hari ini, aku masih takut nak melalui bulatantu setiap kali hari jumaat. Sanggup aku punch kad dulu dan ikut jalan jauh dari aku lalu bulatan tu.  Huhuhu.. seram....

Tiada ulasan: