Jumaat, November 18

Freaky Friday #62

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

18 November... hmm.. ada apa dengan tarikh ni? tarikh yang biasa dan tiada apa bagi orang lain tapi amat bermakna bagi orang yang hidupnya bermula dari tarikh tersebut. 

18 November, tarikh yang amat bermakna pada aku juga sebenarnya. Tarikh di mana hidup aku bermula, tarikh di mana aku dapat merasa sentuhan ma dan abah aku. 

Ma, terima kasih yang teramat sangat sebab sanggup berjuang untuk mengeluarkan insan yang tiada apa ni. Ma, terima kasih juga sebab mendidik tanpa mengira penat lelah sehingga menjadi aku yang sekarang. Ma, sangat bersabar dengan anak yang kepala angin dan yang kadang-kadang leka dengan dunia luar.

Abah, terima kasih tidak terhingga sebab membesarkan insan yang amat kerdil di mata Allah SWT ini. Terima kasih juga sebab menyayangi diri ini sehingga hari ini. Maaf sekiranya akak tak dapat jadi anak yang baik selama ini

My Lovely Hubby, terima kasih kerana sudi menerima perempuan yang tak sempurna ini untuk menjadi suri di hatinya, terima kasih kerana banyak beralah dengan perempuan yang kepala batu, cepat merajuk dan penuh ego ini. terima kasih kerana rajin mengemas rumah kerana perempuan ini sangat pemalas dalam bab mengemas muehehehe.. nak kemas pun ikut mood, hehehe.. Maaf kerana tidak dapat menjadi ratu yang sempurna di hati mu.

Anak TerunaKu, kesayangan ummi, terima kasih kerana menjadi anak ummi yang tak sempurna ini. Terima kasih kerana menyayangi ummi dan redha jer dengan perangai tak semenggah ummi. hehehehe....

Adik-adik Ku, terima kasih kerana menjadi adik kakak yang sangat garang dengan adik-adiknya, yang cepat tersentuh hati walaupun benda kecil. Maaf sekiranya tidak dapat menjadi kakak yang sempurna buat kalian.

Kawan-Kawan Karib Ku, Puan Ana, Cik Ain, Puan Liza dan Puan Wawa, terima kasih sudi berkawan dengan diri yang serba kekurangan, yang cepat panas orangnya di mana tiada orang yang dapat bertahan dengan diri ini melainkan kalian. Kesejahteraan Anda, sakit anda, tak dapat aku rasakan namun, aku sedih bila melihat Anda sakit ataupun sedih. InsyaAllah, Allah sentiasa ada bersama ketika susah atau senang. Bertabahlah, Aku sentiasa menyokong di belakang kalian. Terima kasih juga kerana sentiasa menegur tingkah ku dan perbuatanku yang tidak elok.

Kenalan-kenalan rapat yang lain dan group what apps group, samada di alam maya, tempat kerja ataupun di luar, terima kasih sebab sudi berkawan ku. Terima Kasih kerana baik hati dengan ku. Alhamdulillah tak rugi berkawan dengan Kalian semua.

Maaf semua kerana Aku bukanlah seorang insan yang sempurna. Kalian senantiasa terpahat dalam setiap doa ku selepas solat.

Ok.. habis luahan rasa, Rasa nak berdrama air mata plak hari ini, jom kita baca nukilan oleh Muhd Nasruddin Dasuki dalam 100 Jejak Peribadi Rasulullah.


MAAFKAN PEMFITNAH


Fitnah merupakan perbuatan buruk yang boleh menjejaskan maruah seseorang. Ia juga merupakan tuduhan liar berupa cerita yang sengaja direka untuk memburukkan seseorang. Ia dilakukan sama ada melalui perkataan, tulisan, isyarat, gerakan dan seumpamanya. Orang yang membuat fitnah di katakan juga sebagai orang yang suka menjaja cerita dan melaga-lagakan orang.

Memfitnah hukumnya haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Sementara itu, mereka yang suka melakukan fitnah tidak akan dimasukkan ke syurga. Huzaifah r.a dalam sebuah hadis menjelaskan, dia pernah mendengar Rasululluah SAW berkata, 

       Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)

Andainya kita sebenar-sebenarnya umat beriman, kita tidak akan melakukan perbuatan tercela itu kerana hukumnya jelas dilarang agama. Sebab itulah kita sering diingatkan apabila menerima atau mendengar sesuatu berita yang diragui kesahihannya, janganlah terus diterima dan mempercayainya.

Malah, juga dilarang menghebahkan kepada orang lain. Sama ada berita itu benar atau tidak, ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui dan biarlah DIA yang menentukan hukuman, bukan kita yang membuat keputusan.

Untuk mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan fitnah, jauhkan diri daripada orang yang suka bercerita perihal orang lain. Hanya cara ittu sahaja kita akan terselamat daripada dosa fitnah. Walaupun kita tidak menyebarkannya, tetapi mendengar dan mempercayainya juga boleh mengundang dosa kerana orang yang menyebarkan fitnah itu tergolong dalam golongan orang yang fasik dan tidak boleh dipercayai.

Andai anda berani dan berkuasa untuk menegurperbuatan tersebut. Di samping menjelaskan kepadanya tentang dosa orang yang suka menabur fitnah. Jika tidak, mintalah bantuan orang yang disegani oleh pemfitnah itu untuk menegurnya daripada berterusan melakukan perkara tersebut. Sekiranya tidak mampu, maka berdoalah agar Allah memberikan hidayah kepadanya.

Antara doa yang boleh diamalkan (doa Rasulullah) untuk mengelak daripada terkena fitnah ialah, "Ya ALLAH. kami berlindung kepada ALLAH daripada seksaan api neraka, kami berlindung kepada ALLAH daripada pelbagai fitnah, baik yang nyata ataupun yang tersembunyi, kami berlindung kepada Allah daripada fitnah dajal."

Selain itu, terdapat doa lain yang boleh dibaca ketika berhadapan dengan orang munafik, atau mereka yang memusuhi dan ingin menghancurkan kehidupan kita. Ia adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW bermaksud, "Ya ALLHA, engkau TUHAN kami dan TUHAN mereka, hati kami dan hati mereka di tangan-MU. Sesungguhnya hanya Engkau sendiri yang dapat mengalahkan mereka."

Doa ini wujud apabila Anas r.a berkata, "Kami bersama-sama dengan Rasulullah dalam suatu peperangan, dan ketika menghadapi musuh, lalu aku dengar beliau membaca doa tersebut. Kemudian aku melihat musuh-musuh di hadapanku tersungkur tidak berdaya sama sekali bagaikan dihentam oleh para malaikat yang di hadapan dan di belakang mereka."

Di samping berdoa, kita juga disarankan agar menjaga hubungan baik sesama insan. Usah di simpan di hati andai ada perasaan yang mengguris. Menjadi pemaaf itu lebih baik bahkan diganjari pahala yang berlipat ganda. Dan bersabarlah kerana setiap ujian itu tandanya ingin mengangkat martabat kita sebagai hamba yang soleh.

Sekiranya ada juga yang menzalimi, kita seharusnya membalas dengan kebaikan. Pasti mereka yang berbuat kejahatan akan malu sendiri dengan perbuatan yang dilakukan. Percayalah... orang yang sempurna imannya adalah yang sentiasa memaafkan mereka yang melakukan kejahatan kepadanya, bukan berdendam.

Sekian.


Ha.... bermotivasi kita hari ini yer.. 

oh ye, Terima kasih ALLAH kerana aku masih hidup lagi sehingga hari ini. Sesungguhnya Aku insan yang amat kerdil dan masih belum bersedia untuk melangkah ke Alam yang satu lagi. Namun aku redha andai itu ketentuan MU. Akan aku terima dengan pasrah dan berserah.

Adios...


2 ulasan:

cikpuanhady berkata...

happy belated bday sis.. saya dtg berblogwalking.. nak kenalkan blogshop baru saya, http://mymodestycloset.blogspot.my/ kalau sudi mehla jadi follower.. :)

Firdausy CiLiKku berkata...

Terima kasih @cikpuanhady atas ucapan tu. terima kasih juga sudi jengah blog saya. alhamdulillah.. saya dah pun jd followers