Isnin, Januari 27

Anugerah Juara Lagu 28

Assalamulaikum....


Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) telah melabuhkan tirainya dalam sebuah acara gilang-gemilang yang dibanjiri lebih 20,000 orang penonton. Anugerah yang dinantikan saban tahun ini telah mempertaruhkan 12 buah lagu terbaik bagi merangkul gelaran Juara Lagu ke 28.
Dengan mengangkat tema ‘Game On’ (gaya ala-ala masa depan gitu), kesemua finalis telah berentap sebaik mungkin demi memiliki trofi yang berprestij tersebut. Misi mencari sang juara telah tercapai apabila Hafiz Suip telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 28 menerusi lagu ‘Bahagiamu Deritaku’. Lagu ciptaan daripada Ly dan lirik daripada Baiduri tersebut, berjaya mengatasi 11 buah lagu lain yang turut melangkah ke pusingan akhir AJL 28. Memang lagu tu sedap dan memang Hafiz layakpun sebab aku tengok persembahan dia memang mantoplah.


Sementara itu, naib juara pula dimenangi oleh Hyper Act menerusi lagu ‘Hanya Aku’ dan tempat ketiga dimiliki oleh Awi Rafael & Altimet melalui lagu ‘Kalau Aku Kaya’. Seronok pulak aku tengok muka Altimet yang kegembiraan sebab masuk kali pertama dan menang tempat ketiga, siap bersujud bagai lagi. 

Manakala, persembahan terbaik juga digondol oleh Hafiz Suip. Bagaimanapun, takhta vokal terbaik miliknya telah dirampas oleh penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor menerusi lagu ‘Ikut Rentakku’.

Juara AJL 28 membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM35,000. Manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing meraih RM15,000 dan RM10,000 juga berserta trofi. Juara bagi persembahan terbaik dan vokal terbaik pula memenangi wang tunai berjumlah RM 10,000.

Dibawah pula ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)
Juara Lagu Ke 28
Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku
Komposer & Penulis Lirik – LY & Baiduri
Naib Juara Lagu Ke 28
Hyper Act – Hanya Aku
Komposer & Penulis Lirik – Hyper Act & Frozen
Tempat Ketiga Juara Lagu 28
Awi Rafael & Altimet – Kalau Aku Kaya
Komposer & Penulis Lirik – Omar K, Audi Mok & Altimet
Persembahan Terbaik
Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku
Vokal Terbaik
Jaclyn Victor – Ikut Rentakku

sumber copy paste (muehehehe) : oh bulan


1 ulasan:

OKje berkata...

Tahniah buat Hafiz......banyak tu dapat hadiahkan Syaz...