Jumaat, Mei 17

Freaky Friday #20

SEBAB-SEBAB TURUNNYA SURAH AL-IKHLAS

      Sebahagian riwayat menerangkan sebab turunnya surah Al-Ikhlas iaitu ketika Rasulullah S.A.W sedang dalam perjalanan pindah dari Mekah ke Madinah, baginda melihat jauh di belakang ada seorang sedang mengejar beliau dengan kenderaan berkuda. Maka di saat itu turun jibril mendapatkan Rasulullah dan berkata, "Hai Muhammad! Suragah sedang mengejar kamu dari belakang tapi Allah S.W.T. telah memerintahkan bumi agar patuh padamu."

    Tidak lama kemudian sampailah suragah di tempat Rasulullah. Dia segera menyerang Rasulullah dengan pedang terhunus di tangannya tetapi dengan takdir Allah, Suragah dan kudanya terperosok ke dalam bumi sehingga tidak terdaya apa-apa lagi.

   Rasulullah S.A.W. menoleh ke belakang dan suragah berkata, "Tolonglah aku, hai Muhammad! Aku tidak akan berbuat sesuatu kepada engkau!' Kemudian Rasulullah menarik suragah dan kudanya dari dalam bumi.

   Suragahpun selamat dan bertanya pada Rasulullah tentang tuhannya, "Adakah Tuhan kamu itu terdiri dari emas atau perak?" Rasulullah menundukkan kepalanya sebentar, kemudian turunlah Jibril A.S dan berkata, "Hai Muhammad! Qul hu Allahu Ahad!........" hingga sampai habis ayat tersebut.

5 ulasan:

Isabel Diaz berkata...

NICE SHARING

hainom OKje berkata...

TQ share ni Syaz...

Hanif Idrus berkata...

Allah hanya satu..
Nice sharing!!

hainom OKje berkata...

Singgah pagi sini!

Nor Salmi berkata...

Nice sharing! Salah satu Surah Tauhid dan harus diamalkan.

Katakanlah! Dia Allah Yang Satu. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Dan tidak ada yang setara bagi-Nya.