Jumaat, Mac 8

Freaky Friday #14

NASIHAT IBLIS KEPADA NABI NUH

            Di antara manusia yang mendapatkan umur yang sangat panjang di dunia ini adalah Nabi Nuh as. Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Nuh pernah hidup di sekitar kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Sepanjang masa itu, Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan Allah, namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari agama Allah, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah agar ditimpakan bencana kepada mereka. Allah mengabulkan doa Nabi Nuh.
               
            Nabi Nuh diperintahkan untuk membina kapal besar yang boleh memuat semua jenis makhluk hidup. allah akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan mengalirkan banjir yang sangat besar sehingga tidak ada satupun dari mereka yang kafir akan tinggal. 

         Tiba waktunya apa yang ditentukan oleh Allah. Bersama semua pengikutnya dan segenap pasangan makhluk melata lain bersama Nabi Nuh naik ke atas kapal. Hujan mulai turun membahasahi buni. Nabi Nuh perhatikan satu persatu dari mereka yang hadir di kapal. Tiba-tiba, matanya memandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalinya. 
            
            "Siapa anda?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.
          
             "Aku Iblis" jawabnya.

         Dasar Iblis, dia tahu sahaja bagaimana cara masuk ke dalam kapal Nabi kekasih Allah itu. Dia boleh hadir di mana sahaja dia mahu. Bukan kerana dia makhluk ajaib, tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.

            "Mengapa engkau mahu ikut kami?" tanya Nabi Nuh lagi.
           
           "Aku bukan mahu ikut  kapalmu dan ingi selamat bersamamu. Aku hanya ingin mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati mereka bersamaku," jawab Iblis terus terang.
Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia. sejak zaman Adam sampai hari kiamat. Mengapa harus berbohong lagi, kerana tidak semua yang manusia ketahui pasti akan diikuti.

            "Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!" kata Nabi Nuh kepada Iblis.

         Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana. sebelum Nabi Nuh, Allah juga pernah mengusirnya keluar dari syurga. Tetapi, dia masih sahaja membangkang perintah Allah dan terus berusaha menggoda adam sampai berhasil.

        Dia hanya berkata, "Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang dengannya aku akan boleh mencelakan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu yang tiga, tapi akan menyembunyikan darimu dua yang lainnya." Kemudian Allah mewahyukan pada Nuh agar tidak usah mendengarkan yang tiga tapi dengar saja dua yang lainnya.

           "Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu, tapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku," jawab Nabi Nuh.

             Iblis berkata, "wahai Nuh aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara: pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka; dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah dan jadikannya sebagai syaitan yang terkutuk. Dan kerana serakah, maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga sehingga dia dikeluarkan dari syurga.

           Setelah kapal Nabi Nuh mendarat dengan segenap penumpangnya, tiba-tiba si Iblis datang lagi menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia berkata kepada Nuh, "aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua makhluk yang ada di bumi ini."

               "Terima kasih dari apa?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.

              "Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan oleh Allah. Dengan cara itu bererti engkau telah menringankan bebanku," kata Iblis.

               "Wahai Nuh, jangan sesekali engkau mendengki kerana ia telah mengantarku pada keadaan seperti ini. Dan jangan sesekali engkau serakah kerana ia telah menghantar Adam seperti yang dialaminya."

Sekadar hiasan

4 ulasan:

Mummy MM berkata...

Wow, nice sharing. Buat saya nak baca lagi =]

THE AUTHOR berkata...

Perkongsian yg baik

Firdausy CiLiKku berkata...

Terima kasih

Unknown berkata...

Promosi Rainbow AlQuran & Ribbon Watch! Sehingga 23 Mac 2013. Siapa cepat dia dapat.

http://bit.ly/cd2aQx