Assalamualaikum wbt...
Bagaimana Hendak Memilih Kasut Yang Terbaik
Adakah anda tahu bahawa kebanyakan
kasut wanita yang ada dalam pasaran di luar sana dikatakan tidak cukup selesa
ataupun baik untuk kesihatan tapak kaki? Mengikut organisasi yang terlibat
terdapat lebih 50 peratus wanita yang mengalami pelbagai masalah pada bahagian
kaki mereka kerana memilih kasut yang salah. Percayalah, walau kuat mana pun
keinginan anda untuk bergaya, anda tidak perlu suffer dek kerana fesyen
semata-mata. Namun kini banyak pembuat kasut dan jenama fesyen kasut yang
mendapatkan stylist untuk terus mengeluarkan the best shoes for women
collection yang hadir dengan rekaan terkini namun menawarkan kualiti yang baik
demi keselesaan pemakai.
Ada beberapa panduan tentang how to
pick the best shoes for women
seperti kasut tumit tinggi, kasut leper ataupun flats dan juga kasut sandal.
Apabila memilih kasut jangan terlalu taksub untuk memilih kasut dengan tumit
yang terlalu tinggi kerana semakin tinggi tumit kasut itu semakin banyak
tekanan yang anda letakkan pada bahagian hadapan tapak kaki anda. Kasut yang
benar-benar selesa kebiasaannya mempunyai tumit yang lebih rendah.
Jangan sesekali abaikan untuk
mendapatkan kasut yang diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi. Penggunaan
material yang bagus dapat memberikan keselesaan dengan menawarkan cushioning
and shock absorption. Elakkan juga untuk memilih kasut dengan toe box yang
terlalu kecil agar mempunyai ruang untuk jari kaki anda daripada ‘terhimpit’
antara satu sama lain dan mengakibatkan kesakitan.
Pilih
jenama kasut wanita yang anda benar-benar percaya kerana jenama yang baik lebih
dikenali dan menghasilkan koleksi kasut yang mempunyai kualiti yang baik. Apa
pun pilihan anda kasut yang sempurna sewajarnya memberikan keselesaan walau ke
mana sahaja anda pergi dan dapat digayakan dengan baik sepanjang hari!
Tepuk dada tanyalah selera, hanya anda sahaja yang tahu selera anda