Rabu, Oktober 30

Kursus Audit 5S 2013

Assalamualaikum...

Lama aku tak update pasal kursuskan. Mana tidaknya lama aku takde kursus untuk aku lengkapkan 7 hari setahun. Ini semua gara-gara angkara 2nd B aku kat office tu, habis dia reject kursus-kursus yang aku nak pergi. Sakit hati dengan dia punya pasal, akupun reject semua kursus yang dia tawar kat aku. Kehkehkeh.. padan muka aku hehehe...

Jadinya inilah kursus terakhir aku untuk tahun 2013 dan juga merupakan kursus aku yang terakhir yang boleh dibuat di luar kerana selepasni kami dah tak dapat kursus kat luar dan bermalam dah... maklumlah.. dah kena sekat dek orang atas kayangan, tak dapatlah kami nak melepaskan ketegangan semasa berada kat pejabat dah... Hehehe... 

Kursus kalini di buat di Hatten Hotel. Hotel baru tau, baru 2 tahun dibina, betul-betul depan Dataran Pahlawan. Seberang jalanjer dah nampak Dataran Pahlawan. Korang mesti tau kat manakan.. haa.. mana lagi di Melaka Bandaraya Bersejarahlah. OKlah Jomlah Kita  layan gambar...

Masa sampai, ternganga sekejap mulut aku..., nasib baik takde lalat hinggap hehehe.. Nampak mewahkan...
Sampai dalam hotel, kami terus ke dewan.. dapat dewan besar tapi orangnya takdelah ramai mana
Urusetia memberi penerangan dan penceramah kami memperkenalkan diri
Penceramah kami, En. Lidzuan dan kami yang kusyuk mendengar... 
Entah apalah yang kelakar tu yer.. sampai kamipun tersenyum simpul..tapi...sejuk giler dalamnih.. dah pakai kainpun sejuk juga, rasa macam nak pakai selimutjer.. 
Apa sahajalah yang ditangkap oleh photographer.. belakang pun jadi...
Kusyuk giler kami mendengar ceramah, tambah lagi kakak-kakak kesayangan aku yang bertudung purple dengan merah hitam tu.. tangan kat bibir tu....betul-betul kusyuk.... ahaks...
Dapat masuk bilik akhirnya.. pergh.. memang best.. tv sampai dua siap ruang tamu lagi...
Petangnya, selepas kuliah petang, kami jalan-jalan di Dataran Pahlawan. Nak kesana kami hanya perlu melalui ruang jejantas yang telah dibina khas antara hotel dan bangunan shopping kompleks. Malamnya kami buat rancangan nak tengok wayang selepas habis kuliah malam, nak release tensionlah katakan....
Lepas kami beli tiket wayang, kamipun jalan-jalan cuci mata sambil ditemani oleh 2 orang hero (Heroke?) sebagai peneman nampak pula ada wayang 6D, apa lagi kamipun terjahlah masuk. Yang ada citer hantu, kami hantam sajalah.. janji ada not bad jugak wayangnyer.. terjerit-jerit jugaklah kami dalam tu...
Kedai cenderahati

Dah puas berjalan dalam shopping Compleks, kami jalan-jalan pulak kat dataran pahlawan. Gambar kat atasnih tempat aku beli cenderahati untuk diri aku sendiri hehehe... kat depan kedaini lah, kami dibelanja aiskrim oleh ketua kumpulan QE kami. Sempat lagi kami membeli-belah baju seragam kami untuk esok.
Bergambar sekejap sebelum naik bilik dan bersiap untukmakan malam dan kuliah malam
Macam Dalam Potret gitu kan...

Malamnya kuliah kami habis awal atas permintaan kami hehehe... berasap gaklah telinga kami kena perli dengan En. Lidzuan. Nasiblah janji lepas awal. Malam tu, kami tengok Lone Ranger. Tercatat dalam diari hidup aku tau, Hari Ini Dalam sejarah aku tengok wayang dengan kawan-kawan yang dah jadi mak dan bapak budak hahahaha...

Dalam Panggung 

Keesokan harinya merupakan hari kedua dan hari terakhir kami di Hatten Hotel. Kami berpakaian seragam ala Boria gitu hihihihi... menarik perhatian rakan kelas kami, dan dengan bangganya semua rakan team QE sangat sporting mengenakan baju yang kami borong semalam.
Kakak kami yang paling senior yang paling happening, paling gila-gila dan paling sporting.
Possing sesaja kami
Macam-macam gaya
dan kerenah
tanpa rasa segan, janji kami happy
Bergambar dengan En. Lidzuan
Gaya bebas please..
Possing maut tu... ahaks..
Pose dekat kolam mandipun jadi...

Bergambar dengan mangsa yang menjadi juru kamera kami.
Bergambar beramai-ramai sebelum balik. Patut ramai lagi ni, tapi masing-masing dah cabut nak makan.

Selesai sudah kursus kami di Hatten selama 2 hari di sana, entahlah sampai ke tidak objektif yang nak disampaikan. Kebanyakan auditor adalah lantikan baru, tau ke tidak mereka nak nilai macam mana entahlah hantam keromo ajelah... yang penting, team QE happy sangat-sangat semasa di sana..
Kafe tempat kami makan pagi, tengah hari dan makan malam.

Sampai di sini sahaja kisah kursus aku. Tak tahulah tahun depan aku boleh post entry pasal kursus lagi ke tak. Yelah kalau dah buat secara dalaman apa yang seronoknya lagi iye tak? Oklah.. sampai di sini sahajalah.. nanti aku update entry lagi ek... Adios...salam sejahtera...

Tiada ulasan: