Musim raya belum habis lagi. Hangpa semua dah sudah melawat ruma saudara mara ke?. Tahun ni rasanya aku tak sempat kot nak melawat semua. Macam banyak benda pula nak kena buat huhuhuhu... harap-harap sempatlah aku nak melawat semua ni. Alang-alang tengah raya ni, jom kita baca kisah Rasululllah SAW dalam menghormati tetamu.
MENGHORMATI TETAMU
Rasulullah SAW merupakan model bagi umat Islam daripada semua segi. Kebijaksanaan, kemuliaan budinya serta tutur katanya menjadikan baginda dihormati oleh semua lapisan manusia. Ketika orang berbicara, Rasulullah SAW tidak suka mencelah, tidak mengherdik dan apabila bersama-sama para sahabat, baginda akan menjaga kesopanan apalagi juka kepada tetamu-tetamunya.
Pada satu hari, Rasulullah SAW sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa orang wanita daripada suku kaum Quraisy. Ketika Rasulullah SAW sedang berbincang, dengan tiba-tiba terdengar satu suara memberi salam dengan kuat dan lantang sehinggakan perbincangan terhenti sejenak.
"Waalaikumusalam," jawab Rasulullah SAW sambil bangun.
Tetapi sebelum itu, kaum wanita Quraisy yang tersentak dengan salam itu terus bangun dan menyembunyikan diri di dalam bilik sambil mengintip siapakah suara yang memberi salam dengan kuat sehingga membuat mereka terkejut.
Rasulullah SAW bertanya kepada mereka, "Mengapakah kalian bersembuny apabila mendengar orang memberi salam? Bukankah itu suara Umar?
"Suara Umar lebih kasar dan keras, berbeza sekali dengan Rasulullah yang lebih lembut," jawab salah seorang daripada mereka.
Setelah Umar berjumpa Rasulullah SAW untuk beberapa ketika, Umah pun beredar dan baginda meneruskan perbincangan dengan wanita suku kaum Quraisy itu.
Sudah menjadi kebiasaannya apabila Rasulullah SAW menerima tetamu, baginda akan membentangkan pakaiannya dan meletakkan bantal dibawahnya kemudian baginda tetamunya duduk beralaskan bantal.
Rasulullah SAW juga tidak pernah membezakan tetamu-tetamunya sama ada daripada orang miskin atau orang berada, kanak-kanak atau orang tua. Semuanya dilayan dengan baik.
Satu petang, Jarir bin Abdillah al Bajla datang ke majlis yang diadakan oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana Jarir datang agak lambat, dia tidak mendapat tempat duduk dan terpaksa berdiri berhampiran pintu. Melihatkan Jarir tidak mendapat tempat, Rasulullah SAW segera menggulung pakaiannya dan memberikankepada Jarir sebagai tempat duduk.
":Duduklah di atas ini," pelawa Rasulullah SAW sambil memberikan pakaian yang digulungnya.
Jarir segera mengambilnya tapi bukan untuk dijadikan tempat duduk sebaliknya mencium pakaian itu sambil menangis, sesudah puas mencium, barulah pakaian itu diberikan semula kepada Rasulullah SAW
Sesungguhnya, saya tidak akan duduk di atas pakaian Rasulullah. Rasulullah telah memuliakan saya, semoga Allahpun memuliakan Rasulullah sebagaimana tuan memuliakan saya," beritahu Jarir ikhlas dan Rasulullah SAW menghormati permintaan Jarir.
Sekian..
Nota: Jemputlah kerumah sekiranya sudi nak berkunjung ke teratak buruk saya. Tapi pada yang allegik kucing, maaf rumah saya penuh dengan kucing buat masa ni. Hehehehe....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan