Selasa, Oktober 8

Percutian Ke Sabah @ Rumah Terbalik And Kota Kinabalu, 2013

Assalamualaikum.....

Cukup sudah 3 hari kami di kundasang, masa untuk kami menjelajah Kota Kinabalu pula. Puas akhirnya kami menikmati suasana pagi dan Fajar di kaki Gunung Kinabalu.
Suasana Fajar di Kaki Gunung
Ma, posing di pagi hari..
Yeah.. Peace yo
Rumah sesebuah turut di provide oleh celyn resort
Menunggu Yang lain siap, layan lagu dululah..

Kami bertolak turun dari Kundasang setelah perut di isi dengan sarapan pagi. Banyak lagi kot  tempat yang akan kami singgah dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.

Tempat pertama yang kami singgah dulu pasar Pekan Kundasang.
Kami beli buah je kat sini. takde nak beli apa sangat sebab agak mahal juga lah.

Turun dari Kundasang, Lebih kurang 1-2 jam perjalanan kami tiba di Rumah Terbalik di Tamparuli. Dengan bayaran Rm 10 untuk Dewasa dan Rm 5 untuk Kanak-kanak, kami dapat explore masuk ke Rumah Terbalik di Sabah.


Kereta Terbalik pun Ada...
Bergambar dahulu sebelum masuk
Bergambar semua sekali

Tok Din Ketuk gong nak masuk rumah terbalik

Kisah dongeng rumah terbalik, Dulu-dulu tuan rumah nya terbalik punya anak yang suka modified barangan antara hobi anak tuan rumah itu adalah menterbalikkan barangan rumah sehingga suatu hari, anak tuan rumah telah membuatkan rumah menjadi terbalik. Bila kami di bawa masuk, memang semua barang di skrukan secara terbalik dan antar baranga yang paling berat adalah mesin jahit yang jenis lama yang besi punya. sampaikan tandaspun mereka bina secara terbalik macam gamabr di atas. Dalam rumah terbalikni kami tak dibenarkan untuk menangkap gambar. So tangkap kat luar ajelah...
Pose mak cu pose
Hmmm.. Sibuk nak terbalik jugak anak teruna nih..
Rehat makn sekejap untuk alas perut.
Kuatnyer Mak Cu.. (muahaha....)

Dah puas melawat Rumah Terbalik, kamipun bertolak ke Apartment yang kami sewa untuk semalam di Kota Kinabalu. Kami Sampai jam 1 ptg, Tapi penyelia apartment rehat kenalah kami tunggu sekejap. tepat 2:30 kami dapat masuk ke Aprment yang di sewa.
Puas hatilah juga walaupun sarapan tak disediakan. Siap Kolam dan Gim di sediakan. Puaslah anak-anak bermain air.
Petang tu juga kami ke Pasar Kraftangan  untuk membeli belah dan menjamu selera. Anak teruna kekenyangan makan kepak ayam semata dengan air Kelapa kegemaran.

kos makan sahaja hampir RM 200 kalau tak silap akulah.. agak mahallah.. semata-mata lauk bakar dengan nasi putih kosong.
Tiba Masa untuk pulang ke rumah ku syurga ku.. bergambar pose jgn tak pose...

Sampai sahaja di sini cerita aku Mengenai Sabah. Banyak lagi yang aku tak sempat nak explore.. Insyallah andai ada rezeki terpijak lagi (muahahaha ader ke? ) aku akan ke sana lagi tapi ke tempat yang berlainan pula.. 


kisah sebelum:

Tiada ulasan: