Rabu, Januari 6

Cuti-Cuti Melawat Perak #5 ; Maxwell Hill @ Bukit larut, Taiping


Assalamualaikum wbt..

Yezzaaa... bermulalah misi aku nak menyelesaikan entry tertunggak aku. Berpeluh ketiak aku nak settlekan bab gambar.. nak recall balik cerita yang aku nak buat dulu. Kadang-kadang aku ni main tangkap gambarjer.. tapi nak ceritanya, bila dah lama sangat macamni aku yang muda belia ni (sangatlah) pun boleh lupa... ok, start cerita ek....

Cuti Sekolah bulan 3, tahun lepas, aku bosan balik kampung tak buat apakan.. dari aku duk mengadap pokok-pokok yang tak boleh nak bercakap tu, baik aku ajak Hubby jalan-jalan. Bermula dengan menyewa apartment kawan Hubby aku di Bukit Merah selama 2 hari 1 malam. Hari pertama kami jalan-jalan di Bukit Merah Waterpark. Mandi-mandi nak buat anak teruna dengan sepupunya berseronok dahulu.


Time ni dah selesai mandi dah...
Selfie skit...

Keesokan paginya, barulah aktiviti memanjat bukit.. Memanjatlah sangat kan....takde makna aku nak panjat nya.. kami naik pajero lama khas untuk Bukit Larut tu je...

kami keluar awal pagi semata - mata nak beli tiket pajero untuk naik ke bukit Maxwell atau dengan nama lain Bukit Larut. Dengan Tiket berharga RM 6 seorang dan RM 3 (kot) untuk kanak-kanak (aku lupa) Jam 9 pagi kami akan bertolak naik k Bukit Larut.
Tiket, Pajero dan jalan yang perlu dilalui
Bergambar dahulu sebelum masuk dalam pajero

Sememangnya cukup mencabar bagi sesiapa yang nak naik ke Bukit Larutnih. Kalau bagi mereka yang biasa naik roller coaster dan yang sukakan cabaran, pada aku tiada masalah baginya nak naik pajero ni. Tapi bagi mereka yang memang kuat pening dan kuat muntah, adalah lebih baik dilupakan sahaja niat tu. Kalau nak naik juga, baiklah jalan kaki, mendaki je.. Muehehehehe... Sungguh aku cakap, duduk dalam pajerotu, macam kita naik roller coaster tau... aku duduk paling hujung belakang sekali. betul-betul dekat pintu. Dia punya ngerilah... bukan ada seat belt tau.. peganglah mana-mana yang patut yer.. Tips aku, kalau korang tak nak rasa pening, pandai-pandailah tengok kehijauan alam sekeliling. TAPI, adalah di ingatkan jangan tengok jalan yer... sebab, jalan yang akan membuatkan kita pening kepala lalu muntah. Oh ye, satu lagi, jangan makan sarapan pagi sebelum naik atas. Kalau lapar sangat, beli dan bungkus. Makan di puncak lebih nikmat lagi tau...
 Ok dah sampai.. hirup udara segar dahulu.....

Nak tahu kenapa aku cakap macamtu? sebabnya masatu aku baru sahaja menghidu bau muntah dalam pajero tu. Huhuhu.. Ada budak perempuan, datang dengan pakwe dia. Pakwenya duduk depan jadi co-pilot. Budakni, aku tengok mata dia pejam celik-pejam celik.. Aku tegur suruh dia tengok pokok-pokok jangan pejam mata. Tapi dia degil. Dia pejam mata lama, lepas tu dia buka mata time kereta tengah berjongkit dan berpusing. Dan-dan tu juga lah.. dia bersin bersama muntah huhuhu... aku pula lupa bawa tisu. Yang menjadi mangsa adalah sapu tangan Hubby aku. UWEEKKK.. aku pun tahankan hidung dan rasa loya.. takut nanti aku sama muntahnya.. huhuhu..
 Kami jalan-jalan sambil menghirup udara segar di pagi hari. 

 Cantikkan.. pemandang dari atas bukit menghadap bandar taiping

 Cafe tp tutup.. ingatkan bolehlah sarapan kat sinikan..
Dah takde kerja, mengambil gambar bayang-bayang, sementara matahari pagi mula memancarkan sinaran dan memberi vitamin D pada kulit kita...
Sejujurnya.. aku tak pasti rumah ni untuk apa dan untuk siapa huhu..

 Bergambar di monumen Bukit larut
 
 Kita bergambar lagi


 Muka kelaparan.. tapi hubby sebuk nak ambil gambar aku..
Buruk sungguh rupa aku tika ini
Hubby menangkap gambar anak saudaranya..

 Kebanyakan tempat ditutup sebab cutikan...

Dalam perjalanan naik dalam pajero tadi, aku ada ternampak jambatan gantung dengan menara tinjau, tak jauh dari puncak. Jom kita jalan turun...
 Kami berjalan turun sambil melihat-lihat struktur bangunan yang masih wujud di situ.
 Bangunan ini dalam pembaikian
Jauh berjalan nak ke jambatan gantungni
Sampaipun Jambatan gantungnye...
 Hubby bergambar.. nampak tak apa yang bulat di situ.. muahahaha
Hero kesayangan aku
Menara tinjau yang kebanyakannya dimakan anai-anai. Aku tengok dari bawah sahaja. tak larat nak naik huhuhu..
Pemandangan bandar Taiping dari atas
Jalan yang berliku-liku yang memang perlu dilalui pajero dan pejalan kaki. Korang bayangkan bila berselisih.. hihihi.. ngeri..
Bergambar sebelum pajero sampai

Anak teruna dah mula bosan, dalam pada menunggu pajero, dia bermain game dalam hand phone dulu.

Tepat jam 11 pajeropun sampai. tetapi, kami terpaksa berhimpit disebabkan kami telah terlebih muatan.. hampeh betullah.. anak teruna pulak terpaksa duduk di riba hubby je.. manakala, couple tadi, pakwenya pun terpaksa duduk belakang juga disebabkan lebihan 2 orang pengunjung tersebut.. takpelah.. nak turun pun... kejap ajelah hendaknya..

Dalam perjalanan turun ke kaki bukit. Gambar bawah adalah rumah pekerja. Tak jelas sangat sebab tangkap dari pajero.

Oklah.. sampai di sini sahaja.. kisah Bukit Larut. Bagi mereka yang gemarkan pemandangan dan keindahan alam serta jauh dari hiruk pikuk kota, eloklah ke sini untuk merelease tension or apa sahajalah yang korang rasa sesuai, jangan buat benda yang tak elok dahlah kan... Malaysiani ada adat dan budaya timur, hormatilah negara kita.

Adios...

Tiada ulasan: