Isnin, Oktober 20

Blues Monday #61



Assalamualaikum..

20hb Oktober, Hari ini umurnya bertambah setahun lagi.hari ini juga umurnya genap 7 tahun. Anak teruna aku dah meningkat umurnya. Selamat Hari Lahir Anak Ummi. Semoga menjadi anak yang Soleh dan semoga Anak Ummi dirahmati dan diberkati dengan sebaik-baik keberkatan oleh Allah swt.

Semalam anak ummi dah dapat hadiahkan.. Exampun dah selesai, cuma tinggal exam untuk sekolah KAFAnya sahaja. Nanti kita sambut hari lahir dengan Atuk sekali yer.. sebab hari lahir atuk seminggu yang lepas jer.

Cantik tak perancangan aku, Ma dan Hubby aku bulan 4, anak teruna dan Abah aku bulan 10. Aku pulak single takde couple-couple.. muehehehehe... Hmm... hari ni nak bli kek ke idak yer.... patut tak? sebabnya, kadang-kadang anak teruna akuni dah kekenyangan sebab dah makan siang banyak. so malam, dia tak larat nak makan.

Aku bercadang nak makan ice cream kat kedai baru di Tesco Klang. Hmm.. tengoklah keadaannya harini.

kita layan gambar selfie masa raya haji aku yang lepas lah ek

 Aku n Acu

 Me with Cik Nyah
 Cik Yang yang layan tidur
 Aku dan anak Teruna ku

 Selfie gak.. tak kira ko tengah tidur ke apa ke muehehehehe..

1 ulasan:

Jazz Lover berkata...

Selamat hari jadi buat anak sis. Wah, licinnya kulit sis.