Assalamualaikum...
Genap 4 hari aku di Vietnam tibalah masa untuk aku balik ke Malaysia, hati mula tak sabar untuk sampai ke rumah. Rindu pada anak teruna mula mencengkam. Rindu pada makan Malaysia juga ye. Tak larat dah makan nasi Vietnam dan lauk Vietnam, nak makan nasi dan lauk malaysia pulak.
Di Malaysia wayar-wayar elektrik cukup cantik dan cukup tersusun tak seperti di Vietnam dan di negara lain
Wayar penuh berselirat, kalau di Malaysia macam ni, penuh aduan kat TNB dan TELEKOM
Di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua orang mampu untuk memakai kereta, tapi di Vietnam hanya orang yang kaya sahaja yang mampu untuk menggunakan kereta. Bagi pegawai kerajaan pula, gaji mereka agak rendah berbanding gaji pegawai kerajaan di Malaysia. Gaji mereka sekitar beberapa ratus sahaja berbanding gaji minimum di sini. Alangkah beruntungnya negara kita di Malaysia berbanding negara Asia yang baru nak membangun. Terfikir di fikiranku andai Malaysia begini, dapat ke aku berjalan ke negara orang seperti sekarang? Tetiba je keinsafan menjalar kesegenap tubuh. Tak sanggup rasa begitu. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Genap 4 hari aku di Vietnam tibalah masa untuk aku balik ke Malaysia, hati mula tak sabar untuk sampai ke rumah. Rindu pada anak teruna mula mencengkam. Rindu pada makan Malaysia juga ye. Tak larat dah makan nasi Vietnam dan lauk Vietnam, nak makan nasi dan lauk malaysia pulak.
Beg dah Check-in, bersedia untuk pulang
Beratur untuk masuk ke tempat kastam
Di ruang menunggu, sedia untuk pulang
Selamat tinggal Vietnam, ada rezeki kita bertemu kembali... banyak benda yang aku pelajari bila berada di negara orang dan aku berasa alangkah beruntungnya aku di Malaysia. Di Malaysia banyak kemudahan boleh kita kecapi, banyak keistimewaan yang aku boleh dapat. Di Vietnam, hendak mendapatkan sebuah rumah dengan sebuah bilik tidur cukup susah dan agak mahal. Di Vietnam, tanah yang diberikan cukup kecil dan cukup terhad tak macam kita di Malaysia rumah teres boleh didapati cukup mudah bagi yang mampu dan lengkap dengan laman depan dan belakang.
Lihatlah kecilnya dan terhadnya ruang tanah yang ada |
keadaan wayar di dalam bandar |
Keadaan wayar di pinggir bandar |
Sampai sini sahaja Entri aku kali mengenai Vietnam. Ada yang dah naik lemau ke? Jangan lah lemau, nanti nak buat biskut cicah dah tak sedap. ahaks.. ahaks...
Oh ye, ada sesuatu perkara aku nak pesan, andai ke negara yang bukan islam simpanlah botol mineral yang kita minum tu buat bekalan masuk tandas. Senang nak refill dan buat cuci. sebabnya tak semua tandas ada paip air yang boleh digunakan ketika berhadas. *wink* *wink*
Review kisah vietnam:
Percutian ke Vietnam
Ben Than Night Market
Round Town
Mekong river
Kedai Makanan Halal
Review kisah vietnam:
Percutian ke Vietnam
Ben Than Night Market
Round Town
Mekong river
Kedai Makanan Halal
15 ulasan:
Salah satu kebaikan kita pergi ke negara orang ..kita akan rasa bersyukur kita dilahirkan sebagai Rakyat Malaysia
pergi brunei best jugak..walopon bukan destinasi yg femes tapi tak sangka seronok..cuma blur2 je sbb tk sempat nk research g on the spot :)
Mesti sayang nak pulang kan..
Yelah Bro Hanif, mmg rasa insaf gaklah untung sgt duk malaysia nih
ke Brunei ek.. teringin gak nak ke sana.. kalu ada duit lebih boleh ke sana. terima kasih Tihara
Isabel, mmg syg nak balik tp sebab duit dah susut kena balik gak kumpul lg hehehe
Seronoknya akak ke Vietnam...
Orang cakap kain sana elok2 dan berkualaiti..
Kak borong kain tak??
Hehehe..
banyak berjalan luas pandangan kan Syaz....walaupun tidak seindah negara kita yang makmur ni...tapi sekurang2nya kita dapat rasa dhoifnya masyarakat di sana!
ayu, kain kat sana mmg murah2 sgt2. seronok sgt membeli belah @ menghabiskan duit.. kain cotton dan kain manik penuh badan pun akk borong.. lebih murah dr jangkaan kita. mmg terkejut sgt bila banding harga sini
Banyak berjalan luas pandangan kita. Mereka berusaha untuk maju dan untuk kaya. kita di malaysia, yang malas kerjapun ada. lg surprise yang baya2 saya dalam umur 30 dah jd tokey
assalamualaikum firdaus...bestnya makan angin...:)
Waalaikumussalam kak mas.. hehehe best, bukan selalu dapat.. ntah bila agaknye lg dpt mkn angin. Alhamdulillah ada rezeki lebih bolehla berjalan
Sepasang bj kurung manik dpt brape kak?
heh heh heh.. kena pergi baru tau.. mesti borong sakan punyer..
Salam,kak.. Nanti akak tlg emel sy tourist agent 2 boleh ?sy insyaallah nk gi vietnam nanti :) thanks, kak ....
afiqahramle@gmail.com
nanti ad rezeki boleh akak jln2 sne lg,buat bisnes jual kain pulak balik malaysia :D
done email, insyallah.. nanti akk jual afiqah jgn tak beli ek.. hehehe
Catat Ulasan