Isnin, Februari 4

Jom Sihat #3

السلام عليكم

👉 untuk Jom Sihat #2

2018


Wokey kita sambung journey aku dari saiz 3XL ke .....S (berangan suda) 😝😝. Nak kurusni kita kenalah Istiqa'mah dan bertahan. Tahan perlian, tahan nafsu, tahan apa lagi ek? hmm.. kena rajin jawab soalan cepumas, macammana ko boleh kurus?

Orang ni bermacam ragamnya, ada yang cemburu tengok orang kurus dan seronok tengok orang kurus. Lalu berazam nak kurus, mintak tips dari orang yang dah kurus dan macam-macam tips dah dapat, tapi.... buatnya tidak. Berazam dari tahun lepas, sampai tahunni pun tak tertunai huhuhu...

Kadang tu, aku rasa macam nak rakam je, setiap kali orang tanya macam mana aku kurus kikiki...

Pada aku, apa sahaja yang kita nak kita kena usaha. Allah pun suruh kita berusaha untuk kita dapatkan sesuatu. So, kalau kita dah berusaha tu apa kata kita teruskan dan jangan separuh jalan cumakan???

Terus terang, aku memang tiada personal coach yang ajar aku cara makan dengan betul dan sihat, tapi aku ada mentor aku sendiri yang sentiasa aku ikuti perkembangannya dan cara masakannya. Nasihat aku, kalau korang rasa korang memang tak mampu nak buat sendiri, adalah baiknya korang ambil personal coach yang korang mampu milik.

Untuk yang boleh buat sendiri tu, korang kena sentiasa ingat 80% pemakanan, 20% senaman, bukan sebaliknya yer...

Nasihat aku, kita mulakan dengan minum air ikut keperluan air dalam badan kita. Katalah berat aku dulu 94KG, untuk dapatkan berapa liter air yang perlu aku minum untuk satu hari, bahagikan dengan 25KG untuk setiap 1L air mineral. Jadi, air yang aku perlukan adalah 3.76L tapi sengaja aku genapkan menjadi 4L.

Ada dongeng mengatakan, jangan minum air lebih, sebab air lebih tu lah kita jadi gemuk (gemuk air) tapi sebenarnya, kalau kita minum air kurang tulah, gemuk air tu tak kurang2 tau... sebab badan kita ni perlukan air untuk mengelakkan diri kita dari terhidrasi.

Sambil itu, cubalah kurangkan minum air yang bergula. Contohnya, air Tin dan Air Botol yang berperisa.

Bila kita dah mula kuasai (ceh ayat x boleh blah, macam nak bersilat je) 😜😜. Bila kita dah biasakan diri kita dengan air mineral/air kosong, elok kita mulakan kurangkan pemakanan kita pula.

Selalu, aku bagi tips kat orang, untuk mengurangkan rasa nak makan banyak, minum air dahulu sebelum makan. lagi bagus, 1/2 jam ke 10 minit sebelum makan. Sebab, bila perut kita dah penuh dengan air, kita akan rasa kenyang dan kita akan mula berhenti untuk makan lagi.Seelok-elok air yang korang minum adalah air mineral/kosong. Tapi lagi bagus, air dalam botol mineral sebab senang korang nak sukat dah berapa banyak korang dah minum. Nak lagi bagus, korang bawakje air dari rumah dan botol tu korang tahu berapa sukatan airnya.

Satu lagi tips, seelok-elok makanan, adalah makanan yang korang masak sendiri dari rumah. Lebih menjimatkan, duit yang korang keluar tu boleh simpan dan beli macam-macam, maybe a reward for your self because you have loose your weight. Maybe who knows right.... Sebab, dengan memasak sendiri di rumah, korang boleh agak sukatan yang korang masak dan ingredient yang korang masak. Confirm Halal, suci dan sihat lagi. Seperti biasa, aku akan minum air dalam 500ML dahulu baru aku makan.

Selalunya orang akan pikir kita kurus sebab tak makan nasi, SALAH tu. Totally SALAH. Aku makan nasi hokey, tapi sukatan nasi aku adalah sebesar genggaman tangan aku je... mana tahan dik non ooooiiiii.. mak ni dah biasa makan nasi. mana boleh tahan tak makan nasi dikkk.... Jenis beras yang aku makan, adalah beras perang, beras rebus ataupun beras herba Faiza.

Lauk yang aku makan. Pantang bagi aku makan daging lembu muahahaha... sebab daging lembu ni kalori dan lemaknya agak tinggi berbanding ayam dan ikan. Selagi boleh aku elak, aku elaklah. Kalau makan seketul kecil, itupun dah rasa bersalah yang amat-amat huhuhu...

Cara masakan pula, selagi boleh aku elakkan yang bergoreng. Bermula dari 2017, aku dah tukarkan dari santan ke susu cair, dari susu cair ke susu rendah lemak. Aku banyak belajar dan membaca nak makan cara sihat ni. Aku cuba juga buat resepi yang disarankan, tapi ikut mana yang aku mampulah... yang aku tak mampu idokler teman..

Satu lagi, kalau korang jenis yang cepat jemu untuk makan benda yang sama, korang rajin-rajinlah ke pasar or kedai untuk beli barang basah nih yer... aku sebab aku jenis pasrah n malas nak keluar selalu pergi pasar. So, aku akan beli barang basah yang tahan lama hehehe.. tak kisahlah, janji aku makan. Hehehe.. That whylah, aku punya FB jarang aku pos makanan yang aku buat. Sebab aku makan menda yang sama setiap hari hehehe.. janji perut aku kenyang muehehehehe... ada aku kesah?? 😜😜

Meh Aku belanja wajah terkini aku.. kehkehkeh.. ala-ala retis.. PERASAN.. 😜😜

 Larian Bukit Jalil Breakfast. Jenuh nak paksa anak teruna aku bangun tau

Muka keletihan...

Panjang lebar aku bercerita mengenai perjalanan aku untuk kurus, huhuhu.. ada lagi. Cerita pasal bila aku mula join Larian tak cerita lagi. Dan cara aku berbuka puasa dan bersahur serta senaman yang aku buat.

Sampai sini dulu, nanti aku sambung lagi yer.... Adios....

Tiada ulasan: