Review makan lagi... wahhhh... banyak pula aku makan kali ni..hihihi.. nasiblah.. tekak dah teringin dan aku sangat - sangat teringin nak makan nasi dagang. Ntah kenapa aku tengah HANTU dengan nasi Dagang sekarang nih..
Bulan lepas, aku ada terdengar officemate aku nak sambut birthday n makan-makan @ Warung Ambo. Hmmmm.. umang aiii jauh tu nak makan. Klang ke Seksyen U2 Shah Alam kot..
Beberapa hari lepas, aku ternampak post dalam FB pasal warong Ambo ni lagi. So, Aku pun ajak Hubby ke sana Ahad lepas.
Kebetulan Ahad ni, Hubby nak beli ikan laga kat pasar karat. Aku pun buatlah permintaan untuk makan di Warung Ambo ni..
Kedainya terletak di Laman Glenmarie, betul2 1st junction selepas Sekolah Menengah Teknik Shah Alam.
Boleh nampak dari jalan sebelah kiri, bahagian corner.
Waktu operasi Warung Ambo
Sampai je, dah kena beratur, boleh tahan juga panjangnya, tapi lagi panjang masa aku nak balik.
Dekor kedai yang agak menarik
Antara Menu-menu yang ada.
Review aku, Konsep kedainya, kedai layan diri, tapi ada khidmat pembantu ambilkan makanan. Haruslah kena beratur panjang. Tapi sayang, tak macam kaunter KFC ada 2-3 kaunter kehkehkeh..
Makanannya, diletak atas daun pisang, kertas pembalut serta pinggan. So, pinggan tidak kotor dan boleh digunakan berulang kali.
Nasinya banyak, laukpun boleh tahan kira tuan kedai tak lokeklah.. Alhamdulillah.. murah rezeki tuan kedai.
Aku beli nasi dagang ikan tongkol, Hubby nasi kerabu kerutuk daging dan anak teruna kami pilih nasi ambo.
Untuk Nasi Ambo, aku prefer nasi dari warung nasi kak Wok lagi. Kari dan sambalnya terasa tapi ayam goreng nasi Kak Wok kecik - kecik, yang warong ambo besar-besar potongnya dan harganya murah sikit dari nasi kak Wok.
Untuk Nasi Dagang, aku tak banyak komplen, ok je pada aku, sedap. Cuma sambal tak berapa nak kaw.. oklah not bad. Cuma harganya je aku terbeliak mata skit.. tapi standard harga nasilah kiranya.
Untuk Nasi kerabunya, Hubby bagitau aku, nasi kerabu di Restoran Dah Tomyam kat andalas lagi power. Dagingnya besar sangat dan tak terasa karinya sangat sebab potong besar. Huhuhuhu....
Sekarang ni aku macam pelik sikit sebab, dulu aku yang banyak komplen pasal makanan, kali ni terbalik, Hubby pulak yang banyak komplen dan aku makan tanpa banyak soal...
Ok sampai di sini... nanti review lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan