Jumaat, Jun 21

Freaky Friday #24

JIBRIL MEMBIMBING MANUSIA BERIMAN KE SYURGA HADIRATUL QUDDUS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Diriwayatkan bahawa setelah ditentukan dan ditetapkan orang yang bakal menjadi penghuni syurga maka Allahpun memerintahkan malaikat Jibril membawa para manusia yang ramai itu ke negeri yang bernama 'Hadiratul Quddus'.

Di manakah letaknya syurga yang bernama 'Syurga Khuldi' iaitu suatu alam dan tempat yang cuma diketahui kedudukannya oleh Allah SWT sahaja.

Lalu berjalanlah Jibril dan manusia yang ramai itu yang terdiri daripada para ambiya, aulia, syuhada, solihin, sidiqin, sabirin serta manusia-manusia lainnya menuju ke Hidaratul Quddus. Apabila sampai di syurga tersebut, lalu Jibril pun mengetuk pintu masuk ke syurga itu. Kemudian muncullah Malaikat yang menjadi pengawal di perkampungan syurga tersebut.

"Apakah bicara dan kehendak tuan bersama rombongan manusia yang ramai ini ke perkampungan syurga yang tidak pernah dijejaki oleh seorang pun manusia", kata malaikat itu kepada jibril. Lalu malaikat Jibril menjawab, "Aku diperintahkan oleh Allah pentadbir seluruh alam untuk menghantar tetamu-tetamuNya dari orang-orang yang bernasib baik bagi menduduki syurga Hadiratul Quddus."

Setelah mendengar kata-kata perintah dari Jibril, maka malaikat yang mengawal pintu syurga khuldi itu dengan segera membuka pintunya membenarkan Jibril dan kesemua manusia bersamanya menuju ke perkampungan syurga Hadiratul Quddus.

Jibril masuk ke dalam syurga itu lalu beliau terus naik ke sebuah puncak mahligai yang tinggi dan indah di negeri syurga tersebut lalu dia berkata, "Wahai Muhammad SAW, masuklah tuan hamba bersama para Nabi, para sahabat dan sekalian manusia yang menjadi calon penghuni syurga ke taman syurga Hadiratul Quddus ini untuk menikmati segala kemewahan yang telah dijanjikan Allah dulu.

Baginda Rasulullah SAW amat gembira serta diikuti oleh seluruh manusia bakal penghuni syurga tersebut bila mendengar panggilan dari malaikat Jibril itu apa lagi di depan mereka kini sudahpun terdampar perkampungan syurga yang indah dan nikmat. lalu masuklah baginda serta manusia bersamanya ke dalam taman syurga Hadiratul Quddus itu beramai-ramai dengan kenderaan masing-masing yang disediakan khas dalam syurga itu.

Perjalanan di dalam syurga itu mengambil masa beberapa lama yang tidak ketahui melalui berbagai pandangan yang indah dan menakjubkan. Mereka melalui hampir dengan berbagai bentuk bangunan dan mahligai yang diperbuat daripada emas, perak, batu delima serta lai-lain yang amat cantik dan berharga. 

Hadiratul Quddus memiliki mahligai yang bertaburan dalam suasana yang terlalu permai dan amat menyenangkan. Pada pintu tiap-tiap sebuah daripada mahligai itu sudahpun sedia tertulis nama penghuni yang memilikinya yang terdiri dari manusia-manusia bertuah.

Dalam mahligai itu sendiri sudah pun menunggu para bidadari yang gebu, jelita dan manis menunggu kedatangan suami mereka yang bakal menjadi penghuni dan raja di dalam mahligai tersebut. Para bidadari itu menunggu dengan penuh kesabaran penuh kerinduan dengan wajah bagaikan tidak tertahan-tahan lagi kerana saat pertemuan itu sudah terlalu hampir.

Setelah beberapa lama mengelilingi negeri syurga Hadiratul Quddus itu dengan melihat berbagai-bagai keanehan dan keajaiban yang tidak terperi maka malaikat Jibril membawa kesemua tetamu syurga itu ke satu tempat perhimpunan yang luas. Lalu Allah memerintahkan malaikat Jibril membentangkan hamparan permaidani indah yang didatangkan khas dari syurga untuk manusia yang bertuah itu.

Setelah dibentangkan hamparan yang luas itu, maka duduklah para tetamu syurga itu berehat dengan penuh gembira. Dan seketika kemudian muncullah para pelayan di taman syurga yang nikmat itu membawa hidangan-hidangan makanan yang terlalu lazat rasanya. Makanan itu didatangkan dari dalam syurga. Para penghuni syurga menikmati makanan-makanan yang ajaib itu, yang tidak dimasak dengan bahang api panas.

Semakin banyak dimakan makanan tersebut, maka makin terasalah nikmatdan kelazatannya. Dan mereka terus menikmati hidangan taman syurga itu dengan sepuas-puasnya. Kemudian mereka menikmati hidangan minuman yang cukup lazat yang tidak pernah dirasai oleh mereka semasa di dunia dahulu.

Setelah selesai menikmati jamuan yang disediakan oleh Allah itu lalu Allah pun memerintahkan malaikat jibril menghantarkan pula pakaian-pakaian syurga untuk dipakai oleh tetamu-tetamu ajaib itu.

Pakaian di syurga tidak diperbuat dari benang ataupun kain-kain biasa seperti yang pernah dipakai oleh puteri-puteri jelita atau ratu-ratu sanjungan yang paling agung dimuka bumi. Tetapi ia amat berlainan sekali, terlalu catik amat berharga dan tidak ada tandingannya dengan pakaian di dunia dulu.

Tubuh badan mereka pula disaluti dengan berbagai hiasan yang amat menarik dan terlalu tinggi nilainya samada perhiasa cincin emas yang bertatahkan batu-batu delima atau berlian yang terlalu ajaib dan menakjubkan itu.

Sambil itu para penghuni syurga yang ramai itu juga dipakaikan pula dengan perhiasan mahkota syurga yang terhias dengan batu-batu permata yang bergemerlapan dan terlalu cantik. Sementara itu pula pada tiap-tiap bentuk cincin yang dipakai oleh para penghuni syurga itu tersurat kalimah-kalimah tertentu yang memuji kebesaran Allah SWT.
Alangkah hebatnya dan bangganya para penghuni syurga ini bila dikenakan pakaian indah begitu rupa yang terdiri dari berbagai jenis pakaian paling mulia dan berharga yang tidak pernah dilihat mahupun terlintas di hati akan bentuk dan kehebatannya oleh sebarang manusia pun ketika didunia dulu.

Sejahteralah mereka bila memulakan suatu penghidupan baru yang kekal abadi dan berpanjangan selama-lamanya di syurga nikmat ini.

Tiada ulasan: