Selasa, Jun 11

Percutian Ke Sabah 2013

Assalamualaikum...

Percutian kali ni aku bawa ma, abah dan Acu termasuklah anak teruna aku sekali. Tapi aku bawa dalam negara jelah, ituje yang aku mampu. Even bercuti dalam negarapun, kami terbang merentas laut China selatan ke negeri Di Bawah Bayu. Puan Ana juga ikut sekali dan bawa anak-anaknya sekali. Kira 3 familylah semuanya. Sebulan awal lagi aku dah remind dengan anak teruna yang kami akan ke Sabah naik kapal terbang. Anak teruna dah excited sangat-sangat, habis di canangnye pada teacher-teacher dia yang dia nak ke Sabah. Ish..ish..ish.. kena ada cenderahati nih.. koyaklah poket aku... hehehe....

Sewaktu kami bertolak ni, Ma tak ikut sekali. Ma terpaksa tunda flight ke keesokan harinya sebab Ma terpaksa jadi KTM untuk yang mengundi awal di IPPD. Mulanya sedihgak, sebab kalau ma tak ikut Abah n Acu tak nak ikut. Kalau macam tu rugilah aku.. bukan sikit duit aku dah keluar, bilikpun aku dah tempah siap dan dahpun di bayar. Mana boleh dapat ganti rugikan... dah lah flightpun tak boleh tukar nama. Lagi sikit aku nak mengamuk (mengamuk dengan adik-adik aku beranilah), tapi sebab Ma lebih sayangkan aku, dia sanggup ambil risiko untuk pergi juga ke Sabah esok harinya. Thanks Ma I Love U So Much.......

Pada hari kami nak bertolak ke Sabah, senang pula anak teruna sorang tu bangun, kejut-kejut terus bangkit mandi. Kalau tak jenuh kena urut satu badan, pujuk-pujuk baru nak bangun mandi. dah excited sangatlah tu. Kami sampai on time untuk check in beg, sempat sarapan lagi. Sesudah sarapan terus kami bertolak masuk ke ruang menunggu.
Di ruangan menunggu dan saat-saat untuk naik ke kapal terbang
Muka-muka excited nak naik kapal terbang (1st time)
Seronok dengan pengalaman baru, habis semua benda yang bertulis nak di bacanya. 
Ada sekali tu, anak teruna baca risalah keselamatan. Ada gambar kapal terbang landing atas air sewaktu kecemasan, dia tanya walidnya, "Nanti kita terbang atas air yer walid? best nyer..." hahaha
Dah sampai sabah, sanggup tarik beg sebab excited pergi tempat orang. Kami naik ke Kundasang dulu untuk 2 malam

Dua jam setengah lamanya kami di atas flight, hinggakan anak teruna naik bosan sebab tak sampai-sampai. Dah tido then bangun balikpun tak sampai-sampai gak. Bila dah sampai, anak teruna bertanya lagi "Ummi, bila kita nak sampai Sabah?" "kita dah sampailah ni" jawab ku. Ialah manakan tidaknya, hampir 1 jam kami menunggu kereta sewa nak sampai. Bila dah naik kereta lagi dua jam baru sampai Pekan Kundasang, Sabah.

Dah sampai ke Kundasang, Nak cari hotel pula, aku tempah Celyn resort dari Agoda, tak taupun tempatnya agak terpencil dan agak ke dalam, dari jalan tar hinggalah ke jalan tanah baru jumpa resort tu. Kalau aku tau, sanggup aku cari homestay yang lebih murah. Tapi ini ekspresi aku masa mula-mula sampai sini. 
Celyn Resort dan bilik kami untuk 2 malam.

Kami daftar masukpun dah petang, ikutkan takdelah petang sangat tapi sebab cuaca di Kundasang cepat gelap so bila dah gelap tu aku rasa macam dah lewat petang sangat dah. Lepas simpan beg dan melawat kawasan sekitar, kemudian kami pergi cari makan di Ranau sebab khabarnya lebih dekat. Tapi disebabkan jalan yang berliku, aku rasa jauh juga.
Anak teruna dah dapat geng, sampai akupun dilupakan.. kemana sahaja berdua
Makan malam untuk aku, nasi goreng kampung yang kosong semata ikan bilis je lauknya. Telur dadar juga yang kosong tiada bawang macam di semenanjung. Tapi harganya, membuntangkan mata aku. hahaha... biasalah macam di Cameron jugaklah, or gentingke, harga makanan melonjak naik sebab kena panjat gunung tinggikan... nasib baik abah yang belanja makan malam tu.


Setelah kenyang, masa untuk tidur, di sebabkan keletihan dan perut yang kekenyangan kami tidur awal. Lagipun subuh kat sini awal, so memang kena bangun awallah. Anak teruna pulak buat hal, mentang-mentanglah dah jumpa geng yang lebih kurang sebaya, dia boleh pulak declare dia dah besar dan tak nak tidur bersama Ummi dan Walid, anak teruna nak tidur seorang diri. Habis semua barang-barang yang aku dah susun dalam almari di keluarkan dan di 'susun' dengan cantiknya atas lantai, Bantal di ambil bersama bantal busuk, di letakkan dalam almari lalu baring dengan happynya kat dalam almaritu. Puas aku bertekak dengan anak teruna bertuah sorang ni sambil mengemas barang-barang yang 'disusun' cantek atas lantai, siap aku angkat ke katil lagi, Boleh dia bangun dan tidur balik dalam almari tu. Akhirnya aku mengalah, kepala pun dah berat dah mengantuk sambil berkata, "lantak kamulah, janji kamu bahagia", 'jangan kata Ummi kamu kejam sudah' kata hatiku.
Lena dia tido ni, sampai aku kejut tido atas katil pun masih tak nak bangun-bangun.


Sampai di sini dulu cerita aku semasa di Sabah, nanti aku sambung cerita aku lagi semasa aku di Kundasang, Sabah selama 2 malam kami disana.

8 ulasan:

:: Mrs.Eady :: berkata...

best nyerrrr :)

Isabel Diaz berkata...

Bestnya dapat g Sabah.. Tak ada oleh-oleh k.. Hihi..

Iehah Farihah berkata...

boley pulak dia tido lam almari..ishh budak2..macam2..

Syaz Blackrose berkata...

Ole2 ada tp key chainjer yg tinggal. hehehe..
biasalah budak2 mmg camnih mcm2 prangai.. iehah

hainom OKje berkata...

Wah terbang ke sabah rupanya.... jangankan depa,OKje pun excited kalau kali pertama flight...hehe

baby comel berkata...

wah, bestnya dpt pergi holiday kat Sabah. lain kali nak ikut jugak =) hehehe

Syaz Blackrose berkata...

haha nampak sgt muka dema excited tu okje..
baby nak ikut? jom.. hehehe

Roslan Lan berkata...

Assalamualaikum..
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
Syarikat SUHAZRINAH ENTERPRISE SDN.BHD adalah syarikat 'Taxi Limousine' yang beropersi sejak 5 Tahun yang lalu, mempunyai pengalaman yang mendalam tentang tempat-tempat yang menarik di sabah.
Kami menjemput anda ke sabah untuk bercuti dengan kadar tambang yang rendah dan berpatutan,
sila hubungi kami untuk mendapatkan kadar tambang ke mana sahaja di seluruh sabah.
+6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
email: taxisabahlimo.com
http//:www.taxisabah.com