Isnin, Mei 6

Pengalaman Menjadi Petugas PRU 13

Assalamualaikum...

Wahahaha... seminggu lamanya aku tak update blog. Isnin lepas aku busy sangat-sangat, Selasa hingga jumaat aku takde di Semenanjung. Kisahnya akan aku updatekan nanti, banyak hutang blog tak berbayar lagi ni. Manakala sabtu dan Ahad pulak aku sibuk dengan PRU 13.

Bercerita pasal PRU 13, tahun ni aku tak dapat mengundi kat tempat aku sendiri sebab aku kena jadi petugas PRU 13. Nak ke tak nak ke, aku kenalah jadi pengundi pos. So, takdelah peluang aku nak rasa tangan aku di calit.. Masa tahu 2008 dulu, takde nak sibuk calit-calit nih, sebut nama, pangkah pastu jalanjer.. mujurlah aku dah merasa pengalaman mengundi, idokler terkilan mana sangat. 

Letih sangat jadi petugas nih tau.. dapat pulak time orang tengah ramai masa tu. Berderet orang menunggu. Dapat pula, macam dalam gambar puan hainom OKje tu beraturnya, pergh.. memang pengsan aku masa tu. Tak larat, kematu punggung aku, kejang kaki sebab duduk jer.. Tambah lagi aku yang first time jadi petugas, mau tak ketar tangan aku nih. Memang menggelabah giler masatu. Terhegeh-hegeh plus terkial-kial jadinya aku masa tu, nak gelakpun ada, tak pandang orang langsung, yang aku tau nak cepatje. Nak tau apa tugas aku? pagi-pagi lagi aku ditugaskan untuk mengoyak kertas undi. KTM (ketua tempat mengundi) dah pesan tarik elok-elok, jangan sampai terkoyak. lagilah tambah menggelabah aku nih. Nak koyak lagi, nak lipat lagi memang jenuhlah. Lagi best bila kerani pertama dengan kerani kedua lajujer buat kerja, tambah terhegeh-hegehlah aku nak mengoyak dan melipat. Ish..ish..ish.. letih habis tangan aku, nak makan sarapanpun tak sempat tau, yelah aku bangun dari 5:30 pagi, jam 6 lebih aku dah keluar ke tempat bertugas, buat kerja tampal menampal dan lipat melipat sehinggalah jam 8 pagi, tepat 8 pagi pulak, orang dah ramai beratur untuk membuang undi. Dapat ejen-ejen parti pulak, ada yang banyak songeh, lepas tu perati kita buat kerja macam nak makan pun ada. Naik menyampahpun ada gak tapi itulah prosedurnya, ada sahaja yang di curigakannya.

Bila waktu dah mula menganjak ke tengah hari, orang ramai dah mula berkurangan. Bila petang pula, dah takde orang nak datang, masa tu aku dah tukar tugas jadi kerani pertama dan kadang-kadang yang keempat. Ramai jugalah yang datang mengundi, saluran aku aje seramai 439 dari 514 orang yang mendaftar mengundi termasuk 4 orang yang undi pos. Bila dikira seramai 71 orang yang tak datang mengundi. Sayangnya, daftar mengundi tapi tak datang mengundi. Sayang sangat, satu kerugian yang besar.

Tepat jam 5 petang, undi ditutup dan kami menutup pintu untuk memulakan proses pengiraan undi. Mengira undini pun jenuh juga, kena buat satu-satu, kena tunjuk depan ejen satu-satu kertas undi, kena cakap kuat-kuat lagi, kena berdiri lagi, lenguh satu badan. Mujurlah Selangor isytihar cuti harini, kalau tak mau demam dah akunih. Macam-macam yang aku jumpa masa mengira undi, ada yang tanda pada namalah, ada yang guna ink pada jari tu lah, ada yang tanda right juga. Tapi yang paling tak seronok, ada yang sengaja membuat undi rosak dengan memangkah 2 tempat dan ada yang tak tanda apa-apa langsungpun. Yang inipun dikira satu kerugian besar. Boleh dikatakan semua parti mendapat undi tak kiralah banyakke sikitke.

Hampir 2 jam lamanya kami mengira undi. Terima kasih buat ejen parti yang mengira undi kerana tak banyak songeh dan tak cerewet sangat. Habis lebur solat Asar aku dan hampir lebur jugalah solat Magrib aku gara-gara KTM aku tak bagi aku keluar untuk solat sekejap. Takpe, ko tanggunglah dosa sebab tak bagi aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai orang islam ek.

Selesai semua tugas, mengira sudah, seal peti undi bersama barang-barang undi juga sudah, keputusan juga dah tau, masa untuk balik. Manakala KTM dan seorang kerani serta polis pengiring kena hantar kotak undi ke tempat pengumpulan undi. Tugas aku dah selesai. Tugas KTM tak habis lagi tu. Itu KTM punya pasal, sesuailah dengan elaun yang mereka dapat nantikan...

Macam-macam kerenah pengundi yang aku jumpa. Yang first time dan tak tau macam mana nak mengundipun ada, ada yang fikir kita boleh trace apa yang diundinya pun ada, yang siap nak mintak ajar macam mana nak mengundipun ada. Hmm.. macam-macam. Oh ye,aku nak bagitau, undi itu adalah rahsia, sememangnya rahsiapun. Kami yang bertugas nih tak tau langsung apa yang orang ramai tu undi apa, kecuali ternampak mungkin tapi tetap rahsia kerana kami tak tahu pun mana satu kertas undinya. No. siri kertas undi yang ada hanyalah bilangan pada setiap buku. Kami tak catitpun no siri tu. #takde kerja aku nak catit.

Selesai sudah PRU 13, terima kasih buat yang dah datang mengundi, kalah menang satu parti tu bergantung pada undian anda semua. Buat parti yang menang, tahniah. Manakala buat parti yang kalah, cubalah perbaiki lagi dan perkuatkan lagi usaha di masa mendatang. Tapi parti yang menang pula, janji dan menifesto yang diwar-warkan perlulah dilaksanakan kerana rakyat yang mengundi anda itu berhak mendapat apa yang anda janjikan itu, kalau tidak PRU akan datang, kontreversi akan datang lagi dan undian pun akan berkurangan.


3 ulasan:

Mummy MM berkata...

Penat-penat pun mesti berbaloi kan. Timba pengalaman baru.. (^_^)

THE AUTHOR berkata...

Pengalaman yang paling berharga..patah lagi PRU13 ini panas...heheheh

Firdausy CiLiKku berkata...

huhuhu.. rasa tamo dah lepas nih.. letih ooo...