Rabu, Jun 5

Sakit Jantungku Kerana RM 50

Assalamualaikum..


Sakit jantung aku harini tau kerana RM 50 punyer pasal. Disebabkan RM 50 yang kurang telah membuatkan jantung aku hampir luruh dari tempatnya.
Ceritanya macamni, dalam jabatan aku, aku ni merupakan seorang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga duit petty cash iaitu wang runcit jabatan aku. Semalam aku dapat surat dari bahagian Audit nak buat pemeriksaan petty cash. Dengan selambanya dan penuh yakin harini aku pun mengupdate buku pajar wang runcit tu. Dengan senang hatinya, setelah menulis semua jumlah tuntutan yang telah dikeluarkan, akupun mengira jumlah keseluruhan duit yang telah digunakan untuk di telikan dengan baki duit yang ada di tangan. Kira punya kira, duit balance tak cukup RM 50. Haa.. sudah, mana pulak duit tu pergi. Aku mula panik tapi dalam keadaan yang masih cool pada luaran. Tapi dalaman, Allahjelah yang tau betapa berdebar nya aku kala ini. Aku kira balik, manalah nak taukan aku salah kira ke. Memang betul kurang. Kawan-kawan pejabat aku bertanya macam-macam benda kat aku, aku buat derk je tak menjawab hanya menggeleng. Manakan tidak hati dan perasaan aku dah berkecamuk masa tu.. maaflah kengkawan yek.

Dalam kepala aku masih memikirkan mana satu claim yang takde dalam tangan aku nih. Duit dah keluar, tapi mana kertas claimnyer.. Aku mula bertanya dengan rakan pejabat aku yang pernah membuat claim sekiranya dia ada buat salinan claim, dia serahkan aku fail petty cash dan penggunaan Touch n Go pada aku. Selak punya selak, aku jumpa ada satu claim yang dah pun dituntut tapi kertas claim hilang. Aku kerahkan sorang lagi supaya bantu aku cari kertas claim tu. Puas dah aku geledah meja aku mencari di sebalik kertas-kertas yang ada dan berselerak kat atas meja aku (Nampak sangat meja aku bersepahkan hahaha) Alahai... mana pulak perginya kertas tu.. takkan aku nak gantikan dengan duit aku kot. Parah nih... 

Dalam pada duk sibuk cari kertas claim tu, "Kak, dah jumpa!" jerit rakan pejabatku yang aku kerahkan tadi. "Alhamdulillah.." Jawabku. Selamat duit aku RM 50, kalau tak kopak gak aku nak keluarkan RM 50 semata-mata nak cover duit Petty cash tu. huhuhuhu... lega jantung aku. Habis pucat muka ni dibuatnya. RM 50 punya pasal.

Moral of the story is, Simpan elok-elok kertas claim di tempat yang betul dan jangan letak merata-rata na..

11 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

fuhhh lap peluh!

Firdausy CiLiKku berkata...

Hahaha.. memang cemas masa tu. mujur audit tak dtg lg

careno berkata...

besr tgjwb tu... risiko kena tggung sendiri... nsb baik tak melayang 50 hengget...

Firdausy CiLiKku berkata...

tu lah psl bro careno, rasa mcm nak letak jawatan tu jer.. bgkat org lain. tp bos x bg, msg2 xnak pgg

Mummy MM berkata...

Kalau saya, dah menangis dah time tu.. RM50 besar nilainya.. Dapat topup RM50..

Firdausy CiLiKku berkata...

mulanya nak nangis gak isabel.. tp cool dulu.. cr dulu,kalu x jumpa br nangis huhuhu

kEtamSepit berkata...

follow sini

lain kali hati2 ..he3

Firdausy CiLiKku berkata...

terima kasih iehah...

Unknown berkata...

nasib baik jumpa.

done follow

Mimie berkata...

Dapat rasekan cuak tuh ble duit ktgn tak telly rekod duit kuar masuk

Firdausy CiLiKku berkata...

fuh.. nasib baik nurul
memang cuak mimi cuak sgt masa tu. tp mantain cool sebab bos berdekatan huhuhu