Jumaat, Oktober 18

Freaky Friday #26

Undangan ALLAH

    Ketika Hajjaj bun Yusuf mahu makan tengah hari dalam suatu perjalanan, dia telah menyuruh pengawalnya agar mencari seseorang Badwi untuk diajak makan bersama. Pengawalnya segera pergi melaksanakan perintah tuannya dan berjumpa dengan seorang Badwi sedang tidur dengan berselimut kain yang telah kumal
  
 "Hei, bangun!" kata si pengawal.

"Siapa ini? mengacau saja."

"Kamu dipanggil raja."

  Si Badwi itu bangun dan pergi mengikut si pengawal menghadap Hajjaj.

  "Sila basuh tanganmu, cepat!" kata Hajjaj kepad si Badwi.

  "Basuh tangan untuk apa?" tanya si Badwi.

  "Makan siang bersama saya."

 "Hanya untuk ini engkau mengundangku ke sini? Aku telah mendapat jemputan yang lebih baik daripada jemputanmu ini."

  "Jemputan dari siapa?"

  "Jemputan dari Allah. Dia telah menjemputku untuk berpuasa. Jadi aku berpuasa hari ini."

  "Engkau berpuasa dalam keadaan panas terik seperti ini?"

  "Bahkan aku berpuasa untuk menghadapi hari yang lebih panas dari ini" pinta Al-Hajjaj

  "Jika engkau dapat menjamin bahawa aku masih hidup sampai esok, aku akan berbuka."

  "Sudah tentu tidak. Soal umur kan bukan urusan saya." jawab si Hajjaj.

   "Kalau tidak dapat, mengapa engkau menyuruhku berbuka hari ini?"

  "Sebabnya ini banyak makanan sedap, peluang bagimu."

  "Sedap atau tidaknya makanan bukan kerana makanannya, tapi kerana badan yang sihat."

Si Badwi segera pergi dengan perasaan kesal, kerana dipanggil hanya untuk urusan perut.

Tiada ulasan: