Jumaat, Jun 7

Freaky Friday #23

Kisah ALLAH SAW Menciptakan Malaikat Jibril as.

Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa, "Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan Malaikat Jibril as dengan bentuk yang sangat elok, Jibril as mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti saya burung merak.

Kalau Jibril as menebarkan hanya satu sayap dari beberapa sayap yang dimilikinya maka sudah cukup untuk menutup dunia ini.

Sebelah kanan sayap Jibril as terdapat gambar syurga beserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya. Sementara di sebelah kiri sayap Jibril as terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri dari beberapa macam ular yang cukup berbisa, kala jengking, dan neraka yang bertingkat-tingkat dan penjaganya terdiri dari malaikat yang garang iaitu malaikat Zabaniah."

Bersabda Rasulullah SAW lagi, "Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudiannya mereka menarik rohnya melalui kedua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang pula satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang pula satu lagi kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya sehingga sampai ke kerongkongnya dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasulullah SAW lagi, "Kalaulah orang yang sedang bernazak itu orang yang beriman maka malaikat Jibril as akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang yang sedang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga tempat yang akan didudukinya maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya, baik ibu bapanya, isterinya, anak-anaknya, saudara maranya dan rakan-rakannya. Ini adalah kerana orang itu sangat rindu pada syurga dan melihat terus pandangannya itu pada sayap Jibril as.

Kalau orang yang sedang nazak itu orang munafik, maka Jibril as akan menebarkan sayap sebelah kirinya, maka orang yang sedang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam pada itu orang yang sedang nazak itu tidak lagi dapat melihat kedua orang tuanya, isterinya, anak-anaknya, saudara-maranya dan sahabat handainya kerana terlalu takut apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Kita sebagai umat Islam mesti mengaku bahawa malaikat Jibril as itu mempunyai sayap-sayap yang besar sehingga sebelah sayapnya sudah cukup untuk menutup dunia ini. Ini adalah benda ghaib yang termasuk salah satu perkara yang harus kita beriman dengannya. Tidaklah mustahil bagi Allah SWT menciptakan sesuatu yang dikehendakiNya.

Kita sebagai umat Islam tidak boleh sesekali mempertikaikan kebolehan Allah SWT dan kita hendaklah berpegang kepada satu pendapat iaitu bagi Allah tidak ada yang mustahil. kalau Ia hendak menjadikan sesuatu maka nescaya akan terjadi.

3 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

salam jumaat..

Firdausy CiLiKku berkata...

Salam jumaat Mrs Eady

Mummy MM berkata...

Nice sharing..