Jumaat, Mei 31

Freaky Friday #21

Malaikat Maut Meminta Izin Untuk Mencabut Nyawa Maryam Ibu Nabi Isa.

Dalam misykaatul anwari menerangkan bahawa Nabi Isa as telah berkata kepada ibunya Maryam, "Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu marilah ibu" (bersama saya).

      Setelah Nabi Isa as berkata demikian pada ibunya maka berangkatlah Nabi Isa as bersama dengan ibunya menuju ke gunung Lebnon, apabila sampai di gunung tersebut maka Nabi Isa as bersama ibunya berpuasa untuk mereka berdua, setelah Nabi Isa as turun maka datanglah malaikat maut menghampiri Maryam dengan berkata, "Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari".

      Sebaik sahaja Maryam melihat orang yang memberi salam itu maka berkata maryam, "Siapakah kamu ini? badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut pula apabila mendengan suaramu!"

      Kemudian Malaikat maut berkata, "Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapapun baik dia anak kecil, orang tua, atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa."

      Mendengar akan penjelasan dari malaikat maut itu maka Maryam berkata, "Wahai malaikat maut, adakah kedatangan kamu ini untuk menziarah aku atau untuk mencabut nyawa aku?"

      Lalu berkata malaikat maut datang untuk mencabut nyawanya maka berkata Maryam, "Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi buah hatiku, yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?".

      Malaikat mautpun menjelaskan perintahnya dengan berkata, "Wahai Maryam, sebenarnya aku tidak diperintahkan menurut kehendak kamu, aku ini hanyalah hamba yang diperintah.

      Dan demi Allah aku tidak akan mencabut nyawa walaupun seekor nyamuk kalau aku tidak diperintahkan oleh Allah SWT supaya aku tidak mensia-siakan walaupun satu saat pun untuk mencabut rohmu di tempat ini".

      Setelah Maryam mendengar penjelasan dari malaikat maut maka dengan hati yang ikhlas Maryam berkata, "Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah SWT oleh itu kamu laksanakanlah perintah itu dengan segera."

      Malaikat maut mendekati Maryam dan mencabut rohnya, kebetulan pula dimasa itu Nabi Isa as telah lewat pulang, beliau pulang apabila waktu Isyak yang akhir, setelah Nabi Isa as telah lewat pulang, beliau pulang apabila waktu Isyak yang akhir, setelah Nabi Isa as naik ke atas gunung dengan membawa bekalan untuk berbuka puasa maka beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat, Nabi Isa as menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Maka beliau pun meletakkan daun-daun yang dibawa untuk berbuka puasa dan meletakkan dekat ibunya lalu beliau berdiri mengadap kiblat.

      Setelah sekian lama maka beliaupun memanggil ibunya, "Assalamualaiki ya ibu, waktu malam telah tiba dan orang yang berpuasa telah berbuka dan telah berdiri orang yang beribadah, mengapa ibu tidak beribadah kepada Tuhan Yang Maha Pengasih?"

         Nabi Isa as menyangka ibunya sedang tidur lalu beliau berkata, "Sesungguhnya dalam tidur itu terdapat kelazatan." Nabi Isa memandang ke tempat ibunya dan didapatinya ibunya tidak makan apap-apapun walaupun 2/3 malam telah berlalu.

      Nabi Isa as memanggil lagi ibunya, "Assalamualaiki yaa ummaahu." Oleh kerana hari telah menjelang fajar maka ibunya, lalu beliau meletakkan pipinya pada pipi ibunya dan meletakkan mulutnya pada pipi ibunya dengan menangis yang kuat beliau berkata, "Assalamualaiki yaa Ummaahu", malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Tuhan Yang Maha Pengasih."

       Setelah Nabi Isa as berkata demikian maka menangislah para malaikat di langit dan para jin yang berada disekitarnya dan bergoncanglah gunung dibawahnya. kemudia Allah SWT wahyukan kepada para malaikat yang bermaksud, "Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?"

      Maka berkatalah para malaikat, "Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui,"

      Lalu Allah SWT wahyukan lagi yang bermaksud "sesungguhnya Aku Maha Mengetahui dan Aku Maha Kasih Sayang."

      Setelah itu dengan tiba-tiba kedengaran satu suara yang berbunyi,"Wahai Isa as angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu itu telah meninggal dunia dan Allah SWT telah melipat gandakan pahalamu."

     Sebaik sahaja Nabi Isa as mendengar suara tersebut maka beliau pun mengangkat kepala sambil menangis lalu berkata, "Siapakah yang akan menjadi temanku dikala aku sunyi dan dikala aku menangis, dan dengan siapakah dapat aku ajak berkata-kata, dan siapa pula yang dapat membantu aku dalam ibadahku."

      Kemudian Allah SWT mewahyukan pada gunung, "Wahai Roh Allah (Isa as) apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang mengembirakan?"

      Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata gunung maka turunlah beliau ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil, maka berkata Nabi Isa as, "Assalamualaikum yaa Bani Israil."

      Apabila kaum Bani Irail melihat ada orang memberi salam maka mereka pun berkata, "Siapakah kamu ini wahai hamba Allah? cantik sekali wajahmu dan telah menyinari rumah kami."

      Lalu Nabi Isa as berkata, "Aku adalah Roh Allah (Isa as), ibuku telah meniggal dunia, oleh itu tolonglah aku untuk memandi, mengkafankan dan memakamkan ibuku,"

      Maka berkata kaum Bani Israil, "Wahai Roh Allah (Isa as) di atas gunung itu terlampau banyak ular yang besar-besar dan bermacam-macam ular yang belum pernah kami lihat dan tidak pernah dilalui oleh para orang tua kami dan nenek moyang kami sejak 300 tahun."
      
      Setelah Nabi Isa as mendapati bahawa mereka tidak mahu menolongnya maka beliaupun naik semula ke atas gunung, sebaik sahaja beliau naik maka beliau terpadang ada dua pemuda yang sangat cantik rupa parasnya, lalu Nabi isa as memberi salam dan dibalas salam oleh kedua pemuda itu.

      Kemudian Nabi Isa as berkata, "Wahai pemuda, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia oleh itu aku memohon kepada kamu berdua supaya dapat tolong aku untuk menguruskannya."

     Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, "aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabat saya yang satu lagi adalah mlaikat Jibril'.

      Kemudian malaikat Mikail mengeluarkan barang-barang yang dibawanya dengan berkata, "Ini adalah ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu. Dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandi dan mengafankan ibumu."

       Setelah malaikat Mikail berkata demikian maka malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung itu. Setelah selesai segala kerja memandi dan mengafan dilakukan oleh para bidadari, dan setelah selesai disolatkan maka mereka bertiga pun mengebumikan dalam kubur.

      Setelah selesai maka Nabi Isa as pun berdo kepada Allah SWT, "Ya Allah, sesugguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikitpun urusanku yang bersembunyi bagi Engkau, ibuku telah meninggal dunia sedangkan tidak menyaksikannya di waktu ia wafat. Oleh itu izinkan dia berkata sesuatu kepadaku."

     KemudianAllah mewahyukan kepada Nabi Isa as yang bermaksud, "Sesungguhnya aku telah memberikan izin kepadanya".

       Setelah nabi Isa as menerima wahyu dari Allah SWT maka beliau pun pergi ke kubur ibunya lalu berkata, "Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimana pula kedatangan Tuhanmu (Tuhanku)."

      Berkata ibunya, "Tempat pembaringanku adalah sebaik-baik tempat pembaringan, dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat kembali, sedangkan aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa dia telah menerimaku dengan rela."

      Berkata Nabi Isa as, "Wahai ibu, bagaimana rasa sakitnya ketika mati?"

      Berkata Ibu Nabi Isa as, "Demi Allah yang telah mengutusmu sebagai Nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut belum lagi hilang dari pandangan mataku; alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat.

3 ulasan:

Mummy MM berkata...

Nice sharing..

OKje berkata...

Syaz....sedih dan takut....
Mereka yg patuh dgn Allah pun masih terasa kepedihannya...apatah lagi kita...

Firdausy CiLiKku berkata...

aah... OKjer.. saya sendiripun sama