Selasa, Julai 28

Zahid diumum TPM baharu dalam rombakan Kabinet

 

Assalamualaikum wbt...


 
Panas-panas.. tak pernah-pernah tau aku siar kisah pasal politik jom baca kisah ni

Zahid diumum TPM baharu dalam rombakan KabinetPUTRAJAYA: Zahid Hamidi diumum sebagai timbalan perdana menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada barisan Kabinet baharu perdana menteri.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara demikian dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi. 
Perubahan portfolio turut melibatkan menteri lain antaranya Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Wan Junaidi (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mohd Salleh Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia), dan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Menurut Najib selepas mengumumkan rombakan tersebut, langkah menggantikan Muhyiddin ialah satu keputusan yang amat sukar, namun terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri terus bergerak sebagai pasukan jitu.

Selain, Muhyiddin, empat menteri lain yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri G. Palanivel, dan Datuk Dr Ewon Ebin.


Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
                                                                      Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
                                                                      Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
                                                                      Datuk Azalina Othman

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin

Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahadhir Khalid

Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh





sumber oleh Astro Awani

4 ulasan:

Wak Lat berkata...

moga negara akan tetep aman damai sentosa sejahtera senantiasa., aminn

Firdausy CiLiKku berkata...

amin....

nursuriani berkata...

samalah..tak berapa dengan politik neh...sapa dia neh pun tak kenal. kikiki. punya tak hape2 huhuu

Firdausy CiLiKku berkata...

Ahaks.. kalu tgkpun buat sakit atije kdg2.. baik x kenal dr hati duk ngumpat org politik yg x adilnih buat tmbh dosajer...