Rabu, April 17

Changi Airport dan Universal Studio, Singapore

Assalamualaikum....

Kali ni aku nak bercerita mengenai perjalanan aku ke Singapore. Aku ke sana secara solo tanpa laksamana gagah menemani aku (ceh gagah sangatlah hubby aku tu). Aku pergi dengan kawan-kawan sepejabat puan Ana dalam erti kata lain aku menumpang unitnya untuk ke sana.

Bermula dengan planned pembelian tiket Airasia ke Johor Baharu, tapi boleh pulak flightnya delay ke jam 9:30 am. Then kena rushing ke Singapore pulak. Nak tak nak terpaksa kami burn tiket ke JB termasuk shuttle bas ke USS dan membeli pula tiket flight ke Singapore. Pertama kali ke Singapore, agak jakunlah juga. Manakan tidaknya, kami dapat tahu airport Changi merupakan antara airport yang terbaik di Dunia. Sakan kami bergambar kat sini.
Balai Ketibaan
Bergambar sakan atas travelattor yang panjang giler... KLIA pun pendek
Pergh.. sepanjang atas travellator tu kiri kanan carpet tebal tu..tenggelam kalau pijak tau....
Possing tak habis-habis
Dah puas kami bergambar, kami ke kaunter reception bertanyakan arah tapi kami disuruh turun ke bawah untuk pertanyaan lanjut. First impression tak baik pada aku. Apa guna kaunter reception tu?

Sampai di bawah selepas kami scan pasport dan melepasi kaunter kastam, kami terpinga-pinga lepas ni nak kemana? kami mencari pintu keluar. Berdekatan pintu keluar, kami nampak ada train, tapi nak ke mana?. Kami ringankan mulut bertanyakan pada warga melayu Singapore. Alhamdulillah walaupun makcik ni tak biasa naik pengangkutan awam, tapi dia cuba juga nak membantu sambil bertanyakan pada kawan-kawan dan anaknya.

Kami diberitahu kami perlu naik train dari terminal 1 dan ke terminal 2, kemudian kami perlu naik MRT untuk ke USS. Jauh juga nak berjalan ke MRT namun mujurlah aku dah biasa travel (padahal baru 2 kali keluar negara) so stamina aku agak kuat berbanding kali pertama. Sampai sahaja di stesen MRT, kami terpinga-pinga lagi. macam mana pulak nak beli tiket? kami bertanyakan pada girl yang duduk di dalam kaunter, dia cuma bagi aku sekeping kertas dan bagi panduan dengan bercakap secara laju. second bad impression aku pada warga Singapore menguatkan lagi sangkaan aku bila ramai yang mengatakan orang-orang Singapore sombong belaka. 
Timbul lagi tanda soal kat kepala aku, eh macammana nak beli tiket MRT? mujurlah ada Indian Staff yang ringan mulut nak tolong tekankan dan tolong explainkan pada kami. Alhamdulillah ada yang hendak menolong. (harga tiket 2.40 SD)
Train antara terminal dan arah laluan MRT
Berehat sebelum MRT seterusnya
Ha.. yang ni aku suka. di kedua-dua belah laluan train terdapat penghadang dan pintu hanya akan terbuka bersama pintu train. Kan bagus kalau di malaysia juga buat macam ni. Kalau bawa anak-anak kecilpun tak risau sebab kita tak akan rasa takut kalau anak kita berlari ke arah landasan. Sangat selamat

Sampai tempat yang dituju, kami kena beli tiket lagi untuk ke waterfront (harga tiket 3.5 SD kalau tak silap akulah)
Dah sampai stesen sentosa

Kami terpaksa berebut untuk masuk ke dalam train kerana train kali ini agak pendek dan orang agak ramai.
Akhirnya sampai juga kami ke Universal Studio Singapore. Tiket masuk dah kami beli siap-siap secara online. Kami beli dengan Maybank kad dan dapat pengurangan. Oklah dari harga asal 84 SD.

Bila sampai depan pintu masuk Universal Studio Singapore, rasa tak sabar melonjak-lonjak. Ramainya orang... wah... mahal-mahalpun ada jugak yang sanggup datang yek. Contohnya macam aku nih. hik hik hik..
Yea..yea.. dah sampai USS. ramai giler orang sesak n macam-macam bau ada ahaks..
Bergambar di tengah orang ramai.. nasib baik takde yang lalu kalau tak terlindung budak kecikni sebalik orang ramai

Sampai sini dululah entri aku. nanti aku sambung lagi cerita pasal USS nih yer.. gambar banyak sangat. Aku takut loading lama nanti. Bersambung lagi nanti. Banyak gambar menarik nak aku tunjukkan nati
Nih aku tunjuk sikit suasana dan keadaan kat dalam USS tu ek...

Update seterusnya:-

Tiada ulasan: