Khamis, Jun 27

Alhamdulillah.. Jerebu Semakin Kurang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah.. jerebu dah semakin berkurang kat tempat aku tinggal ni. Syukur sangat Allah menurunkan rahmat kepada bumi ini. Keberkatan Ahli jemaah masjid melakukan solat sunat istiqa' (minta hujan) diberkati oleh-Nya lalu menurunkan hujan dan membasahkan bumi.
Pagi ni masa aku nak hantar anak, aku dah boleh tengok awan. Cantik sangat, kalau tidak asyik diliputi dengan jerebu yang tebal. Harapnya jerebu semakin berkurangan dan anak-anakpun dah boleh memulakan sesi persekolahan mereka semula.
 
 Nyaman sangat pagini,

Syukur.. alhamdulillah.. Moga ianya berterusan hendaknya...

1 ulasan:

OKje berkata...

Syukurkan Shaz...berkat solat istisqo'