Assalamualaikum wbt...
Berani Mengaku Kesalahan
Sudah menjadi kelaziman Rasulullah SAW akan berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Ketika di dalam perjalanan ke masjid itu kadang-kadang Rasulullah SAW akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Ada manusia yang meminta menyelesaikan sesuatu masalah dan ada juga manusia yang membencinya. Begitulah yangterjadi pada satu hari. Terdapat seorang perempuan tua sedang menunggu Rasulullah SAW ketika baginda berjalan kaki ke masjid.
Sebagai manusia yang tidak suka berprasangka tidak baik, Rasulullah SAW selalu memaniskan muka apabila bertemu dengan sesiapa sahaja. Tibalah masanya di pertengahan jalan perempuan tua itu tiba-tiba sahaja meludah ke arah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri tidak tahu mengapa perempuan tua itu berbuat demikian. Peristiwa ini berlaku hampir setiap hari dan Rasulullah SAW tidak pernah memarahi perempuan tua itu apabila dia meludah ke arahnya. Malah Rasulullah SAW tetap memberikan senyuman kepada perempuan tua itu.
Setelah hampir setiap hari perempuan tua itu meludah ke arahnya, hari itu perempuan yang selalu meludah ke arahnya tidak kelihatan. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada seorang penduduk yang selalu melihat perempuan tua itu berada di situ.
"Ke manakah perginya perempuan tua yang selalu berdiri di sini?" Tanya Rasulullah SAW kepada seorang penduduk yang kerap melalui jalan itu.
"Khabarnya perempuan itu jatuh sakit. Dia terlantar di rumahnya," kata lelaki yang pernah melihat perempuan itu meludah Rasulullah SAW.
"Dimanakah rumah perempuan tua itu, saya ingin menziarahinya?" Tanya Rasulullah SAW.
"Jika tuan mahu menziarahi, saya sedia menunjukkan rumahnya," ujar lelaki itu sambil meminta Rasulullah SAW mengikutnya.
Memang benarlah seperti apa yang dikatakan lelaki itu. Sesampai sahaja di rumah perempuan tua itu, dia sedang terbaring di ruang rumah perempuan itu, dia sedang terbaring di ruang rumahnya. Perempuan tua itu terkejut keran orang yang selalu diludahnya kerana terlalu benci sanggup datang menziarahinya.
"Ampunkan saya ya Rasulullah. Racun yang saya beri, madu yang tuan berkan kepada saya. Saya tidak sangka ada manusia yang hatinya paling mulia dan suci, tidak pernah marah apabila saya mengeji dan meludahnya. Maafkan saya ya Rasulullah," ujar perempuan tua itu berkali-kali. Rasulullah SAW juga kagum dengan perempuan tua itu berkali-kali. Rasulullah SAW juga kagum dengan perempuan tua itu yang bersedia mengakui kesilapan dan bertaubat. Manakala dalam satu peristiwa yang lain, seorang wanita muda pula telah datang bertemu dengan Rasulullah SA untuk mengadu masalahnya.
"Ya Rasulullah, aku sebenarnya telah melanggar hukum agama. Aku telah berzina dengan seorang lelaki dan sekarang sedang hamil. Aku sudah bertaubat dan aku mahu Rasulullah menegakkan hukum Allah ke atas diriku daripada yang sudah melakukan kesalahan ini," beritahu wanita muda itu daripada suku juhainah yang sedang hamil enam bulan hasil melakukan zina.
Keberanian wanita muda itu mengakui kesilapan dan memintanya menegakkan hukum amat menyentuh hatinya. Rasulullah SAW berfikir sejenak.
"Kamu panggilkan wali kamu ke sini, aku hendak bercakap dengan nya," beritahu Rasulullah SAW kepada wanita muda itu supaya memanggil bapanya.
Wanita muda itu beredar, tidak lama kemudian wanita muda itu datang bersama-sama dengan bapanya menghadap Rasulullah SAW.
"Saya datang ya Rasulullah," kata bapa wanita muda itu.
"Kamu bawa pulang anak perempuan kamu ini. Jagalah dia baik-baik sehinggalah dia melahirkan anak yang dikandungnya. Apabila sudah melahirkan anak, kamu bawalah dia datang semula berjumpa aku," terang Rasulullah SAW.
"Baiklah Ya Rasulullah. Saya akan ikut pesanan Rasulullah itu," jawab bapa wanita itu lalu meninggalkan rumah Rasulullah SAW.
Beberapa bulan kemudian setelah melahirkan anak yang dikandungnya, bapa wanita itu membawa anak perempuannya berjumpa Rasulullah SAW. Wanita muda itu sekali lagi meminta supaya dilakukan hukuman ke atasnya.
Sesuai dengan perbuatannya dan hukum Allah, wanita muda itu akhirnya direjam sampai mati. Setelah kematiannya, Rasulullah SAW meminta para sahabatnya, memandi dan menyembahyangkan jenazahnya sebelum dikembumikan. Kemudian Umar datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Ya Rasulullah, perlukan wanita muda itu disolatkan? Bukankah dia berzina?"
Dia sudah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Sekiranya taubat itu dibahagi tujuh puluh penduduk Madinah, pasti cukup untuk mereka. Manakah lagi taubat yang lebih bermakna daripada menyerahkan nyawa kepada Allah dengan hati yang ikhlas?" Jawab Rasulullah SAW kepada UMar.
Umar dan para sahabat lain, mengakui kebenaran Rasulullah SAW ini.
"Ingatlah Islam tidak membezakan mereka yang melakukan kesalahan dan dosa asalkan mereka berani mengakui kesalahan dan mengaku bertaubat tidak akan mengulangi lagi," pesan Rasulullah SAW kepada sekalian yang ada.
Akhirnya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tetap memandi dan menunaikan solat jenazah untuk wanita yang sanggup direjam demi menegakkan hukum agama.
Adios..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan