Assalamualaikum wbt....
Isnin lagi, tapi hari ni aku berpuasa ganti untuk hari terakhir. Esok sambung puasa Enam Syawal pula. Aku tak tahu kenapa hari ni aku rasa nak makan telur pindang or telur herba tak kisahlah. Janji ada telurnya.. aku tengah mengidam ke haper nih.. hishh... ada rezeki ada lah.. insyallah...
Rasa macam nak buat sendririjer.. tapikan bila tengok resepi umang aaaiii.. payahnya. nak kena tunggu 2-3 hari baru dapat makan jenuh.... nak yang herba pun kena masak 2-3 jam baru dapat makan. nak beli jauh pula.. huhuhuhu.. ada tak yang segera punya.. teringin sangat dah ni..
Ini gambar dari blog orang.. cantik pulak telurnya.. dah mcm telur easter pun ada hehehe
Jom tgk resepi masak telur pindang (Aku Ambil yang paling ringkas ni)
Bahagian A
15 biji telo ayam
Bahagian B (rempah)
2sudu beso ketumbar - tumbuk kaso-kaso
2sudu beso jintan manis & jintan putih
10 tangkai lada kering, asam jawa & asam keping sikit
lengkuas, halia dlm 2 inci dititik
serai titik jugak dlm 10 batang
bawang beso 3 ulas & bawang merah 5ulas dihiris kaso-kaso
bawang beso 3 ulas & bawang merah 5ulas dihiris kaso-kaso
Bahagian C (dedaun)
Guna
daun yg wangi mcm daun serai, daun jambu batu, daun buas-buas, daun
senduduk, daun mengkudu, daun salam, daun sekentut, daun pandan, daun
lengkuas & daun kunyit. Ha! kulit bawang tadi pon campur sekali...
dan garam secukup rasa.
Bahagian D
Air je... Ada org + kicap
Memula jadikan dedaun sbg base dlm periok
Pas tu atur cantik2 telo dan taburkan
segala bahan2 rempah jintan, ketumbar, bawang, lada kering, asam
keping, serai, garam dll.
Susun
lagi sekali daun tadi & diselang-selikan dgn telo dan rempah sampai
habis. Dedaun ni selain beri rasa & pewangi dia jugak berfungsi sbg
cushion bagi m'elak'n telo mudah pecah. Akhir sekali tuangkan air
sampai menutupi daun2 yg paling atas. Rebus dgn api perlahan selama 2-3
hari (on & off apinya) dan jangan tutup rapat penutup periok tu
bila merebos. Siap.
versi lain pula,
Resipi Telur Pindang Warisan Keluarga
Bahan-bahan:
1. Telur Ayam
2. Ketumbar
3. Jintan Kasar
4. Jintan Halus
5. Garam Kasar
6. Cuka
7. Daun Senduduk
8. Daun Salam
9.Serai
10. Lengkuas
11. Halia
12. Kulit Bawang.
Cara Membuat:
1. Asingkan semua daun dari batang.
2. Campurkan bahan no 2,3,4 sehingga sebati dalam bekas yang sama.( bahan A )
3. Cincang halus bahan no 9, 10 dan 11 dan campurkan dalam bekas yang sama.( bahan B )
Cara Susunan Untuk Merebus:
1. Letakkan daun senduduk di bahagian dasar periuk dan ratakan ke seluruh kawasan dasar periuk.
2. Lakukan proses yang sama kepada daun salam.
3. Tabur dan ratakan bahan A dalam periuk.
4. Tabur dan ratakan bahan B dalam periuk.
5. Tabur dan ratakan kulit bawang.
6. Susun telur ayam secara teratur mengikut bentuk periuk.
7. Ulangi langkah 1 hingga 7 sehingga lapisan terakhir.
8. Iskan air ke dalam periuk sehingga ke paras telur.
9. Setelah itu, taburkan garam kasar.( sekurang-kurangnya 6 beg mengikut jumlah telur).
10. Masukkan setengah botol cuka yang telah dicampur dengan air ke dalam periuk tersebut.
11. Setelah itu, mulalah merebus.

@http://rosmah.blogspot.my/2014/02/resipi-telur-pindang.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan