Ahad, April 14

Sport Day Tadika Tunas Ria Bestari

Assalamualaikum....

Dekat seminggu aku tak update entry aku, melawat dan menjeguk rakan-rakan blogger pun aku tak sempat. sibuk sangat ke akuni? ntahler.. pelik gak. Oooo aku baru teringat, sibuk baca novel dan menghabiskan novel. ahaks.. ahaks.. aku nih kalu dah baca novel memang lupa pada semua. Sampaikan nak update blogpun aku boleh lupa sebab leka dengan novel aku.

Hmm.. harinih aku nak cerita pasal sport day anak terunaku. Tahuni merupakan tahun terakhir anak aku di Tadika Tunas Ria Bestari. Tahunnijelah dapat merasa seronok meneman dan merakam gambar dia. Yelah tahun depan dah start masuk darjah 1. Macam ngerijer aku rasa nak masuk darjah 1. Yelahkan... sekejapje dah besar. Huhuhu sedih lepasni sapa nak bermanja dengan aku. Mesti anak teruna aku taknak kena peluk-peluk n kiss-kiss pipi lagi dah. syahdulah pulak...

Ok, kita layan gambarjelah..jom..
Tempat berkumpul anak-anak tadika
Aku tangkap gambar dari jauhje.. malas nak menyemakkan diri macam parents yang tak paham bahasa dalam gambarni. dah di perlipun tak paham-paham gak.
Antara aktiviti yang sempat aku rakam
Sebelum perlawanan tahun 6 kelas anak terunaku (tak reti nak duduk diam)
Matanya ditutup sambil dipimpin oleh rakan sekelas. Lompat apek lompat aaa
sambil menunggu rakan yang lain sudah. Jaritu mesti masuk mulut punya.
Dah habis nak ambil hadiah pulak
Muka gembira dapat hadiah dan piala

Anak teruna aku kepuasan dan keletihan seharini. Balik rumah tak sempat mandi dah tertidur keletihan. Cuma satuje yang dirungutkan, "Tak puas hati sebab tak menang lumba lari, Ummilah ni mintak beli kasut sukan tak nak". Hmm Ummi juga yang salah. Janji sayang Ummi ni gembira dapat main setengah hari nih...

Apa pula kerenah tahun depan.. tunggguuuuu.......

3 ulasan:

THE AUTHOR berkata...

Janji dpt hadiah..hihihihi

Mummy MM berkata...

Ramainya budak-budak. Mesti besar Tabika tu kan.

Firdausy CiLiKku berkata...

3 cawangan tadika sekali. bawah owner yang sama. tu yang ramai. tece pun ramai gak