Assalamualaikum wbt...
Aku agak sibuk hari ni. Manakan tidaknya, Big Boss bercuti, Small Boss sambung cuti (kecemasan) anak demam katanya. Sudahnya semua beban pada aku. Mana nak tunggu kertas kerja mesyuarat nya lagi, nak siap kan kerja hakiki aku lagi, nak keluar urusan JPJ lagi. Tapi pagi-pagi lagi dah kena sound. Malas aku nak layan. Lantak komelah...
Aku pula, urusan dengan JPJ pasal motor Demak aku yang lama. Nak membatalkan roadtax bulan 1 yang lepas sebab aku tukar beli motor Yang Mahal (muehehehehe....YAMAHA) mahal sangatlah...konon. Tapi memang agak mahal jugaklah sebab dari harga cash RM5K terus naik RM7K. padahal... bukan aku hutang dengan kedaipun, aku hutang dengan AEON confirmlah dema dapat duit cash teruskan... tak puas hati sungguh aku tau.. macam sengaljer.. masa booking, dema tak cakappun harga motor yang sebenarnya. Tapi bila nak bayar down payment, baru aku tahu harganya. Terasa macam kena tipu hidup-hidup pula.eeiii... geramnyer....
Satu lagi, yang paling sengal bila aku nak claim balik insuran yang aku dah bayar bulan Januari yang lepas, aku pulak kena pergi ke JPJ untuk batalkan roadtax tu sendiri. Dah jadi sistem JPJ sekarang pula ke? Bila aku tanya kat kaunter, katanya syarikat pun boleh. Hmmm.... banyak untung sekarangni kedai-kedai motor yer.. tak payah bayar upah runner lebih-lebih yer...
Lagi yang membuatkan aku tak puas hati bila aku kena bayar duit motor untuk bulan Februari. Katanya sebab aku dah pakai motor tu untuk sebulan. Eh...eh...eh.. aku dah booking motor dari awal bulan lagi tau.. dah siap bayar booking dan bayar duit down payment pun sebelum raya cina boleh pulak aku kena bayar jugak motor tu. Kome yang buat kerja lembab terhegeh-hegeh Mika pula yang disalahkan sebab pakai motortu dah sebulan, kalau aku tahulah dari awal lagi aku serah dah motor tu kat dema. Ahh lantaklah.. wahai AEON kome mintaklah duit tu pada kedai motor tu yer.. tak kuasa mika nak bayar. lagipun mika dah bayar lebih setiap bulan, bulan satu haritupun mika dah bayar lebih. Banyak songehlah tu, kalu kome nak bayar sikit. Boleh jalanlah.... Last aku beli motor kat kedai ni. Owner baik tapi pekerja dan anak-anak sombong giler, kurangpun tak boleh. Kedekut.... dapat cakap dengan owner mintak kurang okjer...
Hehehe... sessi meluahkan perasaan kejap. Jom tengok motor aku.
Cun tak? korang bayangkan aku tukar sport rim warna oren gak pastu helmet pun oren. Aku ambil yang takde starter electric sebab aku serik. Nak hidup pagi-pagi jenuh.
Rasa macam orang muda pulak, hehehe tak sedor diri tu dah tua yer... muehehehe.... kalau nak tahu habih duit aku dekat RM 1300 semata-mata nak beli motornih.. huhuhu... kena kumpul duit lain pulak.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan