Isnin, Oktober 20

Blues Monday #61



Assalamualaikum..

20hb Oktober, Hari ini umurnya bertambah setahun lagi.hari ini juga umurnya genap 7 tahun. Anak teruna aku dah meningkat umurnya. Selamat Hari Lahir Anak Ummi. Semoga menjadi anak yang Soleh dan semoga Anak Ummi dirahmati dan diberkati dengan sebaik-baik keberkatan oleh Allah swt.

Semalam anak ummi dah dapat hadiahkan.. Exampun dah selesai, cuma tinggal exam untuk sekolah KAFAnya sahaja. Nanti kita sambut hari lahir dengan Atuk sekali yer.. sebab hari lahir atuk seminggu yang lepas jer.

Cantik tak perancangan aku, Ma dan Hubby aku bulan 4, anak teruna dan Abah aku bulan 10. Aku pulak single takde couple-couple.. muehehehehe... Hmm... hari ni nak bli kek ke idak yer.... patut tak? sebabnya, kadang-kadang anak teruna akuni dah kekenyangan sebab dah makan siang banyak. so malam, dia tak larat nak makan.

Aku bercadang nak makan ice cream kat kedai baru di Tesco Klang. Hmm.. tengoklah keadaannya harini.

kita layan gambar selfie masa raya haji aku yang lepas lah ek

 Aku n Acu

 Me with Cik Nyah
 Cik Yang yang layan tidur
 Aku dan anak Teruna ku

 Selfie gak.. tak kira ko tengah tidur ke apa ke muehehehehe..

Rabu, Oktober 15

Lagu Permaisuri Oleh Data


Assalamualaikum...

Lirik lagu ni asyik bermain di fikiran aku ajer tau.. entah bila masa aku dengar laguni pun aku dah lupa. Tapi yang pastinya, bila aku nak nyanyi sendiri ataupun humming sendiri mesti keluar lirik ni gak.. cari dan tanya kat pakcik google, ooo.. ghupenye lagu Permaisuri oleh kumpulan Data. Lama dah laguni. masa aku di zaman muda remaja gitu.. Hmm nampak sangat hakak dah tua skarang nih.. huhuhu.. tak sedor diri ingat diri tu masih remajakah? hehehe.. remaja tua muahahaha.. jom kita layan lirik lagu tu ek..


aku rela.... hidup dengan mu....
demi... bahgia.... hanya tuhan bisa memisahkan kita......

dijaga dan lena kekuntum kerinduan ku.....
untuk mempersembah sayang.... pada mu.....
keharumanan bunga tak seharumnya cintaku.....

istemewa....untuk sunting jiwa mu....
bermula pandang pertama....... 
kau utuskan senyum mesra......
aku ingin seribu tahun lagi.. 
bersama mu......

ku binakan mu istana.......
aku rendakan bahagia.....
dengan niat suci.... kau lah ..
permaisuri.....

dijaga dan lena kekuntum kerinduan ku.....
untuk mempersembah sayang.. pada mu...
keharumanan bunga tak seharumnya cintaku....
istemewa untuk sunting jiwa mu.....

bermula pandang pertama ........
kau utuskan senyum mesra.....
aku ingin... seribu tahun lagi .....
bersama mu......

ku binakan mu istana.......
aku rendakan bahagia......
dengan niat suci... kau lah 
permaisuri......

sambutlah cinta abadi......
gengam dan semat dihati....
manisnya asmara........
kekal selamanya....

ku binakan mu istana.....
aku rendakan... bahagia.....
dengan niat suci ......kau lah 
permaisuri.......

sambutlah cinta abadi......
gengam dan semat dihati....
manisnya asmara........
kekal selamanya............

Isnin, Oktober 13

Blue Monday #60


Assalamualaikum...

Lama dah rupanya aku menyepikan diri ek.. 2 minggu jugak yer.. huhuhuhu... Masa hari raya Aidiladha haritu, aku beraya sekejap di rumah ma di Taman Medan, then aku balik Bruas. Tu yang aku menyepikan diri tuh.. 

Last week pulak, aku sibuk layan bos yang sengal tuh untuk sasaran kerja tahunan. Disebabkan second bos aku masih bercuti bersalin, so akulah jadi mangsa untuk melayan kesengalan big bos aku tuh.

Semalam, aku dapat tahu isteri anak saudara Hubby aku yang kahwin lepas raya tahun lepas (yang aku pos aku pergi bukit mertajam tuh) dah bersalin... huhuhu.. aku dah naik satu pangkat lagi..... dah jadi neneklah pulak.... eeii macam dah tua sangat pulak aku rasa.. tak mau..tak mau... huhuhu... anak aku kecik lagi meh... 

Whatever it is, tahniah buat Asri dan isteri atas kelahiran itu... semoga anaknya menjadi anak yang soleh/solehah....

Hari ini, rasanyalah.. kami di pejabat ini tak di ganggu oleh langau besor sebab langau tu mesyuarat pagi dan petang. Tapi aku dapat rasakan yang langau itu akan berdengung esok pagi.. ish.. pening....Adios... nak melayan rasa merdeka sekejap. Muehehehehe...