Jumaat, Mac 6

Freaky Friday #45



Assalamualaikum wbt...

Nasihat Rasululllah Kepada Puterinya

Pada suatu hari Rasulullah SAW bertandang ke rumah puterinya, Fatimah Az-Zahra. Ketika bagida sampai terdengar Fatimah seperti sedang menggiling sesuatu. Rasulullah SAW terus mendapatkan Fatimah di dapur dan mendapati Fatimah sedang menangis sambil menggiling bahan makanan menggunakan penggiling tangan daripada batu.

"Wahai puteriku, apakah yang menyebabkan engkau menangis? Semoga Allah tidak menyebabkan kamu menangis?" Tanya Rasulullah SAW sambil memerhatikan Fatimah yang berhenti menggiling apabila melihat baginda datang.

"Ayahandaku, saya menangis kerana melakukan urusan rumah tangga bukan disebabkan Allah'" jawab Fatimah sambil mempelawa Rasulullah SAW duduk.

Fatimah memandang ayahandanya seperti mengharapkan sesuatu kemudian berkata, "Ayahandaku sudikah ayahanda meminta Ali (suaminya supaya mencarikan saya seorang pembantu untuk menolong saya menguruskan rumah tangga?"

Rasulullah SAW tidak menjawab pertanyaan yang diajukan oleh puteri kesayangannya itu. Sebaliknya baginda mengambil sedikit bahan makanan yang hendak digiling itu dengan tangannya kemudian diletakkan didalam penggiling sambil mengucapkan lafaz."Bismillahirrahmanirrahim."

Sebaik sahaja Rasulullah mengucapkan, batu penggiling itu berputar sendiri dengan izin Allah. Rasulullah SAW terus meletakkan bahan makanan itu di dalam penggiling dengan tangannya sehingga kesemuanya habis digiling.

"Berhentilah berputar menggiling dengan izin Allah," kata Rasulullah SAW apabila kesemua bahan yang hendak digiling sudah habis.

Apabila penggiling itu berhenti berputar, batu penggiling berkata kepada Rasulullah SAW dengan izin Allah, "Ya Rasulullah, demi Alllah yang menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya. Kalaulah baginda meminta saya menggiling bahan makanan ini daripada Masriq sekalipun, sudah pasti saya akan menggiling kesemuanya."

Rasulullah SAW begitu tekun sekali mendengar batu itu berkata-kata manakala Fatimah berasa hairan kerana kesemua bahan makanan itu sudah selesai digiling oleh batu itu.

Kata batu itu laggi, "Saya pernah mendengar dalam al-Quran ada satu ayat menyebut, "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu penjaganya adalah malaikat yang kasar dan yang keras dan tidak menderhakai Allah apabila diminta melakukan apa yang diperintahkan. "Saya terlalu takut ya Rasulullah mana tahu saya akan menjadi batu yang masuk ke dalam neraka."

Selesai batu penggiling itu berkata-kata, Rasulullah SAW pula berkata, "Bergembiralah kamu batu, kerana engkau satu daripada batu mahligai Fatimah Az-Zahra di dalam syurga."

Batu penggiling itu gembira mendengar jaminan Rasulullah SAW kemudian batu itu terus diam.

Setelah batu penggiling itu senyap, Rasulullah SAW memandang wajah puterinya kemudian berkata, "Jika Allah menghendaki, sudah pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untuk memabntumu tetapi Allah hanya menghendaki ditulisnya beberapa kebaikan dan dihapuskan kesalahan dan kemudian mengangkat darjatmu. Puteriku Fatimah, orang perempuan yang menggiling makanan untuk  suami dan anak-anaknya, Allah akan menulis satu kebaikan dan satu darjat daripada setiap makanan yang digilingnya."

Fatimah terdiam seketika apabila ayahandanya memberitahu perkara itu kepadanya. Sehubungan itu sudah terjawab mengenai pertanyanya tadi yang meminta ayahandanya memberitahu Ali supaya menyediakan seorang pembantu untuk menolong menguruskan rumah tangga.

"Puteriku Fatimah, mana-mana perempuan yang berpeluh akibat menggiling gandum untuk suaminya, Allah menyediakan antara dirinya dengan neraka sejauh tujuh parit. Mana-mana perempuan yang meminyaki dan menyikat rambut anak-anaknya serta mencucui pakaian untuk mereka, Allah akan mencatatkan baginya ganjaran orang yang memberi pakaian kepada seribu orang tidak berpakaiaan."

"Apa lagi pesana ya ayahandaku untukku jadikan pedoman?"

"Apa yang penting Fatimah, ialah keredaan suamimu apabila kamu melakukan sesuatu. tetapi jika suamimu tidak redha dan marah bermakna itu kemarahan Allah juga terhadapmu,: jelas Rasulullah SAW. Fatimah mengangguk mendengar pesanan Ayahandanya itu. 

"Seperkara lagi yang ayahanda ingin ingatkan kepadamu, Fatimah, setiap isteri yang tersenyum di hadapan suaminya, Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Manakala isteri yang menyediakan tempat berbaring untuk suami dan mengemas rumah, Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang lalu dan akan datang. Oleh itu berbaktilah kepada suami dan mengharapkan keedaannya," jelas Rasulullah SAW mengakhiri pesananya.












Mulianya bagi isteri-isteri yang solehah. Buat kerja rumah sahajapun dah dapat ganjaran yang berlipat kali gandanya. Ingatan buat diri sendiri supaya jangan banyak merungutdah lepas ni. Semua pekerjaan yang kita lakukan tu berganda pahalanya.. Subahanallah...

Seronoknya jadi Fatimah sebab dah diberikan ganjaran syurga dan mahligai. Kita? entah apa untung nasib kita nanti yer...

Tiada ulasan: