Assalamulaikum wbt...
AKHLAK RASULULLAH SEINDAH ALAM
Sebaik sahaja khabar Rasulullah SAW wafat, ramai umat Islam di sekitar Madinah tidak dapat mengawal kesedihan. Para sahabat pula berasa pemergian Rasulullah SAW satukehilangan besar kepada umat Islam.
Mereka sering terkenangkan kemuliaan, kebijaksanaan dan kehebatan Rasulullah SAW yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun di duian ini.
Setelah beberapa ketika pemergian Rasulullah SAW, seorang lelaki Arab Badwi yang mengkagumi Rasulullah SAW telah menemui Umar RA san meminta kemusykilannya dijawab.
"Ya Umar, seritakan kepadaku akhlak Muhammad?"
Sebaik sahaja mendengar permintaan lelaki Arab Badwi itu, Umar RA tidak dapat mengawal emosinya. Dia menangis kerana tidak sanggup untuk menceritakan kemuliaan akhlaknya yang tidak dimiliki oleh orang lain.
"Kamu pergilah berjumpa dengan Bilal. Barangkali dia sanggup menceritakan akhlak Rasulullah kepada kamu," ujar Umar A sambil meminta supaya mencari Bilal.
Kemudian lelaki Arab Badwi itu segera menadapatkan Bilal dan meminta supaya menceritakan akhlak Rasulullah SAW kepadanya. Bagaimanapun Bilal juga tidak sanggup untuk menceritakannya. Bilal juga menangis tersedu-sedu sambil meminta lelaki Arab Badwi itu berjumpa dengan Ali Bin Abu Talib.
Akhirnya lelaki Arab Badwi ini berasa hairan kerana para sahabatnya yang paling dekat tidak sanggup untuk menceritakan akhlak Rasulullah SAW.
Didorong sifat ingin tahu, lelaki Arab Badwi ini kemudian menemui Ali bin Abi Talib. Setelah bertemu Ali, lelaki Arab Badwi itu menceritakan hajatnya. Sebagaimana Umar RA dan Bilal, Ali juga menangis. Kemudian Ali berkata, "Sebelum aku menjawab soalanmu, kamu jawab dulu soalanku ini. Bolehkah kamu ceritakan tentang keindahan alam ini?"
"Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan keindahan alam ini kerana ia sangat indah," ujar lelaik Arab Badwi itu memberikan perumpamaan.
"Kamu tidak sanggup menceritakan keindahan alam ini sedangkan Allah telah berfirman, sesungguhnya dunia ini kecil dan hanyalah senda gurau belaka, lalu bagaimana hendak aku ceritakan akhlak Muhammad itu memiliki budi pekerti yang agung1" Balas Ali.
Jawapan Ali itu bagaimanapun kurang memuaskan lelaki Arab Badwi itu yang kemudiannya dengan usahanya sendiri dia pergi menemui Siti Aisyah RA untuk bertanyakan perkara yang menjadi kemuskilanya. Selagi tidak mendapat jawapan yang memuaskan, dia kurang berpuas hati.
Apabila bertanyakan perkara itu kepada Siti Aisyah RA, Siti Aisyah RA menjawab, "Muhammad itu umpama Al-Quran." Jawapan Siti Aisyah RA itu juga tidak memuaskan hatinya kerana tidak mungkin dia mahu melihat keseluruhan Al-Quran. Kemudian Siti Aisyah RA meminta lelaki Arab Badwi itu menyemak Al-Quran surah al-Mukminin ayat 1-11.
Sebaik memahami maksud surah al-Mukminin itu, lelaki Arab Badwi itu bertanyakan pula mengenai perilaku Rasulullah SAW. Siti Aisyah RA hanya mampu menjawab, "Perilakunya tersangat indah. Ketika aku sudah berada ditempat tidur, dan kamisudah masuk ke dalam selimut dan kulit kami sudah bersentuhan, suamiku berkata: Ya Aisyah, izinkan aku untuk menghadap Tuhanku terlebih dahulu."
Walaupun ada kalanya perilaku Rasulullah SAW tersangat indah tetapi adakalanya membuatkan hati Siti Aisyah RA berasa khuatir menjelang subuh apabila mendapati suaminya tiada di sisinya.
"Apabila aku keluar membuka pintu, aku terkejut melihat suamiku itu tidur di depan pintu. Apabila aku bertanya, Muhammad hanya menjawab, "Aku pulang sudah larut malam, aku bimbang akan mengganggu tidurmu dan aku tidak mahu mengetuk pintu, sebab itulah aku tidur di depan pintu."
Begitu indahnya perilaku Rasulullah SAW semasa hayatnya sehinggakan tiada kata-kata yang sesuai untuk menggambarkannya.

1 ulasan:
Masyaallah.....akhlak yg sangat agung. Malu bila kita memandang akhlak sendiri kan Syaz...
Catat Ulasan