Isnin, Julai 25

Monday Blues #104


Assalamualaikum wbt...

Pagi-pagi aku dah beranginnih.. sampai officejer, parking yang selalu aku guna dah kena ambil dek orang. Grrr... ape pasal nih, biasa tempat tu takde orangpun kenapa ada yang berani parking ni? Akupun pusing satu pejabat cari parking strategik. Tapi bila nak undur jer, eh.. eh.. dah ada nombor plate kereta? hadui... apa kejadahnya ni... habis semua parking depan pejabat dah bernombor plate kereta. Grrrr... rupa-rupanya pegawai A dah ada petak parking sendiri. Grrr... tak adil. Pengarahpun sibuk nak parking tempat sendiri juga. Padahal (dah kategori marah ni) tempat mereka pun ada... siap berbumbung lagi cuma jauhjer. Jalan jauh sikitjer...  Pemalas sungguhlah... Grrrr... memang berangin sungguhlah... Grrr.... Orang yang bawak motorpun dah bawak kereta, manalah tak penuh parking. Hadoi.. sakitnya hati.... bilaparking yang selalu aku guna dah kena ambil.. Grr.... rasa macam nak beli nombor plate, letak kat parking tu. takpun, aku beli jelah petak parking yang selalu aku parkingkan.. muahahaha... abeh duit aku bulan2 kalu camtu.. hahahaha...

Hilang Blues Monday aku jadi Angry Monday huhuhuhu..... Grrr.....

Jumaat, Julai 22

Freaky Friday #58

Assalamualaikum wbt..

Musim raya belum habis lagi. Hangpa semua dah sudah melawat ruma saudara mara ke?. Tahun ni rasanya aku tak sempat kot nak melawat semua. Macam banyak benda pula nak kena buat huhuhuhu... harap-harap sempatlah aku nak melawat semua ni. Alang-alang tengah raya ni, jom kita baca kisah Rasululllah SAW dalam menghormati tetamu. 

MENGHORMATI TETAMU

Rasulullah SAW merupakan model bagi umat Islam daripada semua segi. Kebijaksanaan, kemuliaan budinya serta tutur katanya menjadikan baginda dihormati oleh semua lapisan manusia. Ketika orang berbicara, Rasulullah SAW tidak suka mencelah, tidak mengherdik dan apabila bersama-sama para sahabat, baginda akan menjaga kesopanan apalagi juka kepada tetamu-tetamunya.

Pada satu hari, Rasulullah SAW sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa orang wanita daripada suku kaum Quraisy. Ketika Rasulullah SAW sedang berbincang, dengan tiba-tiba terdengar satu suara memberi salam dengan kuat dan lantang sehinggakan perbincangan terhenti sejenak.

"Waalaikumusalam," jawab Rasulullah SAW sambil bangun.

Tetapi sebelum itu, kaum wanita Quraisy yang tersentak dengan salam itu terus bangun dan menyembunyikan diri di dalam bilik sambil mengintip siapakah suara yang memberi salam dengan kuat sehingga membuat mereka terkejut.

Rasulullah SAW bertanya kepada mereka, "Mengapakah kalian bersembuny apabila mendengar orang memberi salam? Bukankah itu suara Umar?

"Suara Umar lebih kasar dan keras, berbeza sekali dengan Rasulullah yang lebih lembut," jawab salah seorang daripada mereka. 

Setelah Umar berjumpa Rasulullah SAW untuk beberapa ketika, Umah pun beredar dan baginda meneruskan perbincangan dengan wanita suku kaum Quraisy itu.

Sudah menjadi kebiasaannya apabila Rasulullah SAW menerima tetamu, baginda akan membentangkan pakaiannya dan meletakkan bantal dibawahnya kemudian baginda tetamunya duduk beralaskan bantal.

Rasulullah SAW juga tidak pernah membezakan tetamu-tetamunya sama ada daripada orang miskin atau orang berada, kanak-kanak atau orang tua. Semuanya dilayan dengan baik.

Satu petang, Jarir bin Abdillah al Bajla datang ke majlis yang diadakan oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana Jarir datang agak lambat, dia tidak mendapat tempat duduk dan terpaksa berdiri berhampiran pintu. Melihatkan Jarir tidak mendapat tempat, Rasulullah SAW segera menggulung pakaiannya dan memberikankepada Jarir sebagai tempat duduk.

":Duduklah di atas ini," pelawa Rasulullah SAW sambil memberikan pakaian yang digulungnya.

Jarir segera mengambilnya tapi bukan untuk dijadikan tempat duduk sebaliknya mencium pakaian itu sambil menangis, sesudah puas mencium, barulah pakaian itu diberikan semula kepada Rasulullah SAW

Sesungguhnya, saya tidak akan duduk di atas pakaian Rasulullah. Rasulullah telah memuliakan saya, semoga Allahpun memuliakan Rasulullah sebagaimana tuan memuliakan saya," beritahu Jarir ikhlas dan Rasulullah SAW menghormati permintaan Jarir.

Sekian..

Nota: Jemputlah kerumah sekiranya sudi nak berkunjung ke teratak buruk saya. Tapi pada yang allegik kucing, maaf rumah saya penuh dengan kucing buat masa ni. Hehehehe....

Isnin, Julai 18

Blues Monday #103


Assalamualaikum wbt....

Isnin lagi, tapi hari ni aku berpuasa ganti untuk hari terakhir. Esok sambung puasa Enam Syawal pula. Aku tak tahu kenapa hari ni aku rasa nak makan telur pindang or telur herba tak kisahlah. Janji ada telurnya.. aku tengah mengidam ke haper nih.. hishh... ada rezeki ada lah.. insyallah...

Rasa macam nak buat sendririjer.. tapikan bila tengok resepi umang aaaiii.. payahnya. nak kena tunggu 2-3 hari baru dapat makan jenuh.... nak yang herba pun kena masak 2-3 jam baru dapat makan. nak beli jauh pula.. huhuhuhu.. ada tak yang segera punya.. teringin sangat dah ni.. 
 Ini gambar dari blog orang.. cantik pulak telurnya.. dah mcm telur easter pun ada hehehe


Jom tgk resepi masak telur pindang (Aku Ambil yang paling ringkas ni)

Bahagian A 
15 biji telo ayam
 
Bahagian B (rempah)
2sudu beso ketumbar - tumbuk kaso-kaso
2sudu beso jintan manis & jintan putih
10 tangkai lada kering, asam jawa & asam keping sikit
lengkuas, halia  dlm 2 inci dititik
serai titik jugak dlm 10 batang
bawang beso 3 ulas & bawang merah 5ulas dihiris kaso-kaso

Bahagian C (dedaun)
Guna daun yg wangi mcm daun serai, daun jambu batu, daun buas-buas, daun senduduk, daun mengkudu, daun salam, daun sekentut, daun pandan, daun lengkuas & daun kunyit. Ha! kulit bawang tadi pon campur sekali... dan garam secukup rasa.
 
Bahagian D 
Air je...  Ada org + kicap

Memula  jadikan dedaun sbg base dlm periok
Pas tu atur cantik2 telo dan taburkan segala bahan2 rempah jintan, ketumbar, bawang, lada  kering, asam keping, serai, garam dll.
Susun lagi sekali daun tadi & diselang-selikan dgn telo dan rempah sampai habis.  Dedaun ni selain beri rasa & pewangi dia jugak berfungsi sbg cushion bagi m'elak'n telo mudah pecah.  Akhir sekali tuangkan air sampai menutupi daun2 yg paling atas. Rebus dgn api perlahan  selama 2-3 hari (on & off apinya) dan jangan tutup rapat penutup periok tu bila merebos.  Siap. 
 
 versi lain pula, 

Resipi Telur Pindang Warisan Keluarga
Bahan-bahan:

1. Telur Ayam
2. Ketumbar
3. Jintan Kasar
4. Jintan Halus
5. Garam Kasar
6. Cuka
7. Daun Senduduk
8. Daun Salam
9.Serai
10. Lengkuas
11. Halia
12. Kulit Bawang.

Cara Membuat:

1. Asingkan semua daun dari batang.
2. Campurkan bahan no 2,3,4 sehingga sebati dalam bekas yang sama.( bahan A )
3. Cincang halus bahan no 9, 10 dan 11 dan campurkan dalam bekas yang sama.( bahan B )

Cara Susunan Untuk Merebus:

1. Letakkan daun senduduk di bahagian dasar periuk dan ratakan ke seluruh kawasan dasar periuk.
2. Lakukan proses yang sama kepada daun salam.
3. Tabur dan ratakan bahan A dalam periuk.
4. Tabur dan ratakan bahan B dalam periuk.
5. Tabur dan ratakan kulit bawang.
6. Susun telur ayam secara teratur mengikut bentuk periuk. 
7. Ulangi langkah 1 hingga 7 sehingga lapisan terakhir.
8. Iskan air ke dalam periuk sehingga ke paras telur.
9. Setelah itu, taburkan garam kasar.( sekurang-kurangnya 6 beg mengikut jumlah telur).
10. Masukkan setengah botol cuka yang telah dicampur dengan air ke dalam periuk tersebut.
11. Setelah itu, mulalah merebus.
 
@http://rosmah.blogspot.my/2014/02/resipi-telur-pindang.html