Salam Maulidur Rasul buat semua ummat islam di dunia... sorrylah lmbt
wish. mana tidaknyer smlm mls pulak rasanye nak bukak blog, lgpun ptg
smlm aku n family keluar dgn abah n ma plus Cu ke taman tasik shah alam.
kononnye mulanya ma nak naik komuter, agaknye tgk byk brg nak bwk then
nak berkelah sama x jd pulak nak naik komuter. so my hubby cadangkan pergi berkelah tepi tasik shah alam... sambil2 tu my hubby nak bli makanan ikan di aquarium sblh wet world. esoklak Thaipusam, selamat menyambut hari Thaipusam buat semua kaum India di seluruh dunia.. (apalah aku nak buat esoklak ek)
Sempena Maulidur Rasulnih ada pesanan yg aku copy dr FB dari
link ni
PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai har...uman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan